CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita terkejut kereta kena clamp sebab tayar terkeluar sikit dari garisan parking

23-5-2025 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3474| Komen: 32|Original author: Raline

1.png


Seorang wanita berdepan pengalaman mengejutkan selepas tayar kereta miliknya dikunci pengurusan kawasan tempat letak kenderaan terbabit gara-gara sebahagian daripada tayar kenderaan miliknya terkeluar dari garisan ruangan parkir disediakan.

Insiden dikongsikan pengguna X, attyusof, itu berlaku di sebuah pusat komersial di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik sejak Khamis itu, wanita tersebut berkata, dia meletakkan kenderaannya di lokasi berkenaan kerana mahu menghantar bayinya yang sakit ke klinik.


"Kereta saya kena clamp di kerana tayar keluar garisan. Korang, tolonglah, adakah saya yang salah atau saya sedang dibuli?

"Saya park secara senget kerana kereta di sebelah saya sebelum ini park terlalu depan, jadi saya tidak dapat masuk dengan betul.

"Saya park di sini kerana nak bawa bayi saya yang sakit ke klinik," tulisnya.

Ujarnya, selepas selesai menghantar bayinya ke klinik, dia agak terkejut sebaik tiba di keretannya selepas mendapati tayar kenderaanya dikunci.

Ujarnya, usaha berhubung dengan pihak pengurusan pusat komersial berkenaan juga mengalami kesukaran.

"Alih alih sampai tengok kereta kena clamp? Dahlah tengah panas dengan bayi lagi.

"Parking attendant kata dia rasa tak sampai hati tapi boss suruh. Saya hubungi pihak pengurusan dan mereka hanya beri gambar (individu nama) En Sharif untuk kongsikan nombor parking tapi panggilan dibuat tak diangkat.

"Pejabat kata mungkin tengah makan tengah hari," katanya yang turut memuat naik foto menunjukkan kedudukan kenderaan miliknya di tempat parkir berkenaan.

Walaupun hanya perlu membayar RM50 bagi membuka kunci terbabit, wanita tersebut berkata, dia beranggapan dirinya tidak melakukan kesilapan dalam hal tersebut.

"Saya tak menimbulkan kesukaran terhadap sesiapa pun. Saya tak halang mana-mana kereta," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata daripada warganet bersetuju dengan isu yang dibangkitkan wanita berkenaan.

Ini kerana mereka beranggapan wanita berkenaan tidak membuat sebarang kesalahan yang jelas sehingga menganggu lalu lintas mahupun keadaan trafik di lokasi.

"Tiada tolak ansur langsung mereka ini," tulis adzakael.

"Celah mana salah dia. Dah la hujung. Lantak la nak park macam mana pun bukan halang apa pun," tulis wenkt.

"Sampai kena clamp kot melebih sangat sebab kereta itu tiada halang atau susahkan siapa-siapa pun," kata ipohcmemalee.

Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aint 23-5-2025 12:20 AM
nak cari duit... tu pasal clamp keta .. pd hal keta dh mmg dlm kotak parking dan tk halang kenderaan lain
Quote Orenn1 23-5-2025 12:52 AM
Tu lah kereta dia hujung pulak tu, kesian jugak. Hidup keras ye kat msia ni
Quote MissVixen 23-5-2025 02:16 AM
Akak ni tak reti park ke? Kalau kereta sebelah ke depan sangat, bukannya dia masuk parking akak ni. Boleh le adjust ke depan dan reverse balik elok2. Banyak orang main park je senget benget, tak tengok garisan parking sebelum keluar kereta. Akak ni jadikan isu sebab sebelah dia kosong je. Boleh je betulkan parking tu sekejap. Baby tu duduk atas carseat je kan? Baby sakit jadi alasan ke?
Quote Orenn1 23-5-2025 02:23 AM
MissVixen replied at 23-5-2025 02:16 AM
Akak ni tak reti park ke? Kalau kereta sebelah ke depan sangat, bukannya dia masuk parking akak ni.  ...

Ni pun betul sebenarnya, kena parking elok2.
Quote Radzor 23-5-2025 03:33 AM
what has we become. keta dia hujung sekali kot.
Quote ninja boy 23-5-2025 04:38 AM
Edited by ninja boy at 23-5-2025 04:42 AM

Semua org lapar duit dan harta, macam2 alasan nak dapatkan duit secara tiada kemanusiaan. Jika denda 50 jgn belanja 50 jika denda 300 jgn belanja 300, penat2 bekerja dan jaga bayi sorang2 ada pula org lain curi duit kamu mengakibatkan x dapat beli susu 50 ringgit utk bayi
Biasanya dgn perempuan melayu org tua kanak2 wargasing depa berani dgn cina tarak berani
Quote Orenn1 23-5-2025 05:35 AM
ninja boy replied at 23-5-2025 04:38 AM
Semua org lapar duit dan harta, macam2 alasan nak dapatkan duit secara tiada kemanusiaan. Jika denda ...

