CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Pekerja setia tak puas hati majikan pilih kasih, staf baharu dapat gaji tinggi! - “Masalahnya saya kena ajar dia kerja”

19-6-2025 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1978| Komen: 17

 


SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa terhadap pihak pengurusan syarikat tempat dia berkerja apabila mengambil kakitangan baharu ketika dia sedang bercuti bersalin.

Lebih menyakitkan hati, wanita itu mendakwa staf baharu berkenaan diberikan gaji yang lebih tinggi daripadanya.

"Saya baru sahaja naik kerja setelah cuti bersalin selama 98 hari. Saya dapati ada staf baharu yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja saya.

"Saya juga dapat tahu yang gajinya lebih tinggi daripada saya. Selain itu syarikat ini juga membayar ganti rugi notis dua bulan kepada tempat kerja lama staf berkenaan," katanya.

Tambahnya, pengurus syarikat juga memaklumkan pembahagian tugas antara dia dengan staf baharu akan dibuat selepas pekerja terbabit selesai menjalani latihan.

"Masalah di sini adalah saya amat tidak berpuas hati kerana masih perlu beri tunjuk ajar kepada staf tersebut sedangkan dia mendapat gaji lebih tinggi.


"Staf tersebut tidak berpengalaman dalam jawatan berkenaan berbanding saya yang lebih senior.

"Saya tahu ini adalah ujian yang Tuhan tentukan dan saya sedang mengawal emosi supaya terus bersikap professional dan bekerja mencari rezeki," katanya.

Gaji dia banyak, tu rezeki dia... jangan dengki dengan rezeki orang lain.
NETIZEN

Perkongsian itu mendapat reaksi negatif dalam kalangan warga maya yang berpandangan isu gaji staf baru lebih tinggi adalah hak syarikat.

"Kenapa suka bincang gaji? Kan sulit. Mesti ada sebab kenapa dia dapat tinggi. Awak bincang la dengan bos.

"Perkara ni bukan satu kesalahan. Kalau dah tak suka, boleh cari kerja lain. Kalau bos masih perlukan, dia akan bincang isu gaji.

"Tak boleh buat apa, memang itu lumrah alam pekerjaan. Lagi pun ia bukan satu kesalahan.

"Kenapa pula tak puas hati? Gaji dia banyak, tu rezeki dia. Jangan dengki dengan rezeki orang lain.

"Tanggungjawab awak bantu dia sebab itu dah diarahkan majikan. Selagi awak tak kena pecat, buat kerja macam biasa," kata netizen.


SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 19-6-2025 11:08 PM
Same situation..
Quote white_musk 19-6-2025 11:27 PM
ada la tu kelebihan pada staff baru tu...
seeloknya jangan ambik tau gaji org lain....
ini tak, ada org baru masuk je sibuk nak tau gaji org tu...
atur rezeki sendiri sudah.... aman aman je
Quote fezy 19-6-2025 11:54 PM
Kalau staf tu jenis lompat2 organisasi, x kisahlah dia junior ke apa, possibility tu mmg ada untuk staff bawah ko gaji tinggi dr ko.

Aku experienced menda ni kat organisasi lama. Yg gaji tinggi tu staff baru. Xlah report ke aku. Sama team tapi dia rank bawah. Kalau reti buat keja maybe x terasa. Ni x reti.

Dapat tau gaji dia tinggi pun x sengaja. Aku tanya, “since ko nak blah, berapa % increment dapat?”

Dia: rmxx
Aku: ala. Then aku xleh tanya dah percentage. (Dalam hati aku pk, x bijak keja, kotttt dia bijak bab lain la. Kot dia bgtau %, sure dia tau aku leh work backwards untuk dapatkan gaji dia)

Guess what? Dia x bijak. Dia g bgtau oercentage pastu.
Sengal.

So bila tau gaji dia gitu, aku balik tu aku hint ke boss nak dpt adjustment gaji.
X dpt
Next year nya, boss ckp susah cari org nak join dept aku, aku hint “if that was the case, you should reward existing staff so they won’t go”
Dpt normal increment je
So time tu aku hantar cv merata tempat. Different industry tapi sama jobscope. Rejection byk gila. 2 tempat je oanggil interview. Alhamdulillah dpt

Ok motif pulak aku curhat sini. LOL
Quote ninja boy 20-6-2025 12:53 AM
Edited by ninja boy at 22-6-2025 05:29 PM

Ni pakai cable ni anak sedara la cable anak kawan2 la suka2 bagi gaji tak adil
Gaji kecik x pe janji semua ada, ada rumah ada kereta ada travel, ai zaman dulu2 ada yg gaji mahal sekor pun x beli rumah, duit habis buta2 kat kereta honda pptpn pun culas bayar, bila 10 tahun kemudian mereka masih menyewa rumah, kalau beli rumah pun dah mahal 2-3x ganda, masa tu ai dah pindah 2-3 company lain tapi masih 10-20km dari rumah, ada gaji mahal di negeri lain tapi ai tak mau la better duduk rumah sendiri
Quote hyie 20-6-2025 04:26 AM
netizen yang menasihat tu feeling sangat terpaling positif. Kena kat diri sendiri kemain memekak serata alam, ngko pon sama je

nak tenang hidup ni, mind your own business je.
Quote L.U.S.M 20-6-2025 09:29 AM
Pada aku if dh xhappy just angkat kaki..nnt bos counter la blk klu dia rasa ko function utk syarikat dia...jgn dok kutuk tmpt ko keje..itu periuk nasi yang bg ko makan selama ni kan
Quote BungaKencana 20-6-2025 09:57 AM
fezy replied at 19-6-2025 11:54 PM
Kalau staf tu jenis lompat2 organisasi, x kisahlah dia junior ke apa, possibility tu mmg ada untuk s ...

