SHAH ALAM – Kegagalan pam air berfungsi dikatakan menjadi antara punca banjir kilat di kawasan perumahan Taman Bukit Kemuning di sini. Situasi tersebut berlaku dipercayai akibat litar pintas susulan banjir tersebut. Ketua Bomba Zon Shah Alam, Ahmad Zaidi Safuan berkata, terdapat 180 unit rumah terlibat dengan bergantung kepada pam untuk mengalirkan air keluar dari kawasan ini. “Jika diperhatikan, jalan utama tidak dinaiki air, namun banjir tetap berlaku di sebahagian kawasan. “Ini menunjukkan bahawa pam saliran tidak berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air dari parit di hadapan taman ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini. Beliau memberitahu, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mempercepatkan proses mengeluarkan air. Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati kedua-dua pam air di lokasi tersebut mula berfungsi pukul 2.30 petang dengan air banjir akan disalirkan ke Sungai Rasau.
Dalam pada itu, seorang penduduk, Junainah Johan berharap pam air tersebut dapat berfungsi lebih efektif dalam mengelakkan insiden banjir kilat seperti ini. “Tadi cuma satu sahaja pam berfungsi. Kalau dua-dua berfungsi sudah tentu air tidak naik sebegini,” ujarnya. Sumber:– KOSMO! ONLINE |
akies replied at 20-6-2025 03:59 PM
Kesian pada pembeli rumah di kawasan banjir.
Tak larat weh nak kemas dan basuh rumah
bila surut
gigahertz replied at 21-6-2025 12:13 AM
Hari tu masa PRK di Ayer kuning ...Penduduk india taman sri muda kejar MB Selangor
sampai ke AYer ...
akies replied at 21-6-2025 06:15 AM
Oo mantap tul diorg gi tuntut dengan MB.
Berhasil la kan dapat pam baru.
Taman muda tu pun area se ...
akies replied at 21-6-2025 02:15 PM
Oo mantap tul diorg gi tuntut dengan MB.
Berhasil la kan dapat pam baru.
Taman muda tu pun area se ...
gigahertz replied at 21-6-2025 11:42 PM
Taman sri Muda ramai India. diorang kalau menuntut hak
mmg tuntut betul-betul.
tungkai replied at 22-6-2025 12:06 AM
Next Seksyen 13. Aku tengok pam air dah takde. Kolam tadahan plak dah sama level dgn main road. Kata ...
pocongkiutss replied at 21-6-2025 05:04 PM
iols kekadang konfius sri muda dgn sri andalas..no seksyen tu..tp yg pastinya sri muda sinonim dgn ...
gigahertz replied at 22-6-2025 08:31 PM
Sri andalas tu klang.
Taman sri muda tu a.k.a seksyen 15
pocongkiutss replied at 22-6-2025 03:00 PM
Eh lupa..sri andalas tu klang
Tp sri muda seksyen 25 la..bukan seksyen 15 uols..hehe
ADVERTISEMENT