CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

XChat nak gantikan WhatsApp? Elon Musk lancar aplikasi sembang baharu, boleh buat panggilan video

19-6-2025 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2387| Komen: 26

 


PLATFORM X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter melancarkan ciri terbaharunya, XChat untuk pengguna berbayar terpilih. 

Dalam pengumuman pada Ahad, pemilik X iaitu Elon Musk menggambarkan XChat sebagai sistem sembang serba baharu.

Tambah Musk, XChat juga dilihat berpotensi menyaingi aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram.

Alat pemesejan baharu ini memperkenalkan enkripsi hujung ke hujung, mesej yang boleh hilang secara automatik, perkongsian fail menyeluruh serta panggilan audio dan video.

 

Pengenalan fungsi ini selari dengan usaha X untuk menjadi pusat kehidupan digital penggunanya.


Bagaimanapun setakat ini X masih belum memberikan butiran lanjut mengenai model enkripsi yang digunakan.

Ciri ini kini sedang diuji dalam kalangan pelanggan berbayar X, dan menurut laporan TechCrunch, mesej pengguna akan dilindungi oleh kod pin empat digit.

Untuk rekod pada tahun 2023 X pernah memperkenalkan sistem pemesejan untuk pengguna berbayar, namun ciri tersebut dihentikan minggu lalu bagi tujuan penambahbaikan, dipercayai sebagai persediaan kepada pelancaran XChat.

Dorongan ke arah pemesejan yang lebih peribadi dan selamat ini selaras dengan usaha Musk yang mahu mengubah X daripada sekadar platform umum untuk perbincangan tular dan debat trending. 

Musk secara terbuka menyatakan hasrat menjadikan X sebagai 'aplikasi segalanya' seperti WeChat di China, yang merangkumi pemesejan peribadi, janji temu, perbankan digital dan pelbagai fungsi lain. 

Tahun lalu, Musk menyatakan matlamatnya untuk menjadikan X sebagai laman janji temu dan bank digital yang lengkap menjelang 2024. - Agensi.
 

SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-6-2025 10:24 PM
kawan2 china iols memang guna wechat je, ala2 kitorang ofcoz guna wasap untuk apa2, pastu tetiba diorang guna wechat...like errrrr...kat mesia tak guna kot..wechat tu macam pprt gitu, level2 kakao talk, apa entah lagi tu yang orang tak pakai sangat
Quote kemaruk 19-6-2025 10:26 PM
Xxxchat..     
Quote Missjass 19-6-2025 10:29 PM
hyie replied at 19-6-2025 10:24 PM
kawan2 china iols memang guna wechat je, ala2 kitorang ofcoz guna wasap untuk apa2, pastu tetiba dio ...

10 tahun lepas semua apps tu ramai orang guna wechat, kakao talk, line, whatsapp sekarang whatsapp je la yang orang pakai dekat malaysia ni
Quote kitaserupaaa 19-6-2025 11:39 PM
Wasap mcm dah convenient utk msian. Tapi kalau tak salah aku kat US mcm tak popular sgt wasap ni.
Quote nusaraya 20-6-2025 12:47 AM
Ayo MalayDesh .. Bila nak luncurkan MChat mahakarya Genius bangsa melayu mahawangsa  Type-M guna menggantikan whatsapp ?

Ingat .. seluruh duna menantikan MChat anda ...
Quote matbad 20-6-2025 06:01 AM
hyie replied at 19-6-2025 10:24 PM
kawan2 china iols memang guna wechat je, ala2 kitorang ofcoz guna wasap untuk apa2, pastu tetiba dio ...

Klau telen guna Line..dorang sana obses dgn sticker hihihi..wasap mcm krik krik bg dorg
Quote VitchyPinkVitch 20-6-2025 07:43 AM
Whatsapp pun ada sticker, boleh video call, boleh itu boleh ini juga kan. Semak betul laa bnyk2 apps ni.
Quote n3ar 20-6-2025 08:34 AM
takyah laa... dia punya platform X yg beli dari twitter tu pun sendu je sekarang...

aku pun dah tak aktif, dulu macam feel social media, sekarang feel tu dah takde....
Quote akies 20-6-2025 10:38 AM
Huhu. Tkpelah , mls iols nak install banyak2 dlm hp.
Sekejab kena tgk wasap.
Sekejab kena buka telegram.
Quote vanilacup 20-6-2025 11:06 AM
Telegram shj yg lebih stabil dan tenang nak bukak dan maintain
X perlu buang video,pic dan conversation sbb tak simpan memori dlm phone pun berbanding whatsapp asyik lah kena clear semuanya kalau tak sampai jammed sampai apps x boleh bukak then kena install balik whatsapp...
Dah beberapa kali jadi mcm tu...
Sgt menyusahkan style whatsapp ni sepatutnya dah boleh  distrukturkan program mcm Telegram...
Quote kucingitam 20-6-2025 11:10 AM
dia ni baru keluar gua ke..suruh dia gi cari hobi berfaedah sikit utk isi masa lapang. jenis org kaya tak tau nak buat apa dgn duit, bgn tidur, eh nak buat apps la..
Quote azimodin 20-6-2025 02:29 PM
Apa cer elon & pakcik muka oren? Bff dah bergaduh ke? Masa campaigning kemain lagi elon pakai topi MAGA kan. Kehulu kehilir dengan trump
Quote PULANGKAN 20-6-2025 02:37 PM
Malaysia kan ada Daun, tapi tak pasti dah siap ke belum. haritu masih dalam test version

negara kita dah keluarkan sejak tahun lepas

https://amanz.my/2024493045/
Quote sapeka 20-6-2025 03:12 PM
Guna yang dah biasa je
Quote ninja boy 20-6-2025 03:18 PM
WeChat tu mandarin boleh translate english xde le ayam itik
Quote L.U.S.M 20-6-2025 03:27 PM
Ada lg satu nama apa lupa simbol telefon kaler pepel...ape eh..ada sapa2 ingat x...

dulu penahla jugak pki sekejap sama time dgn Line, Kakao talk dgn WeChat..hehehe
Quote KamikuP 20-6-2025 03:37 PM
nusaraya: Ayo MalayDesh .. Bila nak luncurkan MChat mahakarya Genius bangsa melayu mahawangsa  Type-M guna menggantikan whatsapp ?Ingat .. seluruh duna menantik ...


Diamla ko bajingan..

Quote gideoncross 22-6-2025 12:22 AM
kitaserupaaa replied at 19-6-2025 11:39 PM
Wasap mcm dah convenient utk msian. Tapi kalau tak salah aku kat US mcm tak popular sgt wasap ni.

Whatsapp famous kat rantau kita ni, x trtakluk stakat Msia & klau kat US, dorg suka pkai iMessage
Quote gideoncross 22-6-2025 12:24 AM
L.U.S.M replied at 20-6-2025 03:27 PM
Ada lg satu nama apa lupa simbol telefon kaler pepel...ape eh..ada sapa2 ingat x...

dulu penahla ju ...

Yg tu nmanya "Viber", iol last pkai thun 2012 gitu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049309 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top