CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rakan sekolah dedah sikap tidak bermoral Park Junhwan

20-5-2025 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1260| Komen: 16|Original author: tatod

1000037342.jpg



SEOUL: Anggota kumpulan IDID, Park Junhwan, hangat diperkatakan gara-gara pendedahan seorang individu mengenai sikap buruk penyanyi itu di sekolah tersebar baru-baru ini.


Individu tersebut, yang mengaku dirinya pelajar di sekolah yang sama dengan Junhwan mendakwa penyanyi berusia 18 tahun itu mempunyai masalah ketagihan seks dan sebelum ini telah merosakkan ramai anak gadis.


“Dia lelaki teruk yang merosakkan ramai perempuan di sekolahnya. Ramai bekas pelajar sekolah itu tahu tentang sikap buruknya.


“Dia terkenal dengan tabiat bertukar pasangan dan dia sendiri menceritakan perkara itu kepada ramai orang.


“Dan sekarang dia diangkat pula sebagai bintang K-Pop,” dedah individu terbabit menerusi perbualan berkumpulan dalam talian.



Seorang lagi individu yang turut mengaku dirinya bekas pelajar sekolah yang sama mendedahkan kononnya penyanyi itu dahulu memaksa bekas teman wanitanya melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa pelindung.


”Mereka gagal mengawal nafsu, tergamak melakukan hubungan seks di merata tempat seperti tandas dan gimnasium sekolah,” dedahnya.


Junhwan dalam pada itu terus mengunci mulut mengenai dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadapnya itu.


IDID, yang bernaung di bawah Starship Entertainment bakal secara rasmi diaktifkan pada pertengahan tahun ini. – UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-5-2025 10:14 AM
Woshhh
Gila lah
Betul ke ni..naseb la uols bila dah femes
Sama mcm pelakon.ape entah yang jadi polis dalam cite bong soon tu...pembuli sekolah...
Habis peminat kurang
Quote aryyan 20-5-2025 09:39 AM
kpop ni byk betoi grp idol depa.

btw kt forum xda ke fandom actor/ retis thailand.
aku dh tjebak ngn GMMTV. maafin aku wlpn tu bkn fitrah.

hahahahha.
Quote sambaldurian 20-5-2025 05:28 PM
Ok la tu ( bkn la aku 'menghalalkan' celup2 anak dara org ni ) nk ckp fitrah dia betul la wlu muka flower ( hensem sikit cercaan tu kurang ). Ni klu kt Thai habis jd BL. Heroin Thai skg pun mcm biasa2, hero hero BL pulak lawa2.
Quote PULANGKAN 20-5-2025 06:29 PM
shernazz replied at 19-5-2025 10:14 AM
Woshhh
Gila lah
Betul ke ni..naseb la uols bila dah femes

whoa iols baru tau bila chuols cakap. dasyat jugak kes dia
sampai lari ke filipina sekarang
Quote shernazz 20-5-2025 11:10 PM
PULANGKAN replied at 20-5-2025 06:29 PM
whoa iols baru tau bila chuols cakap. dasyat jugak kes dia
sampai lari ke filipina sekarang

Sayang kan...huhu...
Baru nak pemes
Quote borrow 21-5-2025 07:22 AM
aryyan replied at 20-5-2025 09:39 AM
kpop ni byk betoi grp idol depa.

btw kt forum xda ke fandom actor/ retis thailand.

Tada nmpk plak. Dulu ada bod fandom tp dh karam . Kt x selalu trending pelakon BL/GL telen ni . Bromance boleh la layan jugak , lebih dr tu idok le
Quote alihpapan 21-5-2025 09:28 AM
Aik
Quote MadameOnion 21-5-2025 09:35 AM
bagusla cancel awal2..nanti dah melarat jadi la mcm seungri tu..bapak ayam..tu pun ramai je masih husnuzhon sbb merembes tgk si tikus tu
Quote aryyan 21-5-2025 11:41 AM
MadameOnion replied at 21-5-2025 09:35 AM
bagusla cancel awal2..nanti dah melarat jadi la mcm seungri tu..bapak ayam..tu pun ramai je masih hu ...

dia ni cm alip ajis versi tembam. hahaha
Quote BoongaKertas 21-5-2025 02:11 PM
aryyan replied at 20-5-2025 01:39 AM
kpop ni byk betoi grp idol depa.

btw kt forum xda ke fandom actor/ retis thailand.

haah, iols pun cari gak. sbb iols tertengok lalu kat explore ig. ada sorang retis thai ni, sheols mcm kool gayanya. tp iols malas nak layan drama bersiri, takde kesabaran tggu habis. hahaha! cuma gaya dia kool utk seorang gegirl.
Quote BoongaKertas 21-5-2025 02:12 PM
PULANGKAN replied at 20-5-2025 10:29 AM
whoa iols baru tau bila chuols cakap. dasyat jugak kes dia
sampai lari ke filipina sekarang

sape ni ek chuols? iols pernah baca news psl dia tp serius tak ingat nama.
Quote BoongaKertas 21-5-2025 02:13 PM
sambaldurian replied at 20-5-2025 09:28 AM
Ok la tu ( bkn la aku 'menghalalkan' celup2 anak dara org ni ) nk ckp fitrah dia betul la wlu muka f ...

mslhnya kan, lawa giler eh mekap retis thai? feloles and nmpk natural betul. ya ampun, teringat mekap jenna tembun masa kawen, kan mahal giler mekap dia import MUA dari thai tu. bestnya kalau dpt belajar mekap teknik tu...
Quote sambaldurian 21-5-2025 06:23 PM
BoongaKertas replied at 21-5-2025 02:13 PM
mslhnya kan, lawa giler eh mekap retis thai? feloles and nmpk natural betul. ya ampun, teringat me ...

Tp cerita dorg skg x bnyk ummph la, yg gen z generation x best la. Zmn aku skola dulu bnyk gak slap kiss drama ( dlm drama thai xpe, realiti xleh). Skg ni klu yg intense2 sikit BL je, xleh terima. Tang mekap xpasti pulak. Rasa heroin skg mcm x selawa heroin zmn aku skola dulu. Mekap maybe flawless, tp kelawaan ( feature) aku prefer actress zmn 2000an, 2010an.
Quote PULANGKAN 21-5-2025 09:33 PM
BoongaKertas replied at 21-5-2025 02:12 PM
sape ni ek chuols? iols pernah baca news psl dia tp serius tak ingat nama.

>>>  https://en.wikipedia.org/wiki/Ji_Soo  <<<  klik sini kaka
Quote gideoncross 21-5-2025 10:54 PM
MadameOnion replied at 21-5-2025 09:35 AM
bagusla cancel awal2..nanti dah melarat jadi la mcm seungri tu..bapak ayam..tu pun ramai je masih hu ...

Taeil tu pun sama
Quote aryyan 22-5-2025 09:41 AM
sambaldurian replied at 21-5-2025 06:23 PM
Tp cerita dorg skg x bnyk ummph la, yg gen z generation x best la. Zmn aku skola dulu bnyk gak sla ...

hero2 BL lg hensem mslhnya.
mmg la depa act utk fanservice.
agak2 in real life depa cmtu gk.
btw aku tgh minat #jossgawin & #willamest
kahkahkah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.041685 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top