CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pentadbiran Trump halang Harvard terima pelajar antarabangsa

23-5-2025 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1341| Komen: 4|Original author: Burong_Hantuk



WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis mengambil tindakan drastik dengan membatalkan keupayaan Universiti Harvard untuk mendaftarkan pelajar antarabangsa.

Keputusan itu sekali gus mencetuskan ketegangan baharu dalam perbalahan mengenai kebebasan institusi Ivy League itu terhadap dasar kerajaan.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) AS mengumumkan, Harvard tidak lagi dibenarkan menerima pelajar antarabangsa, manakala pelajar sedia ada perlu berpindah ke institusi lain atau berdepan kehilangan status sah mereka di negara itu.


Arahan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem, yang mengarahkan agar sijil Program Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVP) Harvard ditamatkan.

Ia susulan amaran yang dikeluarkan bulan lalu, apabila beliau menuntut Harvard menyerahkan maklumat terperinci mengenai “aktiviti haram dan ganas” melibatkan pelajar antarabangsa sebelum 30 April.

Langkah ini dijangka memberi kesan besar kepada komuniti pelajar Harvard, yang merekodkan seramai 9,970 pelajar antarabangsa.
Data menunjukkan 6,793 daripada jumlah itu - atau 27.2 peratus merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan pendaftaran pelajar bagi tahun akademik 2024-2025.

Harvard dalam kenyataannya menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan berikrar untuk terus mempertahankan hak institusi itu menerima pelajar dan sarjana antarabangsa dari lebih 140 buah negara.


Jurucakap universiti, Jason Newton berkata: “Kami sedang berusaha segera untuk memberikan panduan dan sokongan kepada komuniti kami. Tindakan bersifat balas dendam ini mengancam kesejahteraan komuniti Harvard dan negara ini, serta menjejaskan misi akademik dan penyelidikan kami.”

Dalam perkembangan sama, Profesor Ekonomi Harvard dan bekas pegawai pentadbiran Presiden Barack Obama, Jason Furman menyifatkan tindakan kerajaan Amerika Syarikat yang melarang Universiti Harvard menerima pelajar antarabangsa sebagai sesuatu yang “mengerikan dari setiap sudut.”

“Adalah mustahil untuk membayangkan Harvard tanpa pelajar antarabangsa kami yang luar biasa. Mereka memberi sumbangan besar kepada semua pihak di sini - kepada inovasi dan juga kepada Amerika Syarikat secara keseluruhan,” kata Furman.

“Pendidikan tinggi merupakan antara eksport terpenting Amerika dan sumber utama kuasa lunak (soft power) negara ini. Saya berharap dasar ini dapat dihentikan segera sebelum kerosakannya menjadi lebih parah,” tambah beliau lagi.

Seorang lagi profesor yang arif tentang situasi semasa memberitahu CNN, jika dasar itu dikuatkuasakan, beliau bimbang banyak makmal penyelidikan akan “kosong” akibat kehilangan pelajar antarabangsa. - Agensi




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 23-5-2025 08:35 AM
Edited by Dwdrum at 22-5-2025 04:55 PM

Sebab tidak guna merit... Kutip student jadi kaki protest... Unfair kepada lain samada dari   us or negara lain... Fulbright scholarship pun tidak focus hantar student buat research di top 1%... Very selective seperti marina mahathir under fulbright ke USC...
Quote nisako 23-5-2025 12:22 PM
hahaaaaaa
Quote Samerosie 23-5-2025 12:31 PM
Meanwhile, Harvard's ranking in Law and Legal studies in the world....

Screenshot 2025-05-23 123030.png

As they say, here, hold my beer.
Quote Kitty_catz 23-5-2025 06:07 PM
Samerosie replied at 23-5-2025 04:31 AM
Meanwhile, Harvard's ranking in Law and Legal studies in the world....

anak kawan meols yg last year's cohort, tataw apa status budak tu now


rasa dia amek PPE or something like that


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2026 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054267 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top