PELAKON Edika Yusof tidak menolak kemungkinan kembali rujuk dengan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri selepas bercerai talak satu pada 5 Mei lalu. Mengakui masih wujud rasa sayang, Edika, 58, berkata dia hanya berserah kepada jodoh sekiranya ada peluang untuk memperbaiki hubungan rumah tangga mereka. "Rasa sayang memang ada sebab itu saya tak mahu ceraikan dia sebelum ini. Mungkin ketika itu dia dalam keadaan marah dan terbawa-bawa dengan emosi. "Jika ada jodoh antara kami, saya terima. Segalanya di tangan Allah. Namun jika sebaliknya, tidak salah untuk kami terus berkawan. "Saya hanya mampu berusaha dan tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan," katanya ketika dihubungi mStar. Edika mengulas perkara tersebut selepas dia dan Hidayah dilihat meluangkan masa makan malam bersama sempena meraikan sambutan Hari Bapa baru-baru ini.
Tambah pelakon ini dia dan Hidayah juga bersetuju untuk tidak menjadikan perceraian sebagai alasan saling bermusuhan. Baginya hubungan yang terbina selama 21 tahun dalam perkahwinan sudah cukup membuktikan keserasian antara mereka berdua. "Sebelum berpisah pun kami sudah ingatkan diri untuk terus berkawan walau apa terjadi. Kami sudah lebih 20 tahun bersama, jadi kenapa perlu bermusuh? "Kami rapat seperti kawan baik dan tiada sebarang masalah. Malah selepas bercerai pun saya yang bantu dia pindah keluar,"katanya. Dalam masa sama, Edika menegaskan, belum ada sebarang perbincangan antara dia dan Hidayah untuk kembali rujuk. Malah dalam pertemuan baru-baru ini kedua-keduanya membuang jauh segala sengketa yang pernah berlaku dalam perhubungan. "Selepas bercerai memang jarang berhubung. Cuma baru-baru ini dia ajak saya makan malam bersama. Apabila berjumpa kami boleh berbual seperti biasa. "Belum pernah bercakap soal rujuk. Tetapi saya tidak pernah berhenti doa," luahnya. Untuk rekod Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq. SUMBER: mStar |
IzzahF replied at 19-6-2025 10:41 PM
yampon move on je pakcik..ex tu mmg jenis baik ati tanak gaduh...chuols masih bapak pada anak2..
ai ...
IzzahF replied at 19-6-2025 02:41 PM
yampon move on je pakcik..ex tu mmg jenis baik ati tanak gaduh...chuols masih bapak pada anak2..
ai ...
dua_chzy replied at 20-6-2025 02:09 AM
Ternyata meols punya suudzon instinct betul selama ini. Tak sia2 meols bersangka jahat kat Edika w ...
heythere123 replied at 20-6-2025 12:35 AM
haah, meols pon rasa pokcik ni gila bayang sekor2.
ex wife takde pon berkutik bagi official stat ...
L.U.S.M replied at 20-6-2025 09:05 AM
Ada beza kekal baik vs berbaik2
Jenab dgn Nanas tu kekal baik xde pun beriya ajak makan sambut hari ...
awanysss replied at 20-6-2025 10:29 AM
dalam keadaan komen2 semua bekap cik dayah,
komen uols ni buat org terfikir kan.. takde trauma ke ...
Prickford replied at 20-6-2025 09:13 AM
Yg bercerai pon boleh sambut mother's/father's day sama2. Kawna baik iolls baru timang anak last yea ...
ADVERTISEMENT