CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Pelanggaran itu menyebabkan pejalan kaki jatuh ke bawah jambatan" - Pejalan kaki hilang di sungai dirempuh kereta dipandu Bangladesh

13-6-2025 11:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5088| Komen: 38

 


KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki dilaporkan hilang di sungai selepas dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong, di sini, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi itu melibatkan kereta jenis Nissan Sylphy dipandu seorang lelaki Bangladesh berusia 39 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata pemandu yang datang dari arah Projek Perumahan Rakyat Batu Muda itu telah hilang kawalan.

Katanya, suspek melanggar bahagian depan sebuah kereta jenis Toyota Camry dipandu wanita warga Vietnam sebelum melanggar seorang pejalan kaki.

“Pelanggaran itu menyebabkan pejalan kaki jatuh ke bawah jambatan manakala kereta Nissan Sylphy terjunam ke bawah dan tersangkut di antara celahan konkrit dan saluran paip besi.


“Pemandu Nissan Sylphy mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur manakala mangsa pejalan kaki yang masih belum dikenal pasti disyaki terjatuh ke dalam sungai”, katanya dalam kenyataan.

Mohd. Zamzuri berkata, pihak bomba bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam sehongga kini masih dalam proses pencarian mangsa.

Sementara itu, beliau berkata kereta Nissan Sylphy bukanlah milik pemandu dan ia dipinjam daripada rakannya.

“Pihak JSPT akan mengesan pemilik sebenar untuk tindakan selanjutnya dan pemandu Nissan Sylphy akan ditahan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang penunggang motosikal bernasib baik apabila tidak dilanggar oleh sebuah kereta yang memecut laju di sebuah persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam rakaman kamera papan pemuka sekitar pukul 11.45 pagi itu, kejadian difahamkan berlaku berdekatan Masjid Abu Hurairah.

Kelihatan selepas lampu isyarat bertukar hijau, seorang penunggang motosikal bergerak ke depan sedikit awal sebelum sebuah kereta berwarna hitam memecut laju dari arah lain.

Kereta tersebut kemudiannya melambung dan terjunam ke dalam longkang bersebelahan masjid tersebut. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 13-6-2025 11:59 PM
Edited by silance at 14-6-2025 12:03 AM

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi itu melibatkan kereta jenis Nissan Sylphy dipandu seorang lelaki Bangladesh berusia 39 tahun.

Katanya, suspek melanggar bahagian depan sebuah kereta jenis Toyota Camry dipandu wanita warga Vietnam sebelum melanggar seorang pejalan kaki.

Truely asia. Bangla ada, Vietnam ada. Yang jatuh sungai tu apa type pulak?
Celaka asing worang buat onar di negara ku.
Quote doubleA 14-6-2025 12:33 AM
Pemandu2 hangsuang tu international yach curlast. Mujur moto tu selamat. Entah2 pejalan kaki pun international.
Quote noor2 14-6-2025 12:45 AM
Sial semua warga asing.
Quote silance 14-6-2025 12:59 AM
https://www.youtube.com/watch?v=yyincDE6yWM

Tak mati pulak si jahanam ni.
Quote ninja boy 14-6-2025 02:44 AM
Wargasing kemain berkereta berkeliaran sepatutnya mereka berada di ladang2 kilang2 tapak pembinaan
Quote kepompong 14-6-2025 08:11 AM
Warga bangla langgar warga viet, yang jalan kaki tu warga apa pulak ye.. kesian jatuh sungai tu
Quote liyamariska 14-6-2025 08:26 AM
makin ramai warga asing kt Malaysia nih...
Quote lostnfaun 14-6-2025 09:00 AM
silance replied at 14-6-2025 12:59 AM
https://www.youtube.com/watch?v=yyincDE6yWM

Tak mati pulak si jahanam ni.

Laju giler..motor tue memang nasib baik betul. Kdg motor memang jenis suka lajak ke depan, harap lepas nie dia beringat sikit.
Quote TeropongThaico 14-6-2025 09:54 AM
Kenapa aiol syak yg pejalan kaki tu type m boleh????
Semoga dijumpai la hendaknya
Quote Sesuatu… 14-6-2025 11:27 AM
silance: https://www.youtube.com/watch? ...


Cun cun ambulan lalu time tu la benda nak jadi
Quote Kitty_catz 14-6-2025 12:23 PM
ni yg tinggal kaki je tu kan?

tragic gila sbb mmg keta tu tuju betui2 kat pejalan kaki tu
Quote Mary_jane 14-6-2025 02:41 PM
Kat traffic light juga lah kau nak laju, ntah ada lesen ke tak tu. Perangai takde tamadun jangan bawa masuk kat negara orang. Menyusahkan!
Quote MarryPottet 14-6-2025 02:55 PM
Info dari jiran (sumber TT)

Allahyarham umur 45 tahun, seorg OKU dikenali sbg Abg Yat. In Shaa Allah bakal penghuni syurga
Tinggal ber2 dgn maknya di Taman Batu Permai & sangat rajin membantu penduduk setempat & ambik upah buang sampah penduduk
Now maknya sebatang kara sbb 2 org ahli keluarga lain dah meninggal sebelum ni
Jenazah akan disembahyangkan & dimakamkan selepas asar hari ni di Masjid Abu Hurairah

Ya Allah, jaga & peliharalah ibu yg telah kehilangan semua ahli keluarganya ini. Permudahkan segala urusan kehidupan dunia & akhirat beliau. Angkatlah segala kepayahan hidupnya & gantilah kesedihan beliau dgn janatul ajilah. Aamiin
Quote MarryPottet 14-6-2025 02:59 PM
Mary_jane replied at 14-6-2025 02:41 PM
Kat traffic light juga lah kau nak laju, ntah ada lesen ke tak tu. Perangai takde tamadun jangan baw ...

Celaka kan Bangla ni
Elok charge membunuh je & charge sekali tuan punya kereta WTW 8712 tu
Quote MsKathryn 14-6-2025 03:01 PM
Masalah btl la warga asing ni .. ntah ada lesen ke x menyusahkan je
Quote Skuau 14-6-2025 03:26 PM
"Takkan 1 bangla buat onar..semua warga asing kena antar balik..sapa nak keja"-Acik Acah T20 Forum
Quote Firenzza 14-6-2025 03:44 PM
Yg pelik muntri sibuk nk panggil berjuta2 warga asing masuk utk kerja kt sini. Yg x pelik beribu2 warga asing bukak kedai, amik upah potong rumput, jual karpet, jual buah, cari besi buruk siap naik motor, kereta, lori lg......

Lagi x pelik xde pun penguatkuasa yg tangkap diorg wpun beli ron95, sorok minyak packet bla bla.....ujong2 piem tarik subsidi sbb wargasing yg monopoli termasuk alasan naikkan tarif letrik pun wargasing punya pasal
Quote sayawifenikmie 14-6-2025 06:50 PM
kereta dipandu Bangladesh langgar kereta dipandu Vietnam .. melanggar hingga masuk dan hilang di sungai seorang pejalan kaki tak tahu warga apa .. ohhh Malaysia ku ..
Quote sayawifenikmie 14-6-2025 06:52 PM
masa kami singgah di stesen petron yg baru di buka di lebuhraya kat Sg Buloh .. pekerja kat pam kat tengok rata rata India tempatan ... elokkk jer orang tempatan nak kerja ... kalau kat bangi ni .. rata2 BANGLA

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2026 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.104399 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top