|
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, membuat keputusan membenarkan DNAA itu pada prosiding, Jumaat. Pada 3 Februari 2019, Najib, 72, didakwa atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014. Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib. SUMBER: mStar |

L.U.S.M replied at 20-6-2025 03:18 PM
Najib ni dh xde harapan nk jadi pm dh...nnt 2029 kua still xblh masuk politik by the time dia nk joi ...
kemaruk replied at 20-6-2025 05:41 PM
Yang rugi kalau najib tak jadi PM ialah rakyat
Kalau bukan najib, calon2 lain yang sedia ada adal ...
L.U.S.M replied at 20-6-2025 05:50 PM
Dh jadi pm pun rakyat tetap rugi jugak under 1MDB hutang biliyun biliyun..bukan najib byr pki duit ...
kemaruk replied at 20-6-2025 05:59 PM
Takpe, lepas ni ko lari ler kalau bangkem tanye berape pulak aset 1mdb
Takpe.. buat2 tak nampak j ...

kemaruk replied at 20-6-2025 05:59 PM
Takpe, lepas ni ko lari ler kalau bangkem tanye berape pulak aset 1mdb
Takpe.. buat2 tak nampak j ...

L.U.S.M replied at 20-6-2025 05:50 PM
Dh jadi pm pun rakyat tetap rugi jugak under 1MDB hutang biliyun biliyun..bukan najib byr pki duit ...
Sesuatu… replied at 20-6-2025 09:30 PM
Tp bangnon naikkn hutang negara beratus biliunnn and rakyat makin melingkup. Banding dgn propa 1md ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.047377 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.