CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Fizo Omar Kecewa Sering Ditanya ‘Tak Penat Ke Hamil Jarak Dekat’ – ‘Kenapa Soalan Ini Mesti Datang Dari Kaum Wanita?’

26-5-2025 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4383| Komen: 69|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-23 152603.png


Isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu  Fazeera Nazri meluahkan rasa kecewa apabila kerap dihujani dengan soalan mengapa dirinya sering hamil jarak dekat.

Menurut Fazeera, dia menyifatkan pertanyaan tersebut seperti tidak menjaga sensitiviti dan perasaan ibu hamil. Malah, bertambah kecewa apabila soalan itu dilontarkan oleh kaum wanita.

Saya ingin pesan di sini, tolong jaga sensitiviti orang lain. Saya sering dihujani dengan soalan tak penat ke hamil, suami tak jaga peranakan ke, suami tak kisah kesihatan mental ke?

Saya sangat kecewa dengan soalan-soalan sedemikian sampai tak tahu nak menjawabnya.

Kenapa mesti soalan begitu datang dari kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain jatuh?

Jarang soalan begini diajukan oleh kaum lelaki. Tolong hormat keputusan orang lain.

Fazeera berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok bagi membalas pertanyaan seorang pengguna media sosial yang bertanya ‘mengandung lagi, tak letih?’ kepadanya.

Bukan beban

Jelas Fazeera lagi, kehamilan tidak langsung memberi beban terhadapnya, sebaliknya bersyukur dikurniakan zuriat yang ramai.

Saya tak rasa yang mengandung ini memberikan saya satu beban dan memberi keletihan melampau.

Saya tak pernah tunjuk diri saya menyesal beranak ramai dan ada anak yang rapat. Sebaliknya saya tunjuk kegembiraan dan syukur dalam media sosial.


Saya langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana saya ada sokongan yang kuat.

Februari lalu, Fizo memaklumkan isterinya kini sedang berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata ketiga mereka.

Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka sudah memiliki dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.


Sumber: TikTok


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newyork 23-5-2025 03:29 PM
Selagi tak dpt boys selagi tu la usaha tangga kejayaan.
Quote dewi_rina 23-5-2025 03:32 PM
Lepas tu nak orang lelaki yg tanya ke?
Quote SalenaGomez 23-5-2025 03:38 PM
dewi_rina replied at 23-5-2025 03:32 PM
Lepas tu nak orang lelaki yg tanya ke?

Mmg la org laki x tanya sbb diorg bukan penah pegnen pon… org yg penah pegnen je tahu letih x letih pegnen tu
Quote sharlenetexas 23-5-2025 03:39 PM
Your body your choice.


Quote ayukpingu 23-5-2025 03:43 PM
newyork replied at 23-5-2025 07:29 AM
Selagi tak dpt boys selagi tu la usaha tangga kejayaan.

mcm datin almy nadia. selagi tak dpt boy, teruskan
Quote lightheaded67 23-5-2025 03:49 PM
Edited by lightheaded67 at 23-5-2025 04:15 PM

Mak mak mgandung dgn mak mak lepas bersalin tengah pantang tak payah la awk tanya soklan ape pon
Deme cepat terasa cepat takde mood gitu
Bg kata kata motibasi puji puji jack dia sokmo takpe
Itu boleh
(Yela sbb soklan tu biase je aku tgk)
Tp laki deme yg bersalah dlm hal ini tp smua kena
(Mak buyung jgn marah noh main2 je huhu)

Quote gekkou 23-5-2025 05:52 PM
sebab orang wanita tengok kau pregnant lepas satu2 pun penat dik
diorg tanya sebab concern jah
suh ko sayang body

tapi dah kau mahu
ko teruskan saja setiap tahun terberanak
sampai persenyawaan tu tak menjadikan kau pregnant
Quote Mekgadis16 23-5-2025 06:09 PM
Legit soalan. Tak penat ke mengandung dekat2? Yang jarang 3 tahun pun penat. Tapi husnuzon jela maybe masa mengandung husband tolong buat everything. Lepas bersalin semua helper yg tolong a-z
Quote doubleA 23-5-2025 06:41 PM
Helper banyak noks, biarlah dia badan dia. Tapi motif cakap laki tak persoal? Laki bukan pernah pregnant
Quote awenda507 23-5-2025 08:34 PM
Dh dia sanggup nk mengandung rapat2, buat ape la netizen nk sibuk2
Quote KikiHadid 24-5-2025 02:47 AM
Mmg la kaum wanita sndr yg tny..dh wanita yg mengandung kn wanita je la tau susah sng mengandung ni..laki dia tau ap..knp nk emo..bdn sndr kn..nk mengandung tiap tahun pun xpe ikt suka ekau
Quote bankerpencen 24-5-2025 04:31 AM
Lantak kau laaa nak beranak banyak2, berderet-deret… suka hati kau.
Quote Lucy20 24-5-2025 04:37 AM
aikkk terpaling positive, terpaling motivator pun terasa hati ke netizen tanya?
Quote kikiharris 24-5-2025 04:52 AM
Mengandung je lah sis, nak buat futsal team pun..kisah plaklah aku
Sebab yg jaga, keluar duit beli baju sekolah, buku utk anak2 yg takda gap, tunggu kat pagar sekolah wpun umur dah 40, 50an tu kau. Persetankan ajelah soalan2 tu. Buat bodoh je bolehkan .motif nk melayan.
Quote TomyamPuteh 24-5-2025 06:19 AM
Yg sedap depa. Yg menggelupor acik2 Bawang.
Quote Minami2013 24-5-2025 07:06 AM
Anak dia comel2..
Quote mawarberbisa 24-5-2025 09:51 AM
fizo ni masih dalam bankrupt list ke?

haritu terpaling pakai motivasi edukasiun tapi soalan mcm ni pun takleh jawab elok2. cakap jelah “mmg impian saya nk keluarga yg besar. selagi mampu, inshaAllah sy nk anak lagi”
ITU PUN TAK BOLEH KE MEK   ???
Quote pocongkiutss 24-5-2025 09:56 AM
Anak dia ngan pijo ekceli bape org? Ingtkn dh 3 nk masuk 4
Quote jasmeen 24-5-2025 01:54 PM
Hadap sangat validation org lain ..

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2026 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.410491 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top