CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Siapa yang tak marah kalau baru kahwin tapi isteri minta cerai?’ - Along Charm

3-7-2025 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2566| Komen: 51

 


SEPANG – Perbicaraan cerai taklik pelawak Along Charm memasuki episod baharu apabila mendedahkah isterinya Afreena Suhaimi sebagai pihak yang mula-mula membuat provokasi mahu dilepaskan.

Afreena didakwa beberapa kali minta diceraikan walhal ketika itu mereka baru beberapa bulan berkahwin.

“Defendan (Afreena) suka ketika saya lafaz taklik dan bercerai dengan saya. Tapi siapa yang nak kahwin untuk bercerai?

“Bukan sekali dia minta cerai dan lakukan provokasi. Memang tiada niat nak bercerai.

