CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juri terkejut juara acar buah 'Aminah Mahmood' rupanya Tengku Ampuan Pahang

21-5-2025 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5558| Komen: 57|Original author: tatod

1000037299.jpg



KUANTAN – Hidangan acar buah yang dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan masakan sempena Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang, rupa-rupanya dimasak oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Lebih mengejutkan, baginda menyertai pertandingan itu menggunakan nama samaran 'Aminah Mahmood' tanpa pengetahuan pihak penganjur mahupun juri pertandingan.


Juri pertandingan, Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, berkata, mereka terkejut apabila mengetahui pemilik hidangan berkenaan adalah Tengku Ampuan Pahang.


1000037300.jpg


Juri


“Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.



"Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna," katanya memetik hantaran di Facebook Kesultanan Pahang pada Ahad.


Bekas guru masakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengaku tidak pernah merasai acar buah sebaik itu sepanjang 39 tahun menjadi juri pertandingan.


1000037301.jpg


“Acar buah ini sangat seimbang, tidak berminyak tetapi kuahnya bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus.


"Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” ujarnya.


Pertandingan yang disertai 11 peserta itu berlangsung di Taman Tasik Maran pada Sabtu lalu.


Terdahulu, Tunku Azizah berkenan mencemar duli menghadiri karnival berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak, Maran.


Turut mengiringi baginda ialah Che Puan Panglima, Puteri Suraiya Afzan Datuk Mohammed Moizz. - SINAR HARIAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-5-2025 01:27 PM
This being Malaysia... tah lah...
Quote dua_chzy 18-5-2025 01:27 PM
Dapnya acar buah...Dah bertahun tak makan.
Quote alesandra 18-5-2025 01:46 PM
motep masuk pertandingan walaupun identiti dirahsiakan ialah............?
Quote miracle_forever 18-5-2025 02:54 PM
Takkan la nk bagi kalah dgn acik2 marhaen khennnn
Quote KBW2 18-5-2025 03:01 PM
Hmmmmmm HAHAHAHAHAHA iyolaaaa
Quote syamzana 18-5-2025 03:16 PM
baikkkkkk...ahahahahah

acar buah tgk terliur tp bila makan mmmm sbb buah2 jeruk dgn tumis gitu mcm tak kene plak. mkn plak dgn nasi minyak/berperisa lagi la muak berganda.
sebenarnya acar buah ni makan dgn apa yg sedap selalu jmp kat kenduri kawen je pun.
Quote anakpakmaun 18-5-2025 03:28 PM
miracle_forever replied at 18-5-2025 02:54 PM
Takkan la nk bagi kalah dgn acik2 marhaen khennnn

dia mcm ni  sis..kalau menang baru reveal

kalau kalah..senyap2 dah..hahahah
Quote kakikuDibibirmu 18-5-2025 03:36 PM
@azmee06 tersenyum sinis
Quote Zack8hunter 18-5-2025 03:52 PM
mesti guna bahan premium kan
Quote sapeka 18-5-2025 04:36 PM
Sedap nama yg tuanku pilih
Aminah mahmood
Quote miracle_forever 18-5-2025 04:38 PM
sapeka replied at 18-5-2025 04:36 PM
Sedap nama yg tuanku pilih
Aminah mahmood

nama sheols la tu
Quote sapeka 18-5-2025 04:38 PM
Zack8hunter replied at 18-5-2025 03:52 PM
mesti guna bahan premium kan

Tak lah
Barang affordable bak kata penjual crepe
Quote sapeka 18-5-2025 04:39 PM
miracle_forever replied at 18-5-2025 04:38 PM
nama sheols la tu

Ye tau
Suka bunyi nye
Quote syirazee 18-5-2025 05:31 PM
mestilah cukup lengkap ramuan dah mai dari dapur istana..
Quote B40tastePosh 18-5-2025 05:47 PM
Edited by B40tastePosh at 18-5-2025 05:51 PM

Di kampung aku, kami pernah anjurkan pertandingan memasak Hari Kemerdekaan semasa PKP Covid 19...memasak dari rumah hantar ke Pekan kampung kami untuk dijuri.

Aku jadi Setiausaha masa tu.

Syarat bahan2 mesti dikutip sekitar kampung.

Yang menang masa tu menu Masak Lemak Pucuk Kayu.
Quote telracs 18-5-2025 07:29 PM
https://b.cari.com.my/forum.php? ... extra=#pid155929852

Sesiapa belum claim kredit birthday bulan MEI, sila klik link di atas.
Quote grouper 18-5-2025 07:35 PM
Juri punya puji dahsyat betul..ni lepas dah tau tuan punya ke
Quote Suchi 18-5-2025 07:46 PM
dua_chzy replied at 18-5-2025 01:27 PM
Dapnya acar buah...Dah bertahun tak makan.

Kat sabah kenduri kahwin dorang tak hidang ke
Sini selalu nasi minyak nasi briyani mmg ada la acar buah nih.
Quote Suchi 18-5-2025 07:53 PM
B40tastePosh replied at 18-5-2025 05:47 PM
Di kampung aku, kami pernah anjurkan pertandingan memasak Hari Kemerdekaan semasa PKP Covid 19...mem ...

Iols baru balik dr kg uols
Sungai Besar/Sabak Bernam tu
Tp tak melancong sgt
Ada urusan menyunting bunga di taman
Tp ada la pi singgah minum cendol kat Cendol Atok
Sedap betul lemak berkrim santan dia
Yg penting air batu kisar bukan ketul2
Teringat2 plak hehehe padahal haku ni tak minum manis
Tp smlm kira cheat day sbb berjalan tmpt org takyah la nk diet sgt cukup la senin-jemaat mkn rerumput

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047371 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top