SHAH ALAM – Situasi jangkitan Covid-19 di Selangor masih terkawal biarpun beberapa negara jiran sedang berdepan lonjakan semula kes wabak itu. Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, laporan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merekodkan sebanyak 3,807 kes sehingga minggu Epidemiologi ke-19 tahun ini. Menurutnya, jumlah itu bagaimanapun dilaporkan jauh lebih rendah berbanding 14,542 kes dalam tempoh sama tahun lalu. “Selain itu, trend mingguan menunjukkan penurunan berterusan sejak minggu Epidemiologi ke-12 hingga 19 dengan kes mingguan kekal di bawah 100. Ini membuktikan usaha berterusan kerajaan negeri dan JKNS selain kerjasama rakyat dalam mematuhi langkah pencegahan masih berkesan,” katanya hari ini.
Jamaliah menasihatkan orang ramai terus berwaspada terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu berpenyakit kronik selain mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala. “Teruskan langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta menjaga kebersihan diri. Kerajaan negeri akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem kesihatan awam kekal bersiap siaga,” ujarnya. Gelombang baharu Covid-19 kini melanda beberapa bahagian di Asia Timur dan Asia Tenggara termasuk Hong Kong, Singapura, China, Filipina dan Thailand dengan peningkatan mendadak kes yang dilaporkan. – KOSMO! ONLINE |
supernaturalee replied at 19-5-2025 08:34 AM
rindu time pkp
jln lengang..keje pun chill2 sbb org tak ramai di ofis, plus tak yah full day pun
so ...


supernaturalee replied at 19-5-2025 08:34 AM
rindu time pkp
jln lengang..keje pun chill2 sbb org tak ramai di ofis, plus tak yah full day pun
so ...
akw replied at 20-5-2025 03:09 PM
jangan la PKP lagi
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.120639 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.