CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elizabeth Tan Menangis Peminat Doa Dikurniakan Zuriat Pada Hari Arafah

10-6-2025 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1229| Komen: 18

 


Perkongsian seorang pengguna Threads menjadi perhatian apabila berkongsikan dia terdengar seorang lelaki mendoakan buat aktres Elizabeth Tan agar dikurniakan zuriat selepas solat di masjid.

Menerusi perkongsian itu, individu itu berkata dia turut sebak mendengar doa lelaki berkenaan yang penuh keikhlasan meskipun berbeza agama.

Sementara itu, individu itu turut berkata Elizabeth sangat bertuah kerana ada peminat yang mendoakan buat dirinya

 

“Semalam berbuka puasa kat masjid Putrajaya, selepas solat ada seorang lelaki sebelah saya ini doa untuk Elizabeth Tan, ‘kurniakanlah Elizabeth Tan anak..berikanlah kebahagiaan kepada dia..’


“Panjang doa tu, saya dengar pun sebak sebab doa dia ikhlas sangat walaupun mereka berlainan agama. Sungguh-sungguh dia minta.

“Dia doa perlahan sahaja tapi kami duduk rapat jadi saya dengar apa yang dia doa. Awak sangat bertuah Elizabeth sebab ada orang doakan awak,” katanya.

Hantaran individu itu turut mendapat perhatian Elizabeth yang mengatakan dia menangis membacanya serta sangat menghargai apa yang dilakukan oleh peminatnya itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Elizabeth sangat bertuah kerana doa tersebut dibaca pada Hari Arafah serta ramai yang mendoakan agar aktres berkenaan dikurniakan zuriat suatu hari nanti.




Elizabeth dan suami, Siew Jim mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang zuriat.

 

Sumber – Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 10-6-2025 09:15 AM
amboi
Quote sudirmanistas 10-6-2025 10:58 AM
Dia doa tu sbb minat ET ke atau ET yg suruh doakan haha
Quote cm_vungtau 10-6-2025 11:24 AM
Jantan mana kemaruk tu? Mak ko ko doakan tak?
Quote MadameOnion 10-6-2025 11:36 AM
dia ni prefer child free..sbb ada penyakit auto immune tu kan?
Quote Sendawg 10-6-2025 12:06 PM
Simp betoi
Quote jelita_millie 10-6-2025 01:08 PM
hahahah mendeee.. kuban2 je lah
Quote prince_marhaen 10-6-2025 02:09 PM
MadameOnion replied at 10-6-2025 11:36 AM
dia ni prefer child free..sbb ada penyakit auto immune tu kan?

tak juga rasanya, ada jugak dia merentan nak anak, tapi suami macam tak layan, laki dia bukan provider, dia kena tanggung semua expenses, laki dia houseman (doctor intern) sajoookk.... lama nau ye intern tak habis2 lagi daripada dulu.. sian lizzy... kalau maintain jadi sugar babes pun dah senang idup... hehehehehehehhe..
Quote becir 10-6-2025 02:10 PM
prince_marhaen replied at 10-6-2025 02:09 PM
tak juga rasanya, ada jugak dia merentan nak anak, tapi suami macam tak layan, laki dia bukan prov ...

adoyai, biawak rupanya laki sheols
Quote nolya 10-6-2025 07:29 PM
Musykil, “Semalam berbuka puasa kat masjid Putrajaya,".  Semlm tu bukankah masih hari tasyrik yg diharamkan  berpuasa. Sesape boleh beri pencerahan?
Quote sharlenetexas 10-6-2025 07:55 PM
becir replied at 10-6-2025 02:10 PM
adoyai, biawak rupanya laki sheols

Atau gaji tak cukup?

Quote sharlenetexas 10-6-2025 07:56 PM
Bila beranak nanti kau pulak merintih penat jaga anak. Tak sempat nak me time.


Quote MadameOnion 11-6-2025 09:16 AM
prince_marhaen replied at 10-6-2025 02:09 PM
tak juga rasanya, ada jugak dia merentan nak anak, tapi suami macam tak layan, laki dia bukan prov ...

housemanship 2 tahun je..maybe dah jadi MO tapi yelah... gaji doktor kerajaan bukan lebat mana pun
Quote helicornia 11-6-2025 10:51 AM
becir replied at 10-6-2025 02:10 PM
adoyai, biawak rupanya laki sheols

bukan biawak, kan keje doc
sume income mungkin belum mampu nak maintain seorang artis
klu dia kawin dgn kerani mungkin cukup
Quote dua_chzy 11-6-2025 02:27 PM
helicornia replied at 11-6-2025 02:51 AM
bukan biawak, kan keje doc
sume income mungkin belum mampu nak maintain seorang artis
klu dia kawi ...

Berapa je gaji HO plus elaun. Ada la kot dalam 5k. Kan?
Quote dua_chzy 11-6-2025 02:28 PM
Btw meols hada terbaca pasal ni kat Threads. Habang yang gigih tu ngaku dia memang ikhlas dan minat Liztan. He.
Quote NazRysha 11-6-2025 02:56 PM
Tak kuasa nak doakan orang kafir
Quote sudirmanistas 11-6-2025 04:45 PM
MadameOnion replied at 11-6-2025 09:16 AM
housemanship 2 tahun je..maybe dah jadi MO tapi yelah... gaji doktor kerajaan bukan lebat mana pun ...

Maybe tgh nak abeskan MO or jadi specialist. Dah dapat title tu, baru boleh demand tinggi dkt hospital swasta.
Quote IzzahF 11-6-2025 05:42 PM
entah hapa2...doa je lah untuk mak bapak sndiri kalo dah tak tau sgt nk doa apa

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035098 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top