CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wujudkan kementerian khusus untuk PDRM – Razarudin

20-6-2025 11:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1257| Komen: 11

 


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berdiri sendiri di bawah satu kementerian khusus selepas dilihat menjadi agensi ketiga terbesar bersama Angkatan Tentera Malaysia selepas sektor kesihatan dan pendidikan.

Perkara itu disampaikan Tan Sri Razarudin Husain semasa berucap pada Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Undur Ketua Polis Negara (KPN) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Kata Razarudin, umum mengetahui, ketiga-tiga sektor ini hanya menaungi satu agensi tunggal di bawah satu kementerian.

Beliau percaya keupayaan pasukan akan menjadi lebih utuh sekiranya diletakkan di bawah satu kementerian khusus.

“Kertas cadangan telah diangkat kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk pertimbangan.

“Cadangan ini merujuk kepada ‘benchmark’ agensi kepolisan antarabangsa seperti China, Brazil, Vietnam, Korea Selatan dan Brunei yang turut diletakkan di bawah satu kementerian khusus.


“Saya melihat keperluan ini sebagai suatu resolusi penting untuk memastikan PDRM terus relevan, selari dengan evolusi era globalisasi dan digital masa kini. Besar harapan saya bersama barisan kepimpinan tertinggi agar cadangan ini dapat direalisasikan,” katanya.

Razarudin optimis resolusi itu akan membawa kebaikan dan perubahan besar dalam memperkasakan perkhidmatan awam demi kemaslahatan bersama.

Mengulas lanjut mengenai persaraannya, Razaruddin menyeru warga Sang Saka Biru agar membulatkan kesepakatan dan terus bersatu hati.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15.

“Bersama kita martabatkan PDRM untuk kekal relevan dan terus diperlukan oleh masyarakat, menjadi rakan strategik terpenting kepada semua agensi awam serta diiktiraf sebagai institusi kepolisan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia.

“Saya percaya pemilihan (Mohd. Khalid) adalah berdasarkan pengalaman dan kredibiliti yang diyakini untuk memimpin pasukan ke mercu kegemilangan. Sampai di sini kenangan terukir. Selamat Maju Jaya buat semua,” katanya.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 21-6-2025 09:06 AM
Dah kenapa nak kena ada KEMENTERIAN polis plak?
Dah la byk anggota yang corrupt tak dibuang langsung..makan rasuah...hidup macam org bukan Islam minum arak etc..now nak terpaling entitled ada KEMENTERIAN pulak???
Quote otai_g 21-6-2025 09:19 AM
X selesai masalah jgk. Bila under kementerian mesti ada menteri. Sah2 la bos2 kena dgr ckp menteri. Kalo menteri srh jgn siasat, so terpaksa la ikut ????
Quote alieyrina 21-6-2025 09:19 AM
Patut dia jaga kita.
Ni nak kementerian bagai nak suruh kita lak jaga dia pulak ..banyak duit pak hang
Quote ahlisihircute 21-6-2025 09:54 AM
X yah lah...duk je bawah kdn tu
Quote silance 21-6-2025 10:44 AM
Nak sediakan budget gaji menteri pulak.

Halau pati celaka yang berkeliaran tu, kuranglah sikit kerja you all boleh fokus to warga malezia.
Quote che-cikL 21-6-2025 12:59 PM
Setakat iols Google pakai phone tak nampak pun polis kat 5 negara tu duk bawah satu kementerian khusus polis. Masing2 federal agency/department ..  Sama lah dgn PDRM
pun.
Quote kanam316 21-6-2025 01:17 PM
Bukan patut bawah kementerian keselamatan dalam negeri ka PDRM ni
Quote blue_blur 21-6-2025 01:26 PM
setuju, wujudkan polis khas untuk polis..dan mahkamah khas untuk polis.. jadi boleh elak dorang guna taktik tangguh kes sampai tua bongkok kata alasan tak sihat..
Quote kakikuDibibirmu 21-6-2025 01:44 PM
Kementerian Polis Raja di-Malaysia tersenyum sinis
Quote eragon 21-6-2025 02:39 PM
Arwah Pak lah pernah wujudkan dulu. kementerian keselamatan dalam negeri. pdrm, kastam dan imigresen rasanya. yang lain2 under kdn di bawah kementerian hal ehwal dalam negeri masa tu.
Quote Sesuatu… 22-6-2025 09:06 AM
Lagi la gaduh pdrm vs ATM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035073 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top