CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Afgan kini rasmi pak haji

9-6-2025 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 557| Komen: 2

 


Penyanyi popular Indonesia Afgan menyifatkan ibadah haji yang selamat disempurnakan adalah pengalaman luar biasa pernah dilakukannya sepanjang hidupnya.

Hanya berbekalkan tekad, Afgan atau Afgansyah Reza, 35, berkata, semua rukun haji yang wajib disempurnakan dengan lancar.

“Alhamdulillah, rasmi jadi pak haji

“Sempurnah sudah ibadah haji pertama saya. Ini adalah perjalanan rohani yang sangat indah ditambah pula saya berangkat sendiri dengan bermodalkan rasa nekad sahaja.

“Namun, semua proses dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan dengan lancar,” katanya dalam Instagram.

Ujar pelantun lagi Lenggang Puspita itu, dia juga memanjatkan rasa gembira kerana diberikan peluang dan kesempatan dijemput Allah SWT pada musim haji tahun ini.

“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup dan rasa sangat bersyukur kerana boleh menjadi tetamu Allah tahun ini.


“Ibadah haji adalah perjalanan antara anda dan Tuhan.

“Satu ibadah yang mengingatkan agar sentiasa merendah diri dan sentiasa ingat bahawa anda tidak akan sesekali keseorangan selagi ada Tuhan bersama. Terima kasih atas doa kalian,” ujarnya.

Menerusi hantaran sama, dia juga memuat naik foto memaparkan momen sepanjang dia menunaikan haji untuk musim kali ini.

Dalam ruangan komen, netizen melahirkan rasa syukur selain menggelarnya sebagai ‘haji Afgan’.

“Alhamdulillah lengkap ibadah ‘pak haji’. Semoga selamat pulang ke tanah air.

“Masya-Allah, semoga dapat haji mabrur. Beruntung sudah bergelar haji pada usia muda.

“Assalamualaikum haji Afgan,” komen netizen.

Terdahulu, Afgan pada 30 Mei lalu, menerusi Instagram memaklumkan dia berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 10-6-2025 08:37 AM
wow
Quote lasagna 10-6-2025 09:40 AM
Edited by lasagna at 10-6-2025 09:41 AM

alhamdulillah pak aji afgan..
dlm article ckp umur dia 35, rsnya dah 36.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.027078 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top