CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dr Maleeq' kantoi, rawat warga asing malam-malam

21-5-2025 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1733| Komen: 17|Original author: tatod

1000039203.jpg



Kuala Lumpur: Tawar perkhidmatan perubatan terutama kepada warga asing dengan harga murah menggunakan khidmat doktor tidak bertauliah dengan pemeriksaan hanya dijalankan pada waktu malam.


Itu modus operandi klinik didalangi warga Pakistan dikenali 'Dr Maleeq' yang menawarkan khidmat rawatan serendah RM90 sejak setahun lalu.


Bagaimanapun, kegiatan klinik haram terbabit terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu dua lokasi sekitar Selangor iaitu di Sungai Buloh dan Shah Alam, dan satu lokasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, 11.20 malam kelmarin.


Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata,operasi itu membabitkan sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.



Menurutnya, berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai sebagai doktor tidak bertauliah dan dikenali sebagai 'Maleeq'.


1000039202.jpg


Katanya, turut ditahan, tiga wanita warga Myanmar yang dipercayai sebagai pembantu klinik, seorang wanita warga Pakistan dan seorang warga India.


"Jumlah keseluruhan individu ditahan adalah enam orang, berusia dalam lingkungan 23 hingga 57 tahun.


"Semakan awal mendapati seorang lelaki warga Pakistan tinggal lebih masa, seorang wanita warga Myanmar menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), seorang wanita warga Myanmar memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), manakala warga asing yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah untuk berada di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, pasukan operasi menyita buku log pesakit, cop klinik, satu pasport Pakistan, satu pasport India, satu pasport Myanmar, peralatan perubatan, resit sijil sakit, telefon bimbit klinik dan baju pengamal perubatan untuk tujuan siasatan.


"Modus operandi sindiket adalah dengan menawarkan perkhidmatan perubatan terutamanya kepada warga asing dengan harga murah.


'Klinik ini dipercayai menggunakan doktor yang tidak bertauliah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan pada waktu malam sahaja dan beroperasi selama satu tahun.


"Bayaran dikenakan untuk setiap pesakit warga asing adalah sebanyak RM90, dan hanya boleh dilakukan secara dalam talian," katanya.


Katanya, kesemua warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan Depot Imigresen KLIA untuk tindakan lanjut.


"Seorang lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Filipina diberi notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.


"Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terpelihara," katanya. - HARIAN METRO




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 21-5-2025 11:36 AM
Katanya, turut ditahan, tiga wanita warga Myanmar yang dipercayai sebagai pembantu klinik, seorang wanita warga Pakistan dan seorang warga India.

- Saiya suda cakap kita asing orang misti support asing worang punya business. Kita suda boikot local worang business.
Quote zad78 21-5-2025 01:11 PM
Buy Paki First nyaahhhhhhh
Quote lipans 21-5-2025 02:41 PM
Tak gaduh pulak warga India & warga Pakistan tu ye.
Quote Skuau 21-5-2025 03:03 PM
lipans replied at 21-5-2025 02:41 PM
Tak gaduh pulak warga India & warga Pakistan tu ye.


misti mau kijasama..kalau mau kasi bodoh malezia.
Quote sukacactus 22-5-2025 07:09 AM
Klinik pendatang united
Quote kepompong 22-5-2025 07:13 AM
RM90 tak mahal.. GP tempat i masih ada lg doktor cina tua2 charge murah2 ...
Quote rospinki 22-5-2025 08:52 AM
yihhhh...siap ada baju unipom mcm hospital pantai haha
Quote Decaffeinated 22-5-2025 08:58 AM
Chop tu untuk apa, MC ka?
Quote Decaffeinated 22-5-2025 09:01 AM
kepompong replied at 22-5-2025 07:13 AM
RM90 tak mahal.. GP tempat i masih ada lg doktor cina tua2 charge murah2 ...

Biarlah dia guna klinik sendiri. Kang kalau guna facility gomen acik juga yang bising.
Quote syirazee 22-5-2025 09:35 AM
makmur betul kehidupan diorg kat malaysia ni ye.
Quote rikiruj 22-5-2025 10:26 AM
Bila dah berbondong2 masuk negara ni confirm akan ada depa punya localised version of kedai runcit, klinik, restoran, dentist, pusat istirahat.. legitimate dan illegitimate.. versi indon, versi bangla, versi rohingya, versi afrika dan sebagainya.  Nak elak kena stop bawak masuk dan hantar balik yang sedia ada.
Quote TeropongThaico 22-5-2025 01:03 PM
RM90 murah...
Murah utk diarg kot
Quote kepompong 22-5-2025 02:14 PM
Decaffeinated replied at 22-5-2025 09:01 AM
Biarlah dia guna klinik sendiri. Kang kalau guna facility gomen acik juga yang bising.

That's my point. Dia sesama dia lantak lah kan. Tapi tu la.. gomen tak dpt kutip cukai camne tu
Quote silance 22-5-2025 02:51 PM
https://www.youtube.com/watch?v=Cd4oAyNS6jA




Quote BungaKencana 22-5-2025 02:57 PM
elok pulak tu pesakit2 yg amk ubt dari Dr Maleeq atau ubt beli kt farmasi je?
Quote izwan_izi 22-5-2025 05:45 PM
lipans replied at 21-5-2025 02:41 PM
Tak gaduh pulak warga India & warga Pakistan tu ye.

kerana berharapkan rahmat dan rezeki di Malaysia..

Pakistan & India sanggup bekerjasama demi kelangsungan hidup...

Quote Burong_Hantuk 22-5-2025 08:52 PM
Bodo..x memasal kena cekup

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.057424 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top