CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerani rugi RM649,150 diperdaya skim pelaburan tidak wujud

21-5-2025 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1994| Komen: 17|Original author: tatod

1000039278.jpg



KUANTAN – Seorang kerani wanita berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM649,150 lesap selepas dia terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.


Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian di Rompin itu bermula Mac lalu selepas mangsa yang berumur 52 tahun melihat satu iklan mengenai pelaburan saham ketika melayari laman Facebook.

-Advertisement-


“Mangsa kemudian menekan pautan iklan tersebut dan selepas itu menerima satu mesej daripada seorang individu bernama Elaine yang mengajaknya untuk menyertai satu kumpulan WhatsApp.


“Mangsa kemudiannya mula membuat pelaburan bermula dari 20 Mac 2025 hingga 09 Mei 2025 ke beberapa akaun syarikat yang diberikan oleh suspek,”katanya di sini hari ini.



Menurutnya, setelah membuat kesemua pindahan wang, mangsa menyedari menjadi mangsa penipuan pelaburan dan mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM649,150.


Katanya, berdasarkan siastaan awal polis mendapati mangsa menggunakan wang simpanan miliknya.- KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 21-5-2025 02:31 PM
Scammer lagi..

berlambak group scammer di telegram dan whatsap.

ada yang berani tunjuk kad pengenalan lagi bila buat testimoni .... labur duit sedikit dapat duit banyak dalam waktu sekejap. ramai pulak tu buat testimoni sambil pegang ic .. sekitar sepuluh ribu boleh dapat tak sampai sehari.. betul2 majik


... cuma ada satu jer spoilnya video2 testimoni scammer tu... semua yang bercakap kat situ semua tak nampak happy, bayangkan dapat duit ribu-ribu tapi tak happy ..  air muka hampir semuanya sedih dan takut.. hahah

Quote yebit157 21-5-2025 02:32 PM
banyaknya duit kerani ni. tak pernah guna duit gaji ke untuk kehidupan seharian
Quote BoongaKertas 21-5-2025 03:08 PM
byk nya duit u sister/brother. bagus lah maybe sheols sejenis berjimat cermat. tp salam takziah kena scam. Nauzubillah, penatnya nak cari duit kan.
Quote cmf_PariS 21-5-2025 03:17 PM
begitulah kalau suka nau tekan2 link.. caya aje pula tu
Quote AnBulisia 21-5-2025 03:33 PM
banyaknya duit kerani umur 52 ada 600k
sebulan berapa gaji kerani ni
Quote IzzahF 21-5-2025 03:41 PM
ini kerani lanyard kot byk duit gini
Quote cantthinkofany 21-5-2025 03:43 PM
Allahu Akbar.....besar betol ujian.....jangan la sampai ke tahap meminkam duit atau guna duit yg kumpul dari ahli keluarga, kengkawan office, jiran sekampung.....mampus kena sesah....
Quote kucingitam 21-5-2025 03:58 PM
bnyknya duit dia..
Quote seri_mawr 21-5-2025 04:23 PM
Kerani....52 tahun ada 649K....

ko kerja company apa kak.? Kerani je ada gini punya bnyk duit...x dapat bayang exercutif or manager dia...huhuhu
Quote matseh 21-5-2025 04:23 PM
Banyaknya duit dia. Org ada2 kut.
Cari kat TT, Rahmat Fitri lwn scammer. Bekas ASP. skrg.
Quote hayrin86 21-5-2025 04:38 PM
plywood replied at 21-5-2025 02:31 PM
Scammer lagi..

berlambak group scammer di telegram dan whatsap.

Takyah percaya lagi bagus. Sempena Hari Raya Haji ini, merdekakan diri kita daripada jerat pelaburan palsu.

amaran scam pada musim perayaan.png

amaran penipuan 001.png

Quote dewi_rina 21-5-2025 04:40 PM
Edited by dewi_rina at 21-5-2025 08:44 AM

Kerani duit banyak macam ni, i dulu keje opis kerani ofis i bawak bekal je.. Kalau ajak makan luar pun sebab kawan ofis lain nak belanja makan, punya lah jimat takut duit tak cukup..

I rasa dia memang menyimpan duit, bukan mcm kita jenis shoppe tiktok 24 jam
Quote milk_2 27-5-2025 04:45 PM
Sy tdk pernah percaya jerat pelaburan palsu spt ni.
Quote cmf_jeangrey 27-5-2025 06:15 PM
Nak melabur jgn guna org tengah..kecuali melalui bank or institusi pelaburan

Kalau pandai trade sendiri lg bagus..kau kawal sendiri keluar masuk duit

Ni dah licin savings terpaksa sambung kerja sampai 65..utk kelangsungan hidup
Quote TeropongThaico 27-5-2025 09:21 PM
Uhhh banyaknya duit dia
Tp tu le akhir2 jd gini kesiannya
Harap masih ada le simpanan atau cara lain utk teruskan kehidupan lepas ni
Quote meridian 28-5-2025 03:15 PM
Bodoh..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.204204 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top