CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hubungan pulih semula, upload gambar pegang tangan suami. Netizen syak isteri Fikry Ibrahim merajuk hingga fail cerai

20-6-2025 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5728| Komen: 76

 


SELEPAS isu rumah tangga hangat diperkatakan ramai, hubungan pengacara Fikry Ibrahim dan isteri, Siti Khalizah Alihan dilihat kembali pulih.

Berkongsi gambar berpegangan tangan, Khalizah juga memberi bayangan sudah tiada masalah yang berlaku. 

Dia juga berterima kasih kerana ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka.

“Terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami,” katanya ringkas.

Khalizah menulis ucapan itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada malam Khamis.

Meskipun tidak menunjukkan wajah, namun dipercayai tangan yang dipegang erat itu adalah Fikry.

Khalizah juga turut menulis nama suaminya itu pada ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengharapkan perkahwinan pasangan ini kekal bahagia.

Malah ada yang juga yang mula mengusik mendakwa punca Khalizah memfailkan cerai pada Mei lalu disebabkan merajuk.


“Semoga kekal hingga ke syurga.

“Kes merajuk je ni. Suami yang baik akan pujuk balik. Biasalah wanita… kita semua bayi yang tak pernah membesar.

“Terlalu ikut emosi sangat, terus nak minta cerai. Bahaya,” komen netizen.

Kemelut rumah tangga Fikry dan Khalizah bagaikan ‘plot twist’ apabila pengacara itu menegaskan mereka bahagia selepas isterinya itu hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Kata Fikry tujuan isterinya ke sana adalah untuk membatalkan permohonan cerai yang telah dibuat pada Mei lalu.

Ketika mengendalikan rancangan Melodi yang bersiaran secara langsung, dia juga menafikan dakwaan akan bercerai sebaliknya akan akan terus mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Bagaimanapun Fikry Ketika ditemui usai program itu enggan mengulas lanjut apabila bertemu media yang sudah menunggu awal di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 20-6-2025 11:53 AM
boleh ek test test water....
Quote kaseh80 20-6-2025 12:10 PM
So pegi mahkamah tuntut seraiii
ACAH ACAH je gittus
U lap me or i go to court
Quote L.U.S.M 20-6-2025 03:21 PM
Bini lg tua tp xmatang hujung2 minta netizen doakan kebahagiaan ko berdua??? Mmg sampah!
Quote mawardia 20-6-2025 03:26 PM
Bodohnya!
Hal cerai ni bukan memain.
Merajuk pastu pi court?
Memang bodoh!
Quote chandrahusin 20-6-2025 03:27 PM
alahaiii
smpai ke mahkamah
nak kan perhatian laki
Quote KamikuP 20-6-2025 03:34 PM
Bini tua merajuk eeuwww.. buruk bebeno
Quote Manusiabesa 20-6-2025 03:45 PM
Pe,el laguni aku dan netizen mls dh nk layan pasni. Siang2 gaduh smpai nk cerai talak 4... ujung2 comolot semula up pic kemain..babi sgguh. Jenis suka acah2 bg netizen tertanya2.. cetan betul.

Nk menikah hal srius tp buat main2 mcm main nikah pondok2... dedua xmatang. Hat bini jenis tua gejala monopos cpt bitter. Hat laki mls lyn anak tiri dh tu baran. Tu pasal aku xpenah sokong marriage yg bini tua laki muda. Lgsg x selari punya timeline kematangan.

Wei pikri pasni hg cerai talak 10 pn xdk sapa kisah smua dh mls lyn. Phuii
Quote farlis 20-6-2025 03:58 PM
Adakah mengikut langkah nek nora???
Majuk pi fail cerai, tp dlm hati seronok suami x nk cerai
Quote namemysoul 20-6-2025 04:11 PM
Kot2 la pembawaan budak...hehehehe
Quote azimie 20-6-2025 04:17 PM
dah lagi tua & pernah bercerai berai dah before pon masih x matang lagi ..
Quote SherryZass 20-6-2025 04:23 PM
Apekebende nya ni? Umur dah banyak, perangai cam bebudak lagi ke nyahh?
Quote dewi_rina 20-6-2025 04:27 PM
Nak main taste2 pulak, awak tu dah ada pengalaman kawin, ni kawin dgn budak muda matang lah sikit perangai tu.. Takyah nak jadi acik nora tebal pendek tu..
Quote doubleA 20-6-2025 05:03 PM
Iols dah cakap, spot on. Dah kertu masing2 bukan bbnu pun anggap perkahwinan ni macam main pondok2. Suka2 kawen, merajuk sampai court loyer hakim kena layan dia. Ada la tu kehendak tak dipenuhi, so nak gertak laki, sanggup panjat court. Fikri pun sama tak dapat kawal bini patut la dorang dua akal pendek ni berjodohan. Now memang nampak sekufu perangai dua2
Quote sukanyanyi 20-6-2025 05:24 PM
dewi_rina replied at 20-6-2025 04:27 PM
Nak main taste2 pulak, awak tu dah ada pengalaman kawin, ni kawin dgn budak muda matang lah sikit pe ...

sronok kot uols dpt laki herlok, plakon drama pulak. makanya sheols pon tringin la berdrama. kalo dpt ke meols pon wow nak gak ai main2 drama mcmni nk laki herloks pujuk, lg2 umum plak kat meloyi bg semua dgr cintanya terhadapku. kita ade? kaka ni ade. hahahaha. tahniah zis, berjaya gula2kan sume org.

at least kn kalo mcm julin ajis tu ok la lg stakat majok dlm socmed tp tak sampai court. yg ini kan, adoi.. mmg taraf nek nora. pikry pon kemain, selama ni takde kontrobesi (abes2 pon psl ct nana je), skang amek, mentang2 meloyi tu rumah dia, tak kasi can nk gk curi limelight, spotlight teruih
Quote tokchik 20-6-2025 05:25 PM
PEMBAWAK BUDAK KOT
Quote mrsamz 20-6-2025 05:27 PM
tokchik replied at 20-6-2025 05:25 PM
PEMBAWAK BUDAK KOT

Umur berapa wife fikry ni?
Quote adelea 20-6-2025 05:33 PM
Manusiabesa replied at 20-6-2025 03:45 PM
Pe,el laguni aku dan netizen mls dh nk layan pasni. Siang2 gaduh smpai nk cerai talak 4... ujung2 co ...

dua dua redflag gitu...
nak kawen tegedik2 sorok
bergadoh sampai serai nak plak tegedik nak p mahkamah
dua dua gatai ..
Quote 800214 20-6-2025 05:34 PM
Dia fail pertengahan bulan April lagi. Kalau nak tarik, dah lama tarik. Kenapa smpai tarikh sebutan siap naik court kan..
Quote sukacactus 20-6-2025 05:40 PM
farlis replied at 20-6-2025 03:58 PM
Adakah mengikut langkah nek nora???
Majuk pi fail cerai, tp dlm hati seronok suami x nk cerai

Aku pun tgh pikir bini fikry ni inspired by nek bantat

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044249 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top