"Saya rasa seperti maruah saya dipijak!" kata pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall ketika ditanya mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku sehingga suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus melafazkan talak ketika dia sedang bersiaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, berkata, walau apapun yang berlaku, hanya dia dan Aiman yang tahu kisah dalam rumah tangga mereka.
"Tiada siapa yang mahu diceraikan dalam keadaan seperti itu, Namun, hanya saya dan suami yang tahu apa yang benar-benar berlaku. Saya tidak mahu panjangkan cerita. Cukuplah," katanya.
Ditanya sama ada dia trauma dengan insiden yang mengejutkan banyak pihak itu, Siti berkata, sehingga kini, lafaz talak itu masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.
"Trauma saya bukan pada perkahwinan, tetapi pada situasi yang berlaku. Ucapan 'Aku ceraikan kau' itu masih terngiang-ngiang dalam kepala saya.
"Tapi saya tak boleh berhenti. Saya perlu terus kuat untuk anak-anak. Saya yang harus cari rezeki. Saya kini hamil lima bulan.
"Keadaan sangat menekan. Komen-komen di media sosial sangat menakutkan. Banyak kenyataan berubah-ubah dan ada yang tidak masuk akal.
"Bagi saya, sangat meletihkan jika saya perlu jelaskan semuanya. Apa yang berlaku, biarlah berlalu. Masa lalu tak boleh diubah, tapi masa depan masih boleh kita perbaiki," katanya.
Siti turut menambah bahawa sepanjang minggu pertama, dia banyak meluangkan masa di rumah, meneruskan rutin harian termasuk berniaga secara langsung di TikTok demi kelangsungan hidup dan untuk anak-anak.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|