PETALING JAYA – Penuh sederhana, tapi cukup bermakna. Itulah yang tergambar menerusi satu video tular memaparkan sekumpulan pekerja asing projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menunaikan solat sunat Aidiladha di sebuah kawasan lapang, dipercayai di tapak projek di Temerloh, Pahang kelmarin. Tanpa sejadah empuk atau ruang berhawa dingin, hanya beralaskan tanah merah dan pakaian kerja, namun mereka tetap khusyuk menunaikan rukun Islam dengan penuh rasa syukur. Video berdurasi 35 saat itu mencuri perhatian ramai warganet, yang memuji kesungguhan mereka untuk tetap menghidupkan suasana Aidiladha walaupun jauh dari tanah air sendiri. “Subhanallah, memang sungguh. Pengalaman macam ni hanya boleh dapat di perantauan saja. “Ironinya, bila balik Malaysia yang bersepah masjid dan surau, boleh pula rindu solat di merata padang, parking lot, rooftop bangunan bagai ni. Semoga pekerja-pekerja ni merasalah daging korban,” tulis Seiran Rumi.
“Kat sini pun dulu,saya dan suami selalu nampk buruh ECRL solat berjemaah. Tapi sayangnya ramai dah lari sebab tak dibayar gaji berbulan,” dedah Norhazwani Othman. “Sesungguhnya, mereka memang rajin bekerja dan menjaga solat. Saya selalu nampak pekerja di area rumah saya ni tak pernah ‘missed’ solat jumaat. Walau hanya jalan kaki. Kasihan diorang. Yang ada basikal tu, boleh la kayuh basikal. “Yang takde tu, kenalah berjalan kaki. Kalau dapat bos yang baik, ada juga yang sudi tumpangkan kereta. Tapi berhimpit la nampak diorang naik satu kereta,” komen Nurul Hidayah Talha Netizen turut mendoakan agar para pekerja tersebut diberikan kesihatan, keselamatan dan kesempatan untuk merasai kemeriahan Aidiladha walaupun berjauhan daripada keluarga tersayang. Sumber – KOSMO! ONLINE |
kaedahnya: Sedihnya kerja tak dibayar gaj ...
clueless_gamer replied at 10-6-2025 08:28 AM
payah kalau dah gelap hati ni..
bitter tak tentu pasal tgk org lain
Firenzza replied at 11-6-2025 08:59 AM
Apa yg pelik, solat raya tu disunatkan buat kt tanah lapang kan
s@s@ replied at 12-6-2025 09:56 AM
kt perlis pun ada time solat raya tanah lapang... sekarang x tau buat lagi ke x?
Decaffeinated replied at 12-6-2025 03:08 PM
Kalau kat kampung2, masa sembahyang raya ni lah masjid tak muat. Lagi pun waktu pagi belum panas n ...
ADVERTISEMENT