Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang mudah menghukum seseorang. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali menjelaskan bahawa kehadirannya ke sebuah majlis ilmu baru-baru ini bertujuan untuk menambah pengetahuan tentang agama Islam dan bukan untuk menilai kesalahan orang lain. Laju je nak buat andaian hanya dari video slow motion itu. Awak semua rasa saya pergi majlis ilmu untuk apa? Kalau niat jahat dengan orang atau nak menilai orang, lebih baik duduk rumah saja. Kesal dengan pandangan negatif itu, Betty berharap segelintir warganet tersebut berhenti daripada membuat tanggapan negatif terhadapnya dan mereka yang menghadiri majlis berkenaan. Masa saya terlalu berharga untuk nilai orang atau ambil tahu pasal orang.
Banyak benda dekat diri saya yang nak kena betulkan. Sudah-sudahlah buat andaian tu. Setiap hantaran boleh dapat duit, pahala atau dosa..pilihlah nak yang mana. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Betty malah mereka turut mengagumi penghijrahannya dan rakan artis yang lain. Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Betty bersama pelakon Ruhainies dan Nora Danish sedang bergambar ketika menghadiri majlis ilmu bersama Ustaz Wadi Annuar. Video itu telah menuai pelbagai komen negatif terutama tentang reaksi wajah Betty dan Nora yang didakwa kurang senang ketika bergambar dengan Ruhainies. Sumber: Threads Betty Rahmad, Oh Bulan |
ADVERTISEMENT