CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditegur Berpakaian Seksi, Nabila Bengang Netizen Kaitkan Kak KM – ‘Tak Perlu Sebut Nama Mak Aku Lah Orang Tua’

2-7-2025 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2933| Komen: 33

 


Anak sulung usahawan terkenal, Kak KM iaitu Nabila Razman membidas komen netizen yang memburukkan nama ibunya dalam perkongsian terbaru di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Nabila dilihat mengenakan pakaian ‘crop top’ putih berlengan pendek sambil membuat gerakan bibir menyanyi lagu, sekali gus menarik perhatian ramai.

 

Namun, video itu turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan penampilan Nabila terlalu terdedah apatah lagi pakaian yang dipakai memperlihatkan bahagian perut dan pusatnya.

Individu terbabit turut memetik nama Kak KM, dengan menyindir kononnya usahawan sensasi itu kini tiada geng untuk ‘beraksi’ di rumah selepas Nabila berpindah ke Singapura.


Bagaimanapun, Nabila memberi respons berkata tidak perlu mengaitkan nama ibunya dalam setiap perkara yang dilakukan.

Tak perlu sebut nama mak aku la orang tua.

Dalam pada itu, tinjauan OhBulan! mendapati komen tersebut sudah dipadam oleh Nabila.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, netizen menasihatkan Nabila supaya menjaga diri di negara orang memandangkan dia akan memulakan kerjaya di tempat baharu tanpa keluarganya.

Komen netizen

 

Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-7-2025 09:28 PM
Anak tu cerminan mak bapak.


Quote sharlenetexas 2-7-2025 09:29 PM
Eh mmg jadi duk spore kah?


Quote I.K.A888990 2-7-2025 09:37 PM
kalau cakap muka mak dia mcm ladyboy dia marah tak haha
Quote KamikuP 3-7-2025 10:21 AM
mEOLLS speku tak lama je dia keje airlines tu.. gitu meolls mencemuh
Quote jalfa 3-7-2025 10:25 AM
Sheols baru training kan...semoga lepas la ßheols training and keja kat sana.sibuk sibuk tu mana de sempat nak menggeletis lagi  tapi polis aurat ni dah kenapa ya...deols gaya hidup mmg camtu la..ko tegor maki hamun buat pe..aku kalu anak dara menggeletis ok lagi..jangan mak jan
Quote kakJOYah 3-7-2025 10:29 AM
Lantak dia la nak seksi, mak bapak dia pun tak larang.
Bukannya dia sondol laki orang.
Quote sukacactus 3-7-2025 10:43 AM
Heh budak! Ko igt dah jd SQ boleh post apa2 sukati2 ke…ko teruskan la perangai rempit ko tu
Nescaya xlama la ko kat situ
Quote TomyamPuteh 3-7-2025 10:46 AM
Xpe.Omak dia dh pesan jgn tinggal solat.Jgn pakai seksi xde pulak dia nk pesan.Terlupa kot.
Quote SherryZass 3-7-2025 11:27 AM
Dah itu mak kau? Tak kan orang nak sebut mak jiran sebelah? Tapi mak kau mesti bangga dek
Quote anggeriklatifah 3-7-2025 01:24 PM
KamikuP replied at 3-7-2025 10:21 AM
mEOLLS speku tak lama je dia keje airlines tu.. gitu meolls mencemuh

Itu pon kalau betul jadi pramugari sana
Ntah betul ntah tidak
Quote naina 3-7-2025 11:54 PM
KamikuP: mEOLLS speku tak lama je dia k ...


Tak lama kot sebab baru tau susahnya cari duit. Hadap realiti toksik alam pkrjaan. CMNE nak hadap perangai bos, passengers,staff airlines lagi
Quote JahLupa 4-7-2025 01:08 AM
Sexy yg look soo cheap. Ramai je sexy. Tp elok pulak nampak classy. Yg ini, ntahlahh..
Quote ina_na 4-7-2025 02:04 AM
Dia org anak beranak pakai pendek2 tp nampak cheap...Ade org seksi nampak mahal...Dan x nampak seksi...
Quote patchipink 4-7-2025 03:03 AM
kak km cam perasan naw anak dia yg nie cantik sangat ,,, padahal below par ajew
Quote Minami2013 4-7-2025 07:45 AM
Setuju dgn komen2 kat atas. Sexy yg nmpak cheap dan mcm tak kena.. kalau sexy, betul2 sexy yg elok, meols pun suka nak tgk. Ini sakit mata tgk.
Quote jihyomelly 4-7-2025 07:58 AM
tgk mak tgk anak..kan sama mulut baju perangai..so lantakkan je diorg bukan sebatang kera
Quote tudung_bawal 4-7-2025 08:41 AM
mak  dia selalu puji anak dia cantik
Quote hayrin86 4-7-2025 08:45 AM
Salah reruai nih. Dua-duanya bukan artis. Harap maaf
Quote lightheaded67 4-7-2025 10:12 AM
tp mcm jahat je acik tu
sbb bahan budak2

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.107636 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top