CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Suip menderita batu karang dalam buah pinggang

17-5-2025 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2271| Komen: 21|Original author: Raline

1.png


Hafiz Suip berdepan satu lagi ujian dalam hidup apabila disahkan berdepan masalah kesihatan iaitu batu karang dalam buah pinggang.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip berkata, dia reda dengan dugaan hidup Ilahi yang menimpa dirinya.

“Alhamdulillah. Dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang. Sakit atau sihat milik Allah,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu melalui hantaran dalam Instagram (IG), hari ini.


Hantaran tersebut disertai video yang memaparkan Hafiz sedang menjalani prosedur perubatan termasuk menerima suntikan.

Menerusi satu hantaran bersaingan, Hafiz menyertakan kapsyen berbahasa Arab, hasbunallah wani mal wakil yang bermaksud: ‘Cukuplah Allah menjadi penolong kami’.

Bagaimanapun, pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) empat kali itu tidak berkongsi butiran terperinci mengenai penyakitnya itu.

Awal tahun lalu, penyanyi kelahiran Sarawak itu mengesahkan sedang dalam proses perceraian dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 18-5-2025 01:38 AM
Meols pon ada jugak, TP xsakit biar jelah
Quote JahLupa 19-5-2025 11:46 PM
Nampak teruk dia skang..lain sungguh dgn dia yg dulu
Quote Orix 20-5-2025 12:22 AM
Hmmm. Suara dia sedapp. Moga cepat sembuh
Quote sharlenetexas 20-5-2025 01:16 AM
Masih ambik substance kah?


Quote sukanyanyi 20-5-2025 08:31 AM
Dah jatuh, ditimpa tangga. Smoga dipermudahkan semua urusan apiz n diberi kesembuhan both fizikal n emosi. Aamiin. Rajin plak aku doa2kan retis arini napentah.
Quote syirazee 20-5-2025 01:31 PM
Pernah kena batu karang ni..sakit oooo,x tau nk habaq.
Quote rayna_raynes 20-5-2025 03:49 PM
Sakit batu karang ni, nak berdiri pun susah. patutlah dia tak perfom masa konsert meletop TVS aritu
Quote rayna_raynes 20-5-2025 03:50 PM

kenapa org selalu cakap dia makan dadah? memang pernah kena cekup ke cemana?
Quote nonymous 20-5-2025 04:00 PM
semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan Hafiz.
Quote nonymous 20-5-2025 04:02 PM
syirazee replied at 20-5-2025 01:31 PM
Pernah kena batu karang ni..sakit oooo,x tau nk habaq.

syukur dah sembuh, nak tanya camna awak bagi hilang sakit batu karang tu.
Quote syirazee 20-5-2025 04:17 PM
nonymous replied at 20-5-2025 04:02 PM
syukur dah sembuh, nak tanya camna awak bagi hilang sakit batu karang tu.

first,ada makan ubat hancur batu karang then minum air banyak2,batu karang tu keluar time kencing.Next kena lagi,sampai kena laser jugak nk pecahkan batu tu. lega gila bila dah keluar.

Bila sekali dah kena,mmg possibility tinggi nk kena lg. sekarang dah okay dah.
Quote seri_mawr 20-5-2025 04:55 PM
kena buang tu...klu tak sakit....klu sangkut kat ureter nnti lagi sakit.....

Quote aina_shaira 21-5-2025 04:45 AM
syirazee replied at 20-5-2025 04:17 PM
first,ada makan ubat hancur batu karang then minum air banyak2,batu karang tu keluar time kencing. ...

Macam mana boleh tau terkena batu karang
Quote debab_78 21-5-2025 08:26 AM
pernah kena juga batu karang ni... guling2 aku kat ED hospital tuh... sakit oiii...
Quote tokchik 21-5-2025 08:55 AM
ngapa muka dia aku tgk membuatkan aku ingat mamt exist
Quote sleepandream 21-5-2025 01:48 PM
kalau kristal tu besar kene operate buang la kan...
Quote Misslalala167 21-5-2025 02:13 PM
Semoga cepat sihat.
Quote Ctfantasi 21-5-2025 02:41 PM
Dulu ceria n humble jah hafiz ni, sekarang heols nampak sangat lost lepas pisah dengan wife..harap cepat sembuh yach..meols suka dengar heols nyanyi
Quote nonymous 21-5-2025 08:18 PM
syirazee replied at 20-5-2025 04:17 PM
first,ada makan ubat hancur batu karang then minum air banyak2,batu karang tu keluar time kencing. ...

Okey thanks kongsi tips, moga sentiasa sihat chuols, haah pernah dgr gak yg batu karang pandai dtg balik. Kawan meols ada kena, sian tengok.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.092195 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top