Perkongsian anak kepada pelakon veteran Jalil Hamid di akaun TikToknya telah menyorot perhatian warganet. Menerusi video yang dikongsikan anak kepada aktor itu iaitu Afiqah, kelihatan Jalil sedang memeluk erat isterinya dengan wajah yang sayu. Menurut Afiqah, Jalil atau nama lengkapnya Abdul Jalil Abdul Hamid tidak dapat berangkat ke Tanah Suci kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Semoga dapat haji yang mabrur ibu. Ayah tak dapat pergi sebab masalah jantung tetapi tetap beri keizinan untuk ibu pergi walaupun ayah tak pernah sehari berjauhan dengan ibu sejak sakit. Semoga Allah kurniakan ibu kesihatan yang baik untuk beribadat dengan sempurna. Semoga Allah mengasihani ayah, memberikan pahala yang berlipat kali ganda untuk sabar dan redha hatinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar ibunya dipermudahkan urusan sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima itu. Moga ibu awak sentiasa dalam jagaan Allah dan pulang dengan haji yang mabrur, untuk Jalil semoga diberikan kesihatan yang baik. Saya dapat rasakan perasaan itu gembira bercampur sedih dan bahagia. Redha isteri berserta redha dan keizinan suami. Beribadahlah dengan tenang dan dilancarkan segala urusan. Memang payah untuk lepaskan teman sehidup semati, hanya doa yang mengiringi. Sumber: TikTok Afiqah Jalil, Oh Bulan |
ADVERTISEMENT