CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah ada handphone lutsinar?

19-5-2025 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1396| Komen: 9|Original author: Raline

1.png


LONDON – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang wanita sedang menggunakan apa yang kelihatan seperti telefon bimbit lutsinar, lapor portal berita Metro UK semalam.

Seorang pengguna memuat naik gambar wanita tersebut di platform TikTok dan dia bertanya kepada netizen tentang peranti yang dipegang itu.

“Maafkan saya, benda apa yang dipegang itu?” kata keterangan hantaran tersebut.

Sebilangan netizen menyatakan bahawa peranti tersebut berkemungkinan telefon bimbit jenama Nokia baharu dan dijual pada harga lebih £30,000 (RM171,000).

Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis sama sekali apabila wanita dalam video tersebut tampil menjelaskan mengenai peranti lutsinar yang dipegangnya.

Menurutnya, ia sebenarnya merupakan sekeping akrilik digelar ‘metafon’ yang dicipta sebagai inisiatif untuk menggantikan ketagihan terhadap telefon bimbit.

“Sekeping akrilik kecil ini terasa seperti artifak fizikal (telefon bimbit) dan bertindak balas secara langsung kepada ketegangan kolektif yang kita semua rasakan,” katanya.

Penjelasan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan ada dalam kalangan mereka yang menulis: “Jadi ini bukan telefon sebenar, ia hanya kaca.”

“Tiada sesiapa yang ketagih memegang telefon, mereka ketagih dengan aplikasinya,” ulas seorang lagi netizen.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 19-5-2025 02:08 PM
Masyarakat dunia dah sakit.

Smartphone satu ciptaan terhebat dalam ketamadunan manusia.

Benda yang diimpikan sejak zaman Nabi Adam....dan pasti orang terdahulu sangat cemburu dgn kehebatan zaman ini yang ada smartphone.

Tapi manusia jadi sakit.
Quote nikaido 19-5-2025 02:50 PM
ada tengok video reaction. bukan hp tp sejenis acrylic. pompuan tu acah2/mungkin sbab dah tabiat tu yg dkt benda tu pun pompuan tu nak slide2 walhal takde apa screen pun
Quote pooh~key 19-5-2025 05:08 PM
Tak ke hingin akak tepon lutsinar sissy. Coba kau bayangkan tengah tengok porn tapi phone lutsinar sissy?
Quote namemysoul 20-5-2025 07:22 PM
Dolu2 rasanya kite ada terbaca dlm majalah psl prototaip tepon lutsinar...saintis tak jadi buat ke???
Quote KamikuP 21-5-2025 04:08 PM
pooh~key: Tak ke hingin akak tepon lutsinar sissy. Coba kau bayangkan tengah tengok porn tapi phone lutsinar sissy?


Eh kat henpon bole tengok blue kah sissy pohhkey?
Quote IzzahF 21-5-2025 05:35 PM
pooh~key replied at 19-5-2025 05:08 PM
Tak ke hingin akak tepon lutsinar sissy. Coba kau bayangkan tengah tengok porn tapi phone lutsinar s ...


Quote pooh~key 21-5-2025 08:42 PM
KamikuP replied at 21-5-2025 04:08 PM
Eh kat henpon bole tengok blue kah sissy pohhkey?

Boleh jah sissy. Kau install apps dns changer. Pastu kau set dns 8.8.8.8 kat apps tu sissy.
Quote noor2 21-5-2025 08:52 PM
Semua yang hebat tu dari Allah...subhanallah ..
Quote kemaruk 21-5-2025 09:06 PM
Dari 20 tahun lepas bangkem dengar pasal henfon lutsinar lutcahaya nih

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076611 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top