CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Pelajar IPTA berlapar, siap kongsi kad matrik terdesak rayu sumbangan beli makanan di Facebook

19-6-2025 09:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7780| Komen: 105

 


SEORANG pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) mencuri perhatian warga maya apabila secara terang-terangan berkongsi masalah kewangan yang sedang dialaminya.

Menerusi hantaran ringkas yang dibuat, pemuda itu memberitahu berdepan kesukaran membeli makanan bagi menjalani kehidupan di kampus untuk tempoh pengajian yang berbaki dua bulan.

"Minta tolong, saya pelajar universiti tapi tak cukup duit untuk makan.

"Masih ada baki lagi dua bulan untuk saya belajar," luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

Lebih menambah rasa pilu apabila dia cuba untuk keluar daripada masalah yang dialami dengan memohon bantuan daripada pihak berwajib.


Namun malangnya, sehingga kini tiada sebarang bantuan disalurkan kepadanya.

Susulan itu, dia mencuba nasib dengan meminta pertolongan daripada warga maya menerusi laman Facebook Sedekah yang dipercayai dicipta untuk perkongsian seperti itu.

"Saya sudah mohon bantuan tetapi tak dapat lagi sehingga sekarang.

"Harap ada yang dapat membantu. Saya doakan orang yang bantu diberikan rezeki melimpah ruah," tambahnya memohon simpati.

Menurut anak muda ini lagi, dia mempunyai keinginan untuk melakukan kerja sambilan bagi menambah sumber pendapatan seperti pelajar universiti lain.

Namun, ia tidak dapat dilakukan kerana mengalami kekangan masa disebabkan tugasan akademik yang banyak.

"Saya dah buntu nak cari duit dekat mana sebab assingment banyak, tak ada masa untuk buat part time," ujarnya menjelaskan situasi dialami.

Luahan ikhlas itu ternyata mengundang simpati netizen.

Tambahan pula dia turut berkongsi perihal diri dan maklumat pengajian yang tercatat pada kad matrik dan akaun bank bagi mengelakkan dirinya dituduh sebagai scammer.

Berdasarkan perkongsian dibuat, dia merupakan seorang pelajar di sebuah universiti awam di Perak yang mengikuti pengajian sejak 2023.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati di samping turut menghulurkan sumbangan kepadanya.

 

Turut kelihatan seorang pengguna Facebook yang dipercayai sudah menyumbangkan sejumlah RM100 kepada pelajar ini.

Bagaimanapun, individu terbabit meminta pemuda terbabit memadam kod QR daripada platform berkenaan selain berpesan supaya tidak meminta-minta di masa hadapan.

Pada masa sama, dia juga menasihati anak muda ini agar mengikuti pengajian dengan sebaiknya dan memulangkan jumlah yang sama di mana-mana masjid apabila sudah berkemampuan suatu hari nanti.

"Nanti dah habis belajar dan ada duit, kau pulangkan RM100 ni kepada mana-mana masjid atau sedekah pada sesiapa yang perlu.

"Ingat, kau pernah susah, bantu orang lain pula. Jadikan RM100 ni sebagai pembakar semangat kau," tulisnya di ruangan komen.

Permintaan tersebut kemudiannya ditunaikan pelajar terbabit dan dalam hantaran berlainan, dia memaparkan RM154 jumlah sumbangan yang diterima daripada warga maya.


SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 19-6-2025 11:23 PM
Ipta mana ni? Tkde mohon ptptn ke?
Quote hyie 19-6-2025 11:50 PM
ekceli boleh mohon zakat thru pusat Islam kat uni tu, kalau berkelayakan
Quote matbad 20-6-2025 12:26 AM
hyie: ekceli boleh mohon zakat thru  ...

Mgkin dia dah mohon la kot pastu tak dapat lagi..tringat masa zmn study dulu la plak bkk puasa minum air mineral ja sbb simpan duit utk tambang nk blk kg..hihihi
Quote ninja boy 20-6-2025 12:41 AM
Dulu2 sengkek pun makanan harga rm2, skrg makanan rm10
Quote hudalarva 20-6-2025 01:05 AM
hyie replied at 19-6-2025 11:50 PM
ekceli boleh mohon zakat thru pusat Islam kat uni tu, kalau berkelayakan

i tak rasa pusat zakat akan bagi bantuan segera... paling koman pun kena sidai 2 3 bulan...
i pernah mohon satu ketika dulu lepas accident and hilang sumber pendapatan... pergi mohon kat kaunter dlm keadaan bersimen sbb dlm bank tinggal belas2 ringgit je... i ingat kalo dpt bantuan segera boleh la beli beras ke apa ke... dia kata je tunggu pegawai call utk follow up...
tunggu punya tunggu... sampai 3 bulan nyahhh... just to know that permohonan i ditolak lol... bangsat punya pusat zakat tersial... bila ingat balik rasa mcm bodoh je pergi mengemis kat situ

after that incident... i dah tak nampak mana islamnya pusat zakat tu... lebih kepada institusi penunggang agama je...
Quote mejaputih 20-6-2025 09:11 AM
harap dipermudahkan anak2 harapan (anak2 berkualiti) ni mengharung kesusahan sepanjang pengajian.
Quote A-Are 20-6-2025 09:16 AM
Edited by A-Are at 20-6-2025 01:17 AM