aku baca ni jd pemangkin semangat tp aku plak nk tukar kerjaya.. lg ssh la cite dia kalau dlm negara tercinta ni.. tp takpe aku ttp usaha.. ddk kt tmpt keje skrg takde pape.. bos kedek adk bos pemalas, tugas2 adik dia semua aku yg buat.. adik dia dtg opis ckp penat2 pastu lps zohor blah balik tdo.. tup2 cmpny tak buat profit dia terminate kolig aku & now aku sorang2 keje dlm opis yg besau gedabak ni..

iols geram sgt dgn keadaan skrg hahahahha
Quote nisako 20-6-2025 11:18 AM
biasa la
Quote fezy 22-6-2025 03:16 PM
BungaKencana replied at 20-6-2025 09:57 AM
aku baca ni jd pemangkin semangat tp aku plak nk tukar kerjaya.. lg ssh la cite dia kalau dlm nega ...

gud lakkk.
cepat update cv pastu hantar je mana2. linked in, jobstreet, direct ke website portal organisasi ko nk join etc.
moga dipermudahkan & ada rezekimu
Quote vespa_oren 22-6-2025 09:04 PM
Aku tgk isteri abg aku, pas nak due date berhenti kerja terus jdi housewife tunggu anak besar baru cari kerja balik
Quote BungaKencana 23-6-2025 09:46 AM
fezy replied at 22-6-2025 03:16 PM
gud lakkk.
cepat update cv pastu hantar je mana2. linked in, jobstreet, direct ke website portal  ...

tenkiu atas doanya... iols da update CV guna Ai dah & submit dkt semua tp rezeki msh belum berpihak lg.. takpe Insya Allah ada nnt tu.. suke baca dkt threads ada yg apply keje beratus2 mkn ms bertahun smbil tanggung ank bini akhirnya dpt keje MNC..
Quote aryyan 23-6-2025 10:02 AM
fezy replied at 19-6-2025 11:54 PM
Kalau staf tu jenis lompat2 organisasi, x kisahlah dia junior ke apa, possibility tu mmg ada untuk s ...

aku ada adik2 junior/ freshie kurang bijak.
dk mengeluh kna potong byk epf & tax.
opkos aku bleh agak2 kira gaji depa brapa.

crita nya depa dk curhat, gaji tinggi, kna tolak byk.
dh tu..klo xmo kna potong byk. jgn mtk gaji 3k above la.

untung dhla zmn skarag freshie boleh dpt 3.5k starting.
Quote A-Are 23-6-2025 10:11 AM
banyak terjadi benda ni dekat swasta..gomen xkan jadi sebab gaji pegawai gred sekian2 mmg dah ditetapkan..swasta akan jd mcm ni kalau staf jenis lompat kerja..sekali lompat naik rm500 tu belum lg kalau jenis pandai selling diri masa interview, mmg majikan berani bagi gaji banyak...sebab tu bila masuk kerja jgn sesekali sharge tagga gaji berapa..sebut roughly je & kurangkan 20%..kita xtao bila org start marah, pertikai kerja, pertikai boss dan segalanya..byk jadi da depan mata iols...yg senior dok mengutuk staf baru masuk gaji banyak, kerja xboleh buat..lepas tu start kutuk mengutuk..paderhal gaji tu da mmg boss bagi..ko g la marah majikan, marah staff tu buat apa..part ni yes iols anggap rezeki masing2...jgn terkejut ada support staff yg gaji lg banyak dari supervisor dia asbab rajin lompat kerja..
Quote azimodin 23-6-2025 11:34 AM
This.. bayangkan gaji exec yg baru masuk sama banyak dengan senior exec.. terpaksa la tunggu hr buat market adjustment. Masalahnya bukan setiap tahun buat. Company sekarang bijak. Offer letter dah letak siap2 x boleh join atau buat union. Jadi bargaining power kita sebagai staff dah kurang.
Quote azimodin 23-6-2025 11:37 AM
aryyan replied at 23-6-2025 10:02 AM
aku ada adik2 junior/ freshie kurang bijak.
dk mengeluh kna potong byk epf & tax.
opkos aku bleh a ...

Adik ipar aku masa baru dapat kerja tetap mengeluh jugak sebab kena tolak epf dengan socso. Sebelum tu dia kerja kedai baju yg xde epf, gaji bulat2 masuk poket. Penat la aku ceramahkan kepentingan EPF. Ni dia komplen pulak pasal akaun flexi.. asal boleh keluar, dia keluar. Duit simpanan xde, sibuk main forex guna duir gaji sampai sewa rumah pon sangkut. Degil betul budak2 zaman sekarang bi
Quote Zeatyisaac 23-6-2025 12:08 PM
I ada kawan kerja bahagian IT. Sekali anak sedara boss masuk terus jadi boss department dia. Samalah jugak, my friend kena ajar dia buat semua kerja. Anak2 buah pun tak suka sebab tak pandai buat kerja. Paling tak boleh blah, bila diajar, bukan ambik nota, angguk2 kepala je. Bila nak buat, mulalah cari my friend. So, my friend resign, freelance lama jugak sebelum dapat permanent. Now goyang kaki, dah kahwin ngan boss company baru yang duda. Rezeki dia.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.060131 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top