|
Gelagat pengacara dan pelakon, Fahrin Ahmad membawa bekas makanan untuk membungkus lebihan makanan di program Wanita Hari Ini mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian di Threads, Fahrin, 46, berkongsi video memaparkan dirinya membawa bekas makanan ketika sesi penggambaran program itu. Dalam video itu juga menunjukkan Fahrin berselera menikmati hidangan yang disediakan. Pada kali ini, saya bawa bekas makanan tingkat sendiri dari rumah. Yelah, orang kata jangan membazir kalau banyak makanan, lebih-lebih lagi durian.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat Fahrin. Malah, mereka juga menyokong tindakan pengacara itu membawa pulang makanan lebihan ketika sesi penggambaran. Bagi netizen itu merupakan salah satu tindakan yang boleh mengurangkan pembaziran makanan. Sesetengah mereka juga menyifatkan tindakan Fahrin sebagai gelagat comel kerana sanggup membawa bekal makanan untuk ‘tapau’ makanan. Sumber – Oh Bulan |
Hoola replied at 2-7-2025 11:29 PM
dh 46 dia pun ya
lvl pakcik2 dh
pdhal depa la muda dulu hero2 malaya

Kancilkering replied at 3-7-2025 06:55 AM
dia n wemy au grrr hahahahahha

putribonda replied at 3-7-2025 09:08 AM
bagus tak membazir.
kalau makanan banyak lebih,tapau je.
walau kita taknak makan ke apa,bagi pada ke ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-4-2026 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.256101 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.