CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mulut Emma Maembong tak ada insurans, suka cakap kasar

17-5-2025 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1763| Komen: 15|Original author: Raline

1.png


Mengelak daripada berperang mulut dengan netizen, pelakon Emma Maembong memilih untuk tidak terlalu aktif dalam dunia media sosial terutama Instagram (IG).

Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata, perwatakannya yang lantang dan agak kasar menjadi antara punca dia kini ‘senyap’ dalam laman siber.

“Disebabkan mulut saya kadang-kadang tidak ada insuran dan perwatakan kasar, jadi Instagram saya tidak bergerak sangat pun selain daripada hantaran kerja.

“InstaStory untuk aktiviti harian pun tidak buat,” katanya dalam satu hantaran dalam Instagram.


Selain bersikap kasar, pelakon drama Seribu Tahun itu juga memilih untuk kurang aktif dalam media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.

“Orang nampak kita kasar dan banyak cakap, mereka kata macam-macam perkara yang tidak boleh buat.

“Bila dapat banyak sangat maklum balas yang negatif, ini tidak baik untuk kesihatan mental. Jadi lebih baik tidak payah buat terus,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia memaklumkan pernah menerima kecaman daripada netizen yang kurang selesa dengan personalitinya.


“Dulu saya buat InstaStory harian tetapi ada pula respons daripada pengikut saya dan mereka komen, ‘kenapa perangai macam ini! Lembutlah sikit tidak kena dengan muka.’

“Ada juga yang kata, ‘sudah jadi mak orang janganlah perangai macam ini’

“Habis itu, perangai mak orang mahu jadi macam mana?,” ujarnya.


Luahan tersebut tercetus apabila Emma sering mendapat maklum balas yang negatif daripada orang ramai berkaitan personalitinya yang kasar dalam media sosial.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 17-5-2025 01:46 PM
What to expect dgn mak budak xhbs sekolah ni...muka je la lawa perangai rempit
Quote KamikuP 21-5-2025 04:10 PM
Produk homeschool camni lah sissy
Quote sallysains 1-6-2025 02:23 AM
Edited by sallysains at 5-6-2025 11:46 PM
L.U.S.M replied at 17-5-2025 01:46 PM
What to expect dgn mak budak xhbs sekolah ni...muka je la lawa perangai rempit


Org mmg nk judge, esp bila perempuan or mak2. Uolls x kenal dia pun
Quote L.U.S.M 1-6-2025 06:29 AM
sallysains replied at 1-6-2025 02:23 AM
Org mmg cepat sgt nk judge, esp bila perempuan or mak2. Uolls x kenal dia pun

Nyah....
Dah terang2 dia pernah mengaku bergambar duduk celah kangkang jantan
Lepas tu dia jugak buat pengakuan mulut sendiri ckp lepas

So salah ke aku ckp muka lawa tp perangai dia rempit?
Ko nk org kena "kenal" luar dalam perangai Emma kembong ni smpi level berapa eh?????

Dah tahu diri tu artis perangai tu sendiri kena jaga la
Benda basic kot...
Quote sallysains 1-6-2025 07:18 AM
L.U.S.M replied at 1-6-2025 06:29 AM
Nyah....
Dah terang2 dia pernah mengaku bergambar duduk celah kangkang jantan
Lepas tu dia jugak  ...

Apa dia buat tu mmg la x okay, tp aku rasa sheols sedar je salah dia. Sbb tu la kot dia ckp nk break dari socmed, x tayang life dia sgt. X fair la asyik ungkit hal lama bila dia dh try nak step back
Quote sallysains 1-6-2025 07:22 AM
L.U.S.M replied at 1-6-2025 06:29 AM
Nyah....
Dah terang2 dia pernah mengaku bergambar duduk celah kangkang jantan
Lepas tu dia jugak  ...

