CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu ada dibincangkan namun tak secara mendalam - Fahmi Fadzil

2-7-2025 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 839| Komen: 12

 


PUTRAJAYA – Perkara berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, namun tidak secara mendalam.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, perbincangan adalah lebih menjurus tentang apa yang telah disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

“Tidak secara mendalam. Cuma untuk memaklumkan, lebih kepada apa yang telah disebut oleh Perdana Menteri sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri sebelum ini. Itu sahaja yang dibincangkan,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini ada membincangkan tentang pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.

Pada Isnin, Anwar menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan pelantikan mana-mana hakim di negara ini, sebaliknya menghormati sepenuhnya proses pelantikan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pejol 2-7-2025 05:09 PM
''Pada Isnin, Anwar menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan pelantikan mana-mana hakim di negara ini, sebaliknya menghormati sepenuhnya proses pelantikan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.''

ecehhhhhhh
Quote wikedsaikel 2-7-2025 06:13 PM
Aku tengok news cakap hensem boy JSJ dah ditukarkan jaga sempadan AKS. Takde benang ke? Bukan ramai ke yg minat dia kat sini?
Quote B40tastePosh 2-7-2025 09:54 PM
wikedsaikel replied at 2-7-2025 06:13 PM
Aku tengok news cakap hensem boy JSJ dah ditukarkan jaga sempadan AKS. Takde benang ke? Bukan ramai  ...

Dalam Edisi Siasat kutuk dia kan...i rasa elok pun ditukar kalau jenis mengampu, dan sembang lebat ketika berucap.
Quote n3ar 3-7-2025 08:58 AM
pelik aku si fahmi fadzil ni semua benda dia komen...dia menteri apa, menteri komunikasi kan....bagi la menteri yg berkenaan komen
Quote Dysania@72 3-7-2025 09:35 AM
kenapa aku rasa dia ni bebal belagak pandai?
Quote supernaturalee 3-7-2025 11:42 AM
n3ar replied at 3-7-2025 08:58 AM
pelik aku si fahmi fadzil ni semua benda dia komen...dia menteri apa, menteri komunikasi kan....bagi ...
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan


mmg keje dia mencapub


Quote nazzse 3-7-2025 12:47 PM
n3ar replied at 3-7-2025 12:58 AM
pelik aku si fahmi fadzil ni semua benda dia komen...dia menteri apa, menteri komunikasi kan....bagi ...

Tu memang favourite dia..kementerian sendiri tak reti nak handle

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.085032 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top