CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kawan kata suara saya okey, boleh jadi penyanyi’ - Fattah Amin

16-5-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3086| Komen: 57|Original author: tatod

1000035278.jpg



TIDAK pernah terfikir berpeluang merakamkan lagu, pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengakui pujian rakan mendorongnya menceburi arena nyanyian.


Fattah atau nama sebenarnya Abd. Fattah Mohd. Amin, 34, berkata, pada awalnya menyanyi hanya hobi yang dilakukan  pusat karaoke sebelum dilamar sebuah syarikat rakaman.


“la bermula dari bilik karaoke. Saya bukannya belajar menyanyi dari kecil atau bercita-cita nak jadi penyanyi.


Semua ini hobi. Kawan-kawan merupakan permulaannya. Kawan kata suara saya okey, jadi saya pergilah ‘jamming’.




“Tak tahulah mereka nak bodek atau apa,” katanya ketika diundang ke sesi audio siar Sembang Selebriti, baru-baru ini.


Rakaman video temu bual yang tular dalam laman sosial itu dikendalikan dua penyampai radio Sinar, Dina Nazir dan Falyq Hikyle.


Menurut pelakon filem Kulit Wayang itu, bermula detik tersebut dia tampil bersama sebuah lagu berjudul Wanita Terakhir.


“Daripada situlah ada syarikat rakaman yang datang jumpa dan rezeki saya merakamkan lagu Wanita Terakhir.




Saya rasa macam betul ke aku ni boleh menyanyi. Tapi rezeki saya lagu tersebut orang suka.


“Masa tu fokus saya bukanlah sebagai penyanyi tetapi lebih kepada lakonan,” ujarnya.


Pada wawancara sama, Fattah turut berkongsi pengalaman bekerja ketika zaman remaja sebelum menyertai pertandingan pencarian model.


Katanya, demi mendapatkan wang poket dia pernah melakukan pelbagai kerja termasuk sebagai jurutektik komputer dan menolong bapa saudaranya berniaga baju di pasar malam.




“Keluarga saya bukan orang senang, jadi saya buat kerja macam-macam. Masa di universiti pula saya buat peragaan.


Kemudian baru saya sertai Hero Remaja. Masa itu saya peserta ‘underdog’, bukan Top 3 pun. Tapi alhamdulillah rezeki saya jadi juara. Mungkin markah saya lebih pada jawapan ketika sesi soal jawab.


“Selepas itu baru saya berlakon, terus pegang watak utama dalam sebuah drama sebelum muncul dalam Suri Hati Mr. Pilot,” ujarnya.


Pengalaman sejak terbabit dalam dunia seni bermula pada 2011 dikupas satu persatu menerusi audio siar terbabit. – HIBGLAM



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 15-5-2025 05:23 PM
“Semua ini hobi. Kawan-kawan merupakan permulaannya. Kawan kata suara saya okey, jadi saya pergilah ‘jamming’.”
Alah, kawan-kawan tu bergurau je. Kau pun lurus betul
percaya je kan.
Quote sukanyanyi 15-5-2025 05:52 PM
Bila lagu bertahan demi cinta nak dicalonkan kat muzik2 40? Meols actually suka lagu tu
Quote sukanyanyi 15-5-2025 05:55 PM
SherryZass replied at 15-5-2025 05:23 PM
“Semua ini hobi. Kawan-kawan merupakan permulaannya. Kawan kata suara saya okey, jadi saya pergilah ...

Ex (ketiga) meols karok sgt hauk, tone deaf namampui n tempo ke longkang.. tp kengkawan heols sume ckp "sore ko sedap bro".. dgn meols skali tak brani nk ckp sumbang n lari tempo.. so yeah.... pecaye la sgt kwn2 n awek. Mirah ntah ckp ape tah psl sore attah menyanyi. Mesti cam "awak nyanyi je, takpe, ikot passion awak"
Quote tumpanglalu74 15-5-2025 06:02 PM
Jadi je la artis KRU.  Pastu ko belaja la nyanyi dengan Yusry.  Cukop la dari ko meraban..
Quote amyfaha 15-5-2025 06:06 PM
Ko ni mudah kene tipu & minta kene tipu. Xpenah cerdikk
Quote Incanto 15-5-2025 06:09 PM
bukan dia dah ada dua tiga single aebelum ni

tapi takde org tahu kot
Quote anakpakmaun 15-5-2025 06:11 PM
amyfaha replied at 15-5-2025 06:06 PM
Ko ni mudah kene tipu & minta kene tipu. Xpenah cerdikk


kawan2 cakap saya pandai berlakon..dari situ saya cuba menjadi pelakon..


kena tipu lagi..hahahahha
Quote sukanyanyi 15-5-2025 06:25 PM
Edited by sukanyanyi at 15-5-2025 06:26 PM
tumpanglalu74 replied at 15-5-2025 06:02 PM
Jadi je la artis KRU.  Pastu ko belaja la nyanyi dengan Yusry.  Cukop la dari ko meraban..


A'ah kan, ok gak tu. Sbb retis2 kru n kru sendiri takde yg nyanyi betol2 sedap kecuali 3 org je meols rase, yebi yelite, n ariz n one kump 14. Kalo cam attah ni sesuai je sbb kru cam tgk pakej jgk, asalkan bleh la carry tune tu. Hauk skit blh adjust ngn autotune.
Quote pocongkiutss 15-5-2025 06:31 PM
Hahahahhahaukkkk
Wuf wuf nnt doggy dia dtg geget
Quote ajeajelah 15-5-2025 06:47 PM
Betul ke sedap suara ko patah. Hahaha
Quote etilfas111 15-5-2025 06:53 PM
Jangan kutuk2 kayu ni sebab anjing2 dia sanggup tadah telinga mai back up.. puji yang murni2 doa baik2 je buleh
Quote silance 15-5-2025 06:59 PM
'Okey' tu perkataan paling basic sekali. Bukan kawan ko cakap suara merdu level gred A.
Quote kmelankolia 15-5-2025 07:17 PM
Edited by kmelankolia at 15-5-2025 07:21 PM

iyerkan ajer, semua tip top...waniter terakhir utk jah kan ? nyanyi kat melotop jah sengih2 malu
Quote sleepandream 15-5-2025 07:48 PM
kawan puji buat manis mulut jeeee... mcm org puji cantik harini... hari lain ko tak cantik keee
Quote Lilipelangi 15-5-2025 08:10 PM
Tah, jujur kau memang boleh menyanyi tapi bukan tahap sampai boleh jadi penyanyi...
Patut rekod suara kau lepastu dengar sendiri ok ke tak...Kawan ni kadang jaga hati....
Quote MadameOnion 15-5-2025 09:03 PM
Yelah...suara dia mmg sedap
Quote cmf_premierleag 15-5-2025 09:11 PM
Mmg kuat sgt perasan la patah amin ni ya
Padahal berlakon kayu
Nyanyi x sedap, mendatar jah
Jd model pun fail
Gi je la cari keje opis
Quote cikmouse 15-5-2025 09:15 PM
Cubaa try bwk lagu rap pulok...."awas gerak langkahmu oohh oohh..."...agak2 boleee g jauhhh nnt nieeeeeeeeeee....
Quote fido_dido 16-5-2025 12:01 AM
Hmm...mana kawan kau bang? Meh biar aku sekeh dia laju2. Adoila

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.050650 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top