Lagi pun, aku dgr exhusband dia mmg openly dgn pompuan lain depan mata sheols. Klu betul, aku kesian la. Benda mcm tu mesti ada effect kt dia jugak. Mungkin sbb tu la sheols jd mcm tu
Quote L.U.S.M 1-6-2025 07:27 AM
sallysains replied at 1-6-2025 07:18 AM
Apa dia buat tu mmg la x okay, tp aku rasa sheols sedar je salah dia. Sbb tu la kot dia ckp nk bre ...

Aku tak ungkit..ko dok pertikai bab kenal..so aku explain la "rempit" tu in what sense


Dah ko acah terpaling x judgemental,holier than thou, kononnya


Tup2 now pakai point jgn ungkit kisah lepas

Ketahian apekah ini

Quote L.U.S.M 1-6-2025 07:30 AM
sallysains replied at 1-6-2025 07:22 AM
Lagi pun, aku dgr exhusband dia mmg openly dgn pompuan lain depan mata sheols. Klu betul, aku kesi ...

Ko dgr tp ko kan spesis xjudge..

so now why are u deciding it's okay for her to stay that way just because u "dgr" husband dia itu ini...

ko "kenal" sgt ke husband dia???

Hahahahaha
Quote sallysains 1-6-2025 07:53 AM
L.U.S.M replied at 1-6-2025 07:27 AM
Aku tak ungkit..ko dok pertikai bab kenal..so aku explain la "rempit" tu in what sense



Ok la, fair je. ko cuma clarify point ko. Aku cuma nk ckp lg elok jgn judge org sbb salah lama, tp tgk dia skrg ni mcm mana. Sheols sendiri ckp nk step back dari tayang life dia, aku rasa tu tanda nk belajar la drpd slh lama

Aku x rasa holier than thou pon. Aku cuma share pandangan je, bkn nk gaduh..
Quote sallysains 1-6-2025 08:04 AM
L.U.S.M replied at 1-6-2025 07:30 AM
Ko dgr tp ko kan spesis xjudge..

so now why are u deciding it's okay for her to stay that way jus ...

Aku dgr je, tp bkn nk justify dia pon. Aku x kenal ex dia, tp klu btul, ptt la sheols jd camtu. Mungkin aku x kenal ex dia, tp aku kenal org yg kenal heols dan dgr cite mmg x best la
Quote cmf_Strawberry 1-6-2025 09:17 AM
Jap Jap tlg la bagi pencerahan sbb posting di gossip personaliti bukannya tempatan so I taktau. Kenapa husband dia curang sedangkan Emma ni cantik Dan liberal kot. Apa yg kurang pada layanan?
Quote hayrin86 1-6-2025 10:09 AM
Tolong pindahkan bebenang ini ke reruai Gosip Tempatan sebab dia artis..
Quote sallysains 1-6-2025 11:38 AM
cmf_Strawberry replied at 1-6-2025 09:17 AM
Jap Jap tlg la bagi pencerahan sbb posting di gossip personaliti bukannya tempatan so I taktau. Kena ...

Aku rasa heols x anggap tu curang sbb Emma sendiri tgk dia bwk pompuan2 lain masuk rumah. Dgr2 dia panggil je ‘open relationship’ utk justify apa2 yg dia buat. X pelik la diorg cerai jgk. Zaman skrg ni kdg2 pretty dan liberal pun x cukup utk lelaki..
Quote Gigihadidnt 5-6-2025 06:06 PM
sallysains replied at 1-6-2025 11:38 AM
Aku rasa heols x anggap tu curang sbb Emma sendiri tgk dia bwk pompuan2 lain masuk rumah. Dgr2 dia ...

Kiranya Emma ada la dekat rumah masa heols bawa balik perempuan ke rumah?
Quote sallysains 5-6-2025 11:14 PM
Gigihadidnt replied at 5-6-2025 06:06 PM
Kiranya Emma ada la dekat rumah masa heols bawa balik perempuan ke rumah?

Ye, dr apa yg aku dgr, mmg ada geng2 sheols time tu kat rumah. Diorg smua saksi heols balik rumah, masuk bilik dgn pompuan… tp xde sape tegur, mcm benda tu normal je

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054706 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top