MEKAH – Seorang jemaah lelaki Malaysia dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital King Abdullah, di sini semalam berpunca serangan jantung. Allahyarham Abd. Malek Sudin, 62, menjadi jemaah haji ke-10 yang meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M kali ini. Ini merupakan kematian kesembilan berpunca daripada serangan jantung, manakala satu lagi kes disebabkan jangkitan kuman serta kegagalan organ. Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, TH dan Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah terhadap keluarga Allahyarham. “Beliau yang menginap di Maktab 90A Bangunan Rehab Al Janadriyah telah kembali ke rahmatullah di Hospital King Abdullah disebabkan serangan jantung. “Jadi ini merupakan kematian yang ke-10 membabitkan jemaah Malaysia. Isteri beliau yang berada di Tanah Suci serta waris di tanah air telah dimaklumkan,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Dalam pada itu, kata beliau, TH akan menguruskan dan segala perkara yang perlu dilaksanakan untuk menyempurnakan jenazah Almarhum. “Sama-sama kita doakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan para syuhada, anbia dan solehin. “Almarhum ini juga sudah selesai menjalani ibadah wukuf di Arafah pada Khamis lalu,” tambahnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
dua_chzy replied at 10-6-2025 10:28 AM
Buat haji ni, badan kena fit. Sihat. Yang ada penyakit 3 serangkai, sebolehnya elakkan la. Meols ber ...
Decaffeinated replied at 10-6-2025 02:40 AM
Setuju utama kan yang dah 50'an kasi jump queue. Jangan suruh tunggu sampai 60-70 baru nak bagi. B ...
dua_chzy replied at 10-6-2025 10:28 AM
Buat haji ni, badan kena fit. Sihat. Yang ada penyakit 3 serangkai, sebolehnya elakkan la. Meols ber ...
Firenzza replied at 10-6-2025 03:32 AM
Kann......aritu ada baca luahan perasaan Dr yg buat checkup peserta haji kena maki berbakul-bakul ...
dua_chzy replied at 10-6-2025 11:37 AM
Maybe doktor yang bagi pelepasan ni tak strict. Bukan macam doktor yang kena maki tu.
Firenzza replied at 10-6-2025 11:32 AM
Kann......aritu ada baca luahan perasaan Dr yg buat checkup peserta haji kena maki berbakul-bakul ...
Incanto replied at 10-6-2025 11:52 AM
mungkin arwah ada penyakit jantung tapi under control dgn ubat...ada kes mcm ni yg lepas
cuma cua ...
Firenzza replied at 10-6-2025 12:06 PM
TH dh bg garis panduan, dpt detect je 3 serangkai terus reject wpun mkn ubat atau blh control sbb ...
Incanto replied at 10-6-2025 12:19 PM
pakcik aku dulu dapat pergi wpun he ada sakit jantung, tp takde diabetes atau darah tinggi
tak sem ...
Firenzza replied at 10-6-2025 09:20 PM
Peraturan tahap kesihatan tu manusia yg buat, yg iols x puas hati ada 1 peserta hj yg dpt pg tunai ...
ADVERTISEMENT