iols pernah makan maggi selama seminggu straight siang maggi malam maggi xda duit punya pasal...nasib ada geng makan maggi masatu..kami xbalik cuti seminggu masa tu yela duit bas je da berapa..decide dok hostel layan korea je masa tu...
Bila teringat baru terpikir, masa tu xda meminta minta..makan apa adanya..tp sikit pon xda rasa sedih siap happy2 je..mungkin sbb ada kawan jugak yg ssh sama2...memori sungguh..kalau cuti sem lama sikit mmg kerja buat part time..so duit gaji simpan untuk topup belajar sbb tao ptptn xkan cukup sara diri..mak bapak mmg xbg duit la sbb xmampu..adik2 iols sekarang cuti pon xkerja, siap boleh tgk wyg makan kedai hispter...hujung bulan msg sedih2 xda duit..kita bg juga..hmm
Quote L.U.S.M 20-6-2025 09:21 AM
Amende laaa..skrg ni bersepah bantuan..dh kalau xreti manage duit siap belanja pergi konsert sana sini..mmg la lepas tu minta online sbb sebenarnya ko xmanage financial betul2..aku dulu xde dpt duit pama pun pki ptptn dpt save duit siap blh beli kancil cash lg tp aku decided nk guna duit tu utk byr blk ptptn on the spot within a year dpt rebate 20% masa tu...
Quote Missjass 20-6-2025 11:17 AM
akies replied at 19-6-2025 11:23 PM
Ipta mana ni? Tkde mohon ptptn ke?

dia cakap ada baki 2 bulan lagi kan nk hbis sem, dah habis la kot duit ptptn. Ptptn bila dah tolak yuran pengajian dengan hostel tinggal brp je, patutnya kalau family mmg tk mampu nak topup duit belanja kena kerja masa semester break la pstu simpan guna masa hujung2 sem ni
Quote white_musk 20-6-2025 11:41 AM
orang kata senang dapat bantuan segera kalau pergi Church...
cuba la..

haha
Quote FOTHER-MUCKER 20-6-2025 12:03 PM
Pergilah minta sumbangan dari church.
Quote farlis 20-6-2025 12:19 PM
Edited by farlis at 20-6-2025 03:21 PM

Kesian.. Nk mintak bantuan zakat etc..bkn dtg2 terus dpt yaaa... kena sidai siasat bagai. Pd i ipt kena buat sesuatu juga. ptptn kalau dia guna 100% utk hidup tanpa bantuan famili. mmg perit sgt2.. Mubgkin kali ni student tu dah terdesak sgt, bkn suka2 nk meminta. I doakan hidup dia dioermudahkan. Yg bg bantuan pun semoga dimurahkan rezeki.
Pernah lalu zmn2 ni..kerja part time pun bkn on d spot dpt gaji.. sebulan survive modal jugak nunggu gaji. i dulu baki jpa rm300 1 semester.. tunang i mara..so kami survive duit tu sama2. seb baik tunang i pndi cari duit, part time amik job buat tshirt student dolu2.. ada untung, duit tu la kami survive.. bila duduk rumah sewa, nk byr sewa lagi..perit oooo... kami rolling sama2 duit loan belajar.. rumah sewa kami blok sebelah2..so biasa i masak n buat bekal. gitulah kisah utk survive..

Quote IzzahF 20-6-2025 12:36 PM
ni betul, kesian la student2 skrg makanan mahal dah tu cafe kat uni masak ala kadar cincai habis dengan tak sedap nya

kalo parents ada masa, ada duit lebih skit buat retort je la. tiap kali anak balik bekalkan..kalo habis retort food tu pos la lg. aiols rajib buat gini, sodap pun sodap. kita masak sndiri. kalo takde mesin retort tu guna rice cooker je la...at least tahan la dlm 2-3 weeks. busuk2 pun masak sambal bilis...
Quote gekkou 20-6-2025 12:47 PM
aku percaya ada je manusia yang sangat2 terdesak dan susah
dalam ramai2 manusia yang ambil kesempatan atas rasa kasihan rakyat malaysia

zaman aku dulu
amik ptptn
sbb mak ayah tak mampu tanggung
apatah lagi bagi duit belanja
setiap sem tu guna ptptn je la nk survive after tolak yuran, duit asrama, bas
kerja part time? tengok course juga
ada course assignment and coursework banyak
time cuti sem je aku kerja

Quote Skuau 20-6-2025 12:58 PM
dek..kita dulu siap bawa rice cooker....la ni lg senang...bnyk multi function cooker kecik 'boleh seludup' msk....
Quote awanearisu 20-6-2025 01:16 PM
Sekarang dah banyak gerobok makanan di mana-mana surau dan masjid dalam kampus, dan juga di mukim-mukim berdekatan dengan kampus.


Kecuali kalau tujuan asalnya bukan untuk menanggung makan, sebaliknya untuk kos sara hidup lain seperti bil Internet, telefon dan sebagainya.
Quote sayawifenikmie 20-6-2025 01:19 PM
Edited by sayawifenikmie at 20-6-2025 01:20 PM

kalau kat UKM, ada pusat zakat yg pelajar boleh mohon bantuan
dulu dulu saya pun tak tahu
masa belajar dulu siap berlapar beberapa hari sementara tunggu scholar
ingat lagi ada duit 30sen .. saya beli Maggie share sorang separuhdnegan kawan yg mengalami nasib yg sama

pasal zakat UKM ni, saya baru tahu bila saya mula bayar zakat kat UKM (zakat selangor juga tapi macamkhas utk budak2 UKM gitu lebih kurang)
rasanya mana mana Uni pun ada kot

Quote dua_chzy 20-6-2025 01:20 PM
Nak kutuk, boleh?
Quote dua_chzy 20-6-2025 01:22 PM
white_musk replied at 20-6-2025 03:41 AM
orang kata senang dapat bantuan segera kalau pergi Church...
cuba la..


Memang senang. Jumpa ja pastor/paderi/church workers. Boleh terus dapat.

Tapi kalau lepas tu ada bau2 nak menginjil kat ko, sendiri kena tahan la.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047259 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top