KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay diarahkan untuk menyemak isu larangan ke luar negara dikenakan ke atas aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada. "Polis Diraja Malaysia perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini. "Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya," katanya. Semalam, Fahmi menerusi entri di Facebooknya memaklumkan dilarang keluar negara untuk menghadiri konsert di Singapura menerusi penerbangan dijadualkan berlepas pada jam 9.35 pagi. Fahmi ditahan di kaunter imigresen pelepasan antarabangsa dan diminta duduk di pejabat pihak berkuasa berkenaan sementara pegawai membuat semakan dengan 'Travel Control Office/Order' (TCO), selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada jam 7.30 pagi semalam. Hasil semakan mendapati, Fahmi dilarang ke luar negara atas arahan Bukit Aman dengan alasan tindakan berkenaan tidak dimaklumkan. Fahmi turut memaklumkan larang ke luar negara itu dikenakan ke atasnya, seminggu selepas dilarang masuk ke Sabah susulan lukisan mengkritik Yang di-Pertua Sabah, Tun Musa Aman. Sumber – BH |
prince_marhaen replied at 9-6-2025 12:41 AM
Takde tahan, dia kena check TSO je, lepas tu terlepas flight sebab lambat sediakan salinan dokumen ( ...
anggeriklatifah replied at 9-6-2025 10:58 AM
Dia ni takde kerja ke dari dulu..
Semua kerajaan dia carik pasal
Boleh suarakan pendapat
Bebzee replied at 9-6-2025 07:23 AM
Ni info x btl. Dia bkn ada travel ban pun. Dia dlm TCO list, so kena red-flag alert je. Tu yg kna ta ...
cikdot replied at 9-6-2025 12:11 PM
lahh kisahnya terlepas flight je la. dah tau banyak kes, check la immi travel status tu. datang awal ...
ADVERTISEMENT