PETALING JAYA – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha semalam, pelbagai petua dikongsikan orang ramai untuk melembutkan daging korban dengan cepat. Ada juga yang mendakwa bahawa merendam daging bersama sudu logam, terutama jenis ‘stainless steel’, boleh mempercepatkan proses melembutkan daging. Bagaimanapun, Public Health Malaysia (PHM) dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan kaedah itu tidak mempunyai asas saintifik dan hanya sekadar mitos. “Tips melembutkan daging yang tidak berkesan dan sekadar mitos adalah rendam dengan sudu, rendam dengan biji kurma, peram dengan gula atau madu, masak dengan batu atau syiling,” kongsi PHM. Menurut portal kesihatan itu, antara kaedah yang sesuai digunakan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging korban adalah rendam bersama hirisan nanas. “Letak daging bersama hirisan nanas selama 15 hingga 30 minit sahaja. Jangan perap terlalu lama boleh menyebabkan daging jadi lembik atau hancur.
“Selain itu peram dengan betik muda, daun betik atau salut dahing bersama lemon atau cuka serta boleh menggunakan kaedah ‘slow cook’,” kata PHM. Jelas PHM, buah nanas dan betik mengandungi enzim yang membantu memecahkan serat otot daging sekali gus menyebakan perapan bersama dia bahan tersebut menjadikan daging cepat lembut. Sumber – KOSMO! ONLINE |
vanilacup replied at 10-6-2025 10:32 AM
Bila masuk pressure cooker kat kg lah sbb rumah x ada pressure cooker then mereka masak daging goren ...
orkid_amani replied at 10-6-2025 11:31 AM
Biasa nk masak daging goreng kunyit @ daging belengas tu mmg xperlu pun masuk pc sbb daging akan l ...
vanilacup replied at 13-6-2025 01:38 PM
Hu hu kita bukan tuan rumah...tulah pelik kenapalah masuk pressure cooker. Keputusan kakak ipar ko ...