|
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menafikan dakwaan bahawa Ketua Polis Negara (KPN) ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, pernah menjadi ahli atau memegang sebarang jawatan dalam parti itu seperti yang disiarkan dalam satu hantaran media sosial oleh sebuah akhbar tempatan semalam. Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata, penyebaran maklumat tidak tepat mengaitkan Mohd Khalid dengan PKR boleh menjejaskan imej dan kredibiliti beliau sebagai Ketua Polis Negara. Katanya, situasi itu juga mencetuskan persepsi negatif terhadap PKR selaku parti yang menerajui kerajaan ketika ini. “PKR kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15 Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar dan menggesa agar satu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak akhbar terbabit untuk memastikan kesilapan seperti itu tidak berulang. Terdahulu, Mohd Khalid, 60, dilantik sebagai KPN ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa semalam. Sumber -KOSMO! ONLINE. |
Sesuatu… replied at 22-6-2025 09:02 AM
Mcm mana buleh ade yg terkeluar pasal ahli pimpinan pkr ni? Masakan xde angin pokok nk goyang? Ade m ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.109607 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.