CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Alhamdulilah Kehidupan Saya Selepas Berhijrah Ni Macam Senang Saja" - Ozlynn Syukur Terima Banyak Tawaran Berlakon Lepas Berhijab

20-6-2025 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 758| Komen: 10

 


Pelakon Ozlynn berkata hidupnya kini lebih tenang selepas membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang menunaikan ibadah haji pada tahun lalu.

Memetik mStar Online, Ozlynn turut meluahkan rasa syukur penghijrahannya itu dipermudahkan dalam segala urusan dan selesa dengan imej barunya kini.

“Alhamdulilah kehidupan saya sekarang ni selepas berhijrah macam senang saja dan dipermudahkan dalam semua kerja.

“Mula-mula dulu memang rasa susah sikit untuk mengayakan sebab saya sejenis yang suka bersukan tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan tenang dengan imej baru ni,” katanya.

Sementara itu, Ozlynn berkata dia turut menzahirkan rasa syukur kerana banyak menerima tawaran berlakon sejak berhijab sehingga terpaksa menolak kerana perlu uruskan perniagaan.

“Alhamdulilah tak sangka pula makin banyak tawaran berlakon yang saya dapat sekarang ni lepas bertudung selalunya makin kurang tapi ini sebaliknya, tapi terpaksa tolak sebab sibuk dengan urusan perniagaan,” katanya.


Dalam pada itu, Ozlynn turut berkongsi kata-kata suaminya, Johan yang menyentuh hati untuk kekal istiqamah dalam berhijab. Malah, menyifatkan kata-kata suaminya itu sebagai doa.

“Dia kata pakai kerana Allah, jangan pakai kerana saya sebab saya boleh melukakan awak, Allah takkan pernah melukakan awak, dia cakap macam tu. Daripada dulu lagi dia dah encourage cuma dia tak ada paksaan,” katanya.

SUMBER:– mStar, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 20-6-2025 07:04 PM
Mulala terpaling...
Quote ketipongtipah 20-6-2025 11:48 PM

Quote mawarberbisa 21-6-2025 12:04 AM
aku tunggu je kau togel balik
Quote edoraixora 21-6-2025 12:40 AM
Kalau hotfm ada buat event dgn geng pagi, mesti dia ada menyelit. Bini2 dj lain xde plak terpaling polo laki
Quote Zeelalala 21-6-2025 01:06 AM
Ada baca kat IG gf anak dia pasal bday anak dia, kalau x silap i la, ingat2 lupa. Org pertikaikan umur anak dia dan tarikh depa laki bini nikah. Bermcm2 pendapat dlm tu.
Quote L.U.S.M 21-6-2025 06:15 AM
Dia ni masa jumpa Johan mmg janda ank 1 ke cmne
Quote L.U.S.M 21-6-2025 06:18 AM
Xpernah rasa dia ni lawa...pada aku penunggang agama...laki plk jenis no common sense...pergi hadiri penghormatan terakhir mantan PM pakaian xsopan pun smpi skrg xde say sorry...pastu ank plk  feeling2 pemes konon awek cantik pdhl tomboy yg biashe2 je nyahhhh
Quote zehra2 21-6-2025 07:43 AM
tp dia berlakon ntah drama apa dgn didi alias mmg kelakor..
lagi2 kalo skrip pun main tambah sendiri
Quote Minami2013 21-6-2025 08:09 AM
Dia ni nmpak simple je berpakaian jenis seluar jeans dan tshirt. Utk org awal2 pakai tudung mmg leceh sikit la sbb tudung nk kena iron

Teringat dia review kek azza elite. Sejak bertudung ni kalo nk menipu rase tercekik kata nya
Quote ezacbee 22-6-2025 04:58 AM
zehra2 replied at 21-6-2025 07:43 AM
tp dia berlakon ntah drama apa dgn didi alias mmg kelakor..
lagi2 kalo skrip pun main tambah sendiri ...

Lonyah penternak kutu yg berjaya.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039569 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top