Aku menyampah dgn ayat ko kat bawah tu, sepesen ' dgn melayu je dorg berani dgn cina mana dorg berani'. Jenis melayu mcm ko lah yg suka menghiruharakan negara huh
Quote Dovahkiin 23-5-2025 05:42 AM
Try la parking macam tu kat luar negara. Penguatkuasa siap guna measuring tape tgk jarak kau parking dari curb, petak parking jangan cakap la, mmg strict.
Quote kepompong 23-5-2025 07:00 AM
Dia mmg tak halang kereta lain nak masuk, tapi dah halang lot parking utk 2 biji motor sebelah yg terjuih tu
Quote akies 23-5-2025 07:19 AM
Tak pasal2 je sbb parking senget.
Lain kali parking betul2. Bagi lurus elok.
Quote otai_g 23-5-2025 07:32 AM
Jujur la. Aku pun menyampah kalo kete park smpi luar kotak ni. Kalo ko park senget tp Masih dlm kotak ok lg. Mmg patut la ko kena clamp sbg pengajaran. Respect btl aku dgn mall tu. Proaktif. Ni yg kita mau.
Quote Thunderclouds 23-5-2025 09:31 AM
Edited by Thunderclouds at 23-5-2025 09:32 AM

Amende bodo punye pompuan. Kete mahal dah, takan xreti nengok parking sensor kt screen display tu.

Kot screen display tu rosak, ko xreti guna said mirul ke nk reverse park?

Kot bengap sgt² main membontot je reverse tu, ko kuor xnampak ke ko park xsenonoh?

Bangsa park xsenonoh, xmengaku salah, play victim, selayaknya dilahar dipagi jemaat yg tenang ni.

#acikporomantiparkingsengetbenget
#padanmukahang
Quote toynme 23-5-2025 09:38 AM
nama pun private property mmg ko kena ikut la
belah kiri pun bnyk space
akk ni tak reti parking
Quote Samerosie 23-5-2025 09:40 AM
Edited by Samerosie at 23-5-2025 09:44 AM

Ini mcm dlm parking private establishment.  Nak buat camne mungkin itu rules dia nak guna parking dia. Tak pun ada cerita lain sebenarnya tp x cerita. Oku parking? Laluan wc ke? Selalunya gitulah.
Quote cantthinkofany 23-5-2025 09:56 AM
salah is salah.....you can play a victim story....kalau bawak baby jgn la kehulu ke hilir dok ngendong anak tu...tunggu je dalam pondok budak parking tu sementara tunggu dibukak....bkn apa...walau bunyi kejam...walaupun sikit....tapi lelama jadi bukit....biar awal2 ni bg lesson learnt sikit....aku dah letih dah bila orang parking senget menget sesuka hati.....
Quote A-Are 23-5-2025 10:50 AM
oh sebab ada parking motor tepi tu...iols salut dgn org yg xkisahlah keluar masuk 10x nak adjust parking..janji masuk kotak..
Quote plywood 23-5-2025 11:10 AM
Aku rasa dimalaysia kalau nak mula clamp kereta dengan kesalahan spt itu kena ada signboard besar-besar bagi tau... jadi klu kena clamp dah ada pemberitahuan yang peraturan adalah strict ditempat itu
Quote stania83 23-5-2025 11:30 AM
Lurus bendul guardnyaa takde budi bicara.
Quote rikiruj 23-5-2025 11:33 AM
Aku saspek boss parking tu dah sakit hati yang amat sebab dah terlampau banyak kali orang park tak respect the line.. tak tau la reason kenapa dia sakit hati sangat.. OCD ke,  atau mungkin memang SOP parking tak masuk line akan kena clamp tapi just happen so happen makcik ni punya kereta sebenarnya tak mengganggu sebab kat hujung so nampak macam tak masuk akal nak clamp.. apa pun parking la betul2 next time supaya tak jadi isu.. bila tak betul dah jadi grey area.. nak kata salah sangat pun tak, nak kata tak salah pun tak.. better elak je.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042357 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top