CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fikry Ibrahim dan isteri saling ‘unfollow’ di IG, netizen ungkit raut wajah tak rela sewaktu majlis kahwin

19-6-2025 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 948| Komen: 7

 


ISU rumah tangga membabitkan pelakon Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan yang didakwa sedang bergolak menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, Khalizah, 37, memfailkan cerai terhadap Fikry, 31, atas alasan mereka sudah tiada persefahaman walaupun baru empat bulan mendirikan rumah tangga.

Malah kedua-duanya juga dilaporkan sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Bagaimanapun masih ada beberapa foto mereka berdua di ruangan 'feed'.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan berita Khalizah yang menuntut cerai terhadap Fikry.

Ini kerana, pasangan itu baru memuat naik foto romantis bersama sekitar empat hari lalu sekali gus memberi gambaran hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Bukan hanya itu, terdapat juga netizen yang mengungkit kembali raut wajah Fikry yang didakwa tidak gembira sewaktu hari pernikahan mereka.


"Baru sahaja kahwin, takkan nak berpisah? Ambillah masa berbincang bersama cari jalan penyelesaian terbaik.

"Fikry baru muat naik gambar bersama beberapa hari lalu, terkejut tiba-tiba keluar berita kata nak cerai.

"Patutlah muka waktu nikah hari itu tak gembira, tiba-tiba baru empat bulan dah nak berpisah.," tulis netizen.

Pada Mei lalu, Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Khalizah hadir ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi Khamis ditemani peguamnya.

Bagaimanapun kelibat Fikry tidak kelihatan di mahkamah terbabit.

Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan sebutan kedua kes pasangan itu pada 10 September depan.  

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Fikry juga menyangkal dakwaan kononnya dia terpaksa berkahwin dengan Khalizah susulan raut wajahnya dilihat seperti tidak rela.

Jelas aktor itu, raut wajahnya itu mungkin disebabkan sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat akan dipikul.

Tambah Fikry, walaupun sudah bergelar suami, namun dia perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 20-6-2025 09:31 AM
Tak sabar benda ni masuk meloya...
Dia jadi host dia jadi bahan content

Hahaha
Quote KamikuP 20-6-2025 11:33 AM
Edited by KamikuP at 20-6-2025 03:34 AM

Fikry ni anak omak.. dapat pulak bini tua insecure.. hujung2 bercerai le pulek.. tatau mak yg salah atau bini tua dia tu yg tak bole tengok fikri rapat ngan omak.. ekekekekek
Quote ezacbee 20-6-2025 02:26 PM
Masa nikah pun muka monyok.

Xpelah hang boleh dapat title duda hot. Duda suam2 boleh ketepi.
Quote sukanyanyi 20-6-2025 02:52 PM
ezacbee replied at 20-6-2025 02:26 PM
Masa nikah pun muka monyok.

Xpelah hang boleh dapat title duda hot. Duda suam2 boleh ketepi.  ...

Contoh duda suam2 dlm porem ni, kaka? Lankomeng tak jadi nak jd dadu kan? Yg lain2 mcm hot la jgk
Quote BungaKencana 20-6-2025 02:55 PM
ada chance la i nk ngorat abe fikri pasni... i sanggup jaga mak dia sbb skrg pun i mmg jaga mak yg skt tak blh jalan..
Quote ezacbee 20-6-2025 03:05 PM
sukanyanyi replied at 20-6-2025 02:52 PM
Contoh duda suam2 dlm porem ni, kaka? Lankomeng tak jadi nak jd dadu kan? Yg lain2 mcm hot la jgk

Dia lain dah nak dapat title bapak.
Quote Guess_who 20-6-2025 03:15 PM
Teringat plak watak 'Arham' , kawen walaupun tak cintahhh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042063 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top