CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Kedai Jual, Sekarang Tengah Musim Viral Kek Tiramisu!

21-5-2025 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7664| Komen: 79|Original author: vanillaessence

oMEefYuggqvBGfD4RAC2OQdiDSGgbAwiggeFDO.jpg



Memandangkan sekarang tengah musim Tiramisu, banyak kafe dan peniaga lokal tidak melepaskan peluang untuk menjual pencuci mulut viral ini

Tidak dinafikan, tiramisu memang sedap kalau dimakan sejuk-sejuk dan ia boleh juga dijadikan sebagai buah tangan buat yang tersayang dan mampu mengukir senyuman di bibir mereka.

Tak percaya? Cuba bagi dekat pasangan atau kawan korang, mesti diaorang tersengih sampai ke telinga!

Okay lah, kali ini kami akan kongsi top 5 tiramisu yang menjadi rebutan ramai sekarang. Korang dah bersedia nak beratur panjang?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaessence 21-5-2025 08:46 AM

1. The Coffee Bean & Tea Leaf

The Coffee Bean & Tea Leaf mengeluarkan edisi Tiramisu for Two dengan harga RM25 sahaja!

Korang boleh mendapatkannya di cawangan berdekatan, tetapi difahamkan buat masa ini stok agak terhad dan mereka hanya menyediakan Tiramisu pada hari-hari tertentu mengikut cawangan.

Quote vanillaessence 21-5-2025 08:46 AM

2. Ramly

Haa, mesti ramai yang tak tahu sebenarnya Ramly pun ada keluarkan Tiramisu Cheese Cake tau! Harganya pula murah, RM5.50 sahaja setiap satu.

Walaupun saiznya kecil, ramai yang kata Tiramisu Cheese Cake Ramly ini sedap dan tak berapa muak. Bolehlah untuk makan kudap-kudap. Selain Tiramisu, mereka juga ada jual perisa lain seperti Chocolate, Blueberry dan Lemon.

Quote vanillaessence 21-5-2025 08:46 AM

3. Bienz

Dekat Wangsa Maju, orang akan cari kafe Bienz untuk cuba sendiri kesedapan Tiramisu mereka. Dengan harga RM28 sebekas, ia memang sangat berbaloi kerana portion nya juga banyak. Puas hati kalau makan!

Kalau korang tengok review daripada pelanggan, majoriti cakap Tiramisu Bienz ni antara yang paling sedap mereka pernah makan. Apa tunggu lagi? Cubalah sekarang!

Quote vanillaessence 21-5-2025 08:47 AM

4. Gula Cakery

Gula Cakery adalah salah satu kafe yang menyediakan banyak dessert sedap-sedap dan rasanya dijamin tidak mengecewakan! Harganya hanya RM24 sebekas dan ada juga versi Chef's Signature.

"Those yang teringin nak makan tiramisu please lah try Gula Cakery punya tiramisu. Berbaloi! First suap I rasa nak nangis sebab rasa dia syahduuuu sedap sangat," kata salah seorang pembeli.

Quote vanillaessence 21-5-2025 08:47 AM

5. Since Then

Terletak di Jalan Liku Bangsar, Since Then merupakan kafe hipster yang menawarkan keselesaan kepada pelanggan mereka untuk menikmati makanan dengan view yang estetik.

Tiramisu mereka juga menjadi rebutan ramai kerana harganya bawah RM20 tetapi rasanya sangat premium!

Quote IzzahF 21-5-2025 08:58 AM
nasib aiols bukan sejenis manusia yg mudah terpengaruh. rasa nak makan, makan. time viral2 ni tgk org smpai beratur2 kebuluran nk makan makanan viral lg membuatkan aiols hilang selera
Quote akies 21-5-2025 10:26 AM
Disebabkan iols dh biasa makan tiramisu sblm ni..
Takde lah sampai excited mcm tk penah makan.
ini sampai nak kejar lori cbtl tu dh kenapa
Quote rospinki 21-5-2025 11:08 AM
oo yeke..jap nk gi CB smtara tengah lapang ni
Quote BungaKencana 21-5-2025 11:26 AM
akies replied at 21-5-2025 10:26 AM
Disebabkan iols dh biasa makan tiramisu sblm ni..
Takde lah sampai excited mcm tk penah makan.
ini s ...

aku baru tgk VTT ni.. CB kt limbongan Melaka.. ngarut je dala muka ummah2 melayu je
Quote mejaputih 21-5-2025 11:28 AM
Patut la ari tu kat CB ada ramai beratur..iols like..ntah apa2...
Quote kucingitam 21-5-2025 11:29 AM
biasa je lah kek tiramisu ni.. apa yg hypenya..dah lama ada kot..
Quote edayildiz 21-5-2025 11:48 AM
sdp ke? i cari jgk kt cbtl..selalu abes..pstu smlm p gula cekery pun xde..
i bkn suka sgt kek bagai tp saja nk gedik sbb nk wt bideo
cpt terpengaruh..
aritu i ada try tiramisu kt satu cafe ni...i tau pun kt tiktok keluar psl tiramisu dia sdp..i try tu xsdp pun..mayb sbb bwh tu rasa berair..
Quote akies 21-5-2025 11:57 AM
BungaKencana replied at 21-5-2025 11:26 AM
aku baru tgk VTT ni.. CB kt limbongan Melaka.. ngarut je dala muka ummah2 melayu je

Kan..benda ntah masing2 dok melanguk tunggu kt cafe..
Pastu nampak lori cbtl datang terus beratur.
Aneh2 je.
Dh lama kot tiramisu tu. Tak paham iols
Quote TabletSusu 21-5-2025 12:00 PM
kucingitam replied at 21-5-2025 03:29 AM
biasa je lah kek tiramisu ni.. apa yg hypenya..dah lama ada kot..

kannnn.. zaman bila punya meriah tiramisu ni.. tetiba skrg ni hype semula.. x paham aku
Quote bvsf06 21-5-2025 12:11 PM
Tiramisu adalah antara dessert yg mudah nak buat.
tapi kos mahal.
kalau makan sorang, ok beli luar.
tapi kalau makan family better buat sendiri
Quote Prickford 21-5-2025 12:53 PM
IzzahF replied at 21-5-2025 12:58 AM
nasib aiols bukan sejenis manusia yg mudah terpengaruh. rasa nak makan, makan. time viral2 ni tgk or ...

Samalah kita. Kalau rasa nak makan, nnt2 pon boleh makan. Takde masa nak terkejar2 benda viral. Contoh baru2 ni yg beratur panjang berjela dekat Lotus Ampang tu. Laki iolls lalu cakap tekejut apa yg beratur panjang2 time panas rembang. Iolls cakap kek coklat moist viral. Bukannya tak penah makan kek coklat moist pon.
Quote kuewTiau 21-5-2025 12:54 PM
sedap ke? ada orang cakap kalau bukan coffee lover takyah try

cromboloni yang hot 2-3 tahun lepas pon baru try makan tahun ni. sedap gak.
nak pergi beli lagi sekali, kedai tu cakap "kitorang dah stop sebab takde sambutan"
padahal sebelum ni beratur panjang
hahahhahha

Quote IzzahF 21-5-2025 01:22 PM
Prickford replied at 21-5-2025 12:53 PM
Samalah kita. Kalau rasa nak makan, nnt2 pon boleh makan. Takde masa nak terkejar2 benda viral. Co ...

kan? kek cekelat moist tu merata riti org jual. sama je rasa pun nk lain mcm mana lg pun kan..tak de la ai nk terjebak benda2 mcm ni
Quote chandrahusin 21-5-2025 01:27 PM
oo tiba2 hype balik
heran plk tiramisu sana sini
benda dh lama wujud kot

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048457 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top