Usahawan dan pempengaruh media sosial, Anes Ayunie mengakui tertekan selepas didakwa oleh bekas abang iparnya, Iqbal Zulkefli bahawa badannya berbau kurang menyenangkan. Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Ayunie mendedahkan kesan emosi yang dialaminya susulan tuduhan tersebut sehingga membuatkan dia berasa sangat malu dan hilang keyakinan diri untuk berjumpa dengan orang ramai. Sungguh ke siapa yang jumpa saya , saya ni busuk ke? Saya betul-betul malu dan down tau, saya taknak keluar dan jumpa sesiapa. Ayunie turut mempersoalkan adakah dakwaan tersebut benar atau sebaliknya kerana kenyataan badannya ‘berbau’ itu berbeza dengan apa yang selalu diberitahu oleh suaminya.
Suami aku ni apa masalah entah tiap kali outstation dia bukan rindu aku dia rindu bau aku. Kalau balik rumah je dia gomol aku demi nak bau tekak dan ketiak aku. Pernah aku tanya dia kenapa you suka bau i tapi dia kata bau i macam bau baby Herra dan wangi je dia paling suka bila saya pakai bodyshower kegemaran saya. Tapi sekarang aku jem down dah rasa suami aku menipu sebab orang cakap aku ni bau busuk masam. Rasa nak bunuh diri malu dekat semua orang, padahal aku tak pernah buka aib sesiapa. Terdahulu, usahawan Iqbal Zulkefli menerusi sesi siaran langsung di TikTok mendakwa bahawa bekas adik iparnya, Ayunie tidak suka mandi dan ketiaknya berbau busuk. Sumber: Ayunie, Oh Bulan |
missyL replied at 21-6-2025 09:58 PM
Byk sgt mkn duit x berkat ke masing2 dok buat content bodoh2
ADVERTISEMENT