CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JAIS tunggu laporan lengkap air berbau di Tanah Perkuburan Islam Paya Jaras

20-5-2025 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1148| Komen: 8|Original author: tatod

1000038361.jpg



SHAH ALAM- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menunggu laporan lengkap daripada beberapa agensi berkaitan isu pencemaran air dari kawasan sekitar yang mengalir melalui tapak pembinaan Tanah Perkuburan Islam di Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini.


Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, sebarang aktiviti berkaitan di tapak perkuburan berkenaan dihentikan buat sementara waktu sehingga pihaknya menerima hasil siasatan daripada agensi tersebut.


“Kita sedang mengenal pasti punca berlakunya aliran air itu dan meneliti semua isu teknikal.


“Kita jangka terima laporan berhubung isu ini dalam tempoh sebulan lagi,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian dan Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2025 di Dewan Raja Muda Musa, di sini hari ini.



Media sebelum ini melaporkan aduan penduduk mengenai isu pencemaran air berbau mengalir melalui tanah perkuburan tersebut sehingga sehingga menganggu keselesaan mereka.


Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan mengakui terdapat bau busuk di kawasan itu namun ia tidak serius.


“Ada kesan bawah permukaan tanah, menganggu sedikit sahaja. Namun setakat ini, tiada laporan berkaitan penduduk masuk ke hospital,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 20-5-2025 07:21 AM
Entah² mengalir dari Alam Barzakh.

Harap wartawan Mastika pergi ke lokasi bersama pelukis front cover nye.
Quote acikonion 20-5-2025 07:24 AM
Aku baca heading terus teringat tanah kubur.
Quote B40tastePosh 20-5-2025 07:24 AM
Edited by B40tastePosh at 20-5-2025 07:25 AM

Mustahil air buangan ke situ sebab perkuburan ni atas bukit.

IMG_20250520_072516.png
Quote zuriey 20-5-2025 08:19 PM
B40tastePosh: Entah² mengalir dari Alam Bar ...

Lepas seminggu tanam mmg akan keluar air mayat
Kalau kita gali pula sebelah kubur tu mmg ada air busuk mengalir ke dlm lubang baru gali
Quote malarky 21-5-2025 09:08 AM
Edited by malarky at 21-5-2025 09:25 AM
B40tastePosh replied at 20-5-2025 07:21 AM
Entah² mengalir dari Alam Barzakh.

Harap wartawan Mastika pergi ke lokasi bersama pelukis fr ...

mastika dah tak wujud
Quote B40tastePosh 21-5-2025 09:21 AM
zuriey replied at 20-5-2025 08:19 PM
Lepas seminggu tanam mmg akan keluar air mayat
Kalau kita gali pula sebelah kubur tu mmg ada air bu ...

Patutla orang dulu dulu lepas tanam sini dia tanam hujung sana...lepastu tanam hujung sini.

Tapi jadi bersepah la..tak tersusun.

Jadi sekelompok sini keluarga aku, sekelompak sana keluarga lain.

Quote supernaturalee 21-5-2025 09:58 AM
B40tastePosh replied at 20-5-2025 07:24 AM
Mustahil air buangan ke situ sebab perkuburan ni atas bukit.

bnyknya kubur baru

Quote B40tastePosh 21-5-2025 11:34 AM
supernaturalee replied at 21-5-2025 09:58 AM
bnyknya kubur baru

Kawasan padat penduduk biasa la macam tu.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.033636 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top