CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengawal keselamatan tak ada hak minta, imbas kad pengenalan - JPN

11-6-2025 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1775| Komen: 8

 


Pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa mahupun hak untuk meminta, memegang atau mengimbas kad pengenalan (MyKad) orang awam, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

JPN dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan hanya lima kategori pegawai dibenarkan berbuat demikian di bawah Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, iaitu pegawai JPN, pegawai polis, pegawai kastam, anggota tentera yang sedang bertugas, serta pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.

“Sebarang tindakan oleh pengawal keselamatan untuk meminta atau menyimpan kad pengenalan melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan,” menurut kenyataan itu.

JPN turut menegaskan bahawa penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad juga tidak dibenarkan kerana ia tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.


“Sebarang pemprosesan data peribadi oleh pihak swasta tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang menetapkan garis panduan dan kewajipan untuk melindungi maklumat peribadi individu,” menurut JPN.

Bernama menghubungi JPN bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu terbabit, susulan satu hantaran yang tular melalui media sosial baru-baru ini berkenaan tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah premis yang didakwa menggunakan peranti elektronik untuk mengimbas MyKad.

Tindakan pegawal keselamatan itu mencetuskan persoalan orang awam mengenai kesahannya dari aspek undang-undang.

Sebagai langkah keselamatan, JPN menasihati orang ramai supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada mana-mana individu yang tidak diberi kuasa, serta segera melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berkuasa yang berkenaan.


 

Sumber - Bernama, Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Isninselasarabu 11-6-2025 08:42 AM
Ni mase nk masuk rumah apartment mewah slalu kene sidai lama2.. nk check ic la nk call tuan rumah lah.  Satu lagi time nk naik lif office.. dh la cengeng je nepal dgn bangla jaga kaunter tu.. menyampah betol aku
Quote pejol 11-6-2025 09:15 AM
tengok boleh,pegang jangan
Quote silance 11-6-2025 10:56 AM
Edited by silance at 11-6-2025 11:06 AM

Bernama menghubungi JPN bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu terbabit, susulan satu hantaran yang tular melalui media sosial baru-baru ini berkenaan tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah premis yang didakwa menggunakan peranti elektronik untuk mengimbas MyKad.


Selain dari bank dan seumpamanya, boleh scan ke ic itu?
Quote PULANGKAN 11-6-2025 03:23 PM
tambahan, dekat certain mall, nak pinjam wheelchair pun kena tinggal IC atau lesen memandu. bila aku cakap takleh, diorang pun reply takleh pinjam, its the rule, aigoo
Quote miss_white 11-6-2025 03:42 PM
Bangunan yg cikai2 mcm bangunan xde penghuni pun guard sibuk mintak IC .kena tinggal IC or lesen hari2 kt pondok pengawal..yg jaga tu dh lah nepal..risau aku..
Aku nk bg kad watson dia tak terima pulak..nnti aku nk komplen kt management dia.kenapa kena tinggal IC.
Quote shernazz 11-6-2025 03:47 PM
Iols mmg tegas ya..
Ic tak boleh lah..
License boleh...

Ada guard tu nak license yang aktif pulak
Hahaha..choi betul...
Quote L.U.S.M 11-6-2025 04:03 PM
Isninselasarabu: Ni mase nk masuk rumah apartme ...


Yg biasa condo mewah xminta ic pun..lesen je..org kita la dungu pergi bg ic plak..pdhl lesen sudah memadai
Quote TeropongThaico 11-6-2025 05:10 PM
Mmg risau tau bila kena bg ic ni
Sekarang rasanya mmg takde yg minta dah kot... Lupa lak ada ke tidak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.037681 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top