CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Toyota Camry 2.5V, Kerajaan Pulau Pinang Habiskan Lebih RM3 Juta!

21-5-2025 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1811| Komen: 19|Original author: vanillaessence

IMG-20250520-WA0016.jpg


Memetik berita rasmi, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow memberitahu bahawa jumlah tersebut adalah termasuk kenaan cukai dan duti eksais.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperoleh 15 buah kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada tahun 2020.

“Kenderaan baharu ini adalah untuk kegunaan rasmi seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang dan tiga ahli ex-officio (Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri).

“Dua lagi kenderaan adalah masing-masing untuk kegunaan rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dekat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Beliau memberitahu perkara itu sebagai menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng dan ADUN Penaga, Yusni Mat Piah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaessence 21-5-2025 08:27 AM
[youtube]2OaHPgLuh3U[/youtube]
Quote Minami2013 21-5-2025 08:34 AM
Cantik juga ye toyota camry yg baru.
Quote Apoo 21-5-2025 08:59 AM
Come on la. Negeri kaya takkan bg toyota saja. Kelantan yg miskin pun boleh bagi mercedes kat exco depa. Nabi pun guna kuda yg terbaik.
Quote areyam 21-5-2025 09:37 AM
tak sesuai keta ni....

baik beli BMW atau range rover....
Quote Samerosie 21-5-2025 09:40 AM
Takan menteri nak naik axia.  Cantik gak ni tp honestly gua dah tka koser tak tukar keta.  Sekarang dah nyaman, perodua service centre belakang rumah je.
Quote matseh 21-5-2025 10:20 AM
Cun. Ini versi Hybrid kan?
Quote B40tastePosh 21-5-2025 12:50 PM
Persoalan kenapa Lori FRU lori buruk dari tahun 1991 dan tidak check Puspakom.... kemudian tuduh driver lori batu yang ada check puspakom dan lesen memandu sebagai salah.
Quote Decaffeinated 21-5-2025 01:05 PM
Lawa lah Toyota Camry. Last naik Camry pinjam AVIS punya

CBU eh?

Quote Prickford 21-5-2025 01:22 PM
matseh replied at 21-5-2025 02:20 AM
Cun. Ini versi Hybrid kan?

Kalau (AT) ni yg sedan biasa je rasanya. Kalau hybrid (HEV). Manager iolls baru je dapat yg hybrid. Tokey company bagi. Mmg mantap!
Quote fattymah 21-5-2025 04:43 PM
matseh replied at 21-5-2025 10:20 AM
Cun. Ini versi Hybrid kan?

Dok.. hybrid logo tu kaler biru
Quote pengecatbintang 21-5-2025 06:15 PM
naper x ambik mecedis mcm klate

klate yg miskin pon x angkat camry

federal gov pong guna camry
Quote kemaruk 21-5-2025 10:17 PM
Team baik kalo buat apa pon takpe

Moral high ground etc
Quote Skuau 21-5-2025 10:51 PM
Maka rakyat sekalian alam pung....KAGUM.
Quote ipanimanz1 23-5-2025 09:09 AM
respon berbeza jika berlaku di kelantan atau terengganu atau kedah atau perlis. terengganu tukar kpd mazda pun bergegar forum ni. selekkk
Quote Decaffeinated 23-5-2025 10:16 PM
Percubaan TT ajak acik2 mencerca macam gagal ja
Quote vanillaessence 24-5-2025 04:15 PM
Quote milk_2 27-5-2025 04:00 PM
Wajar beli mercedes
Quote meridian 28-5-2025 03:19 PM
Quote airfilterkotor 28-5-2025 04:42 PM
Tahun 2018, 14 unit mecidis dibeli PAS dengan harga RM700k seunit.
Tahun 2024, 15 unit toyoda kemry dibeli DAP dengan harga kurang dari RM300k seunit.

Beza negeri tak berduit lawan negeri berduit.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040715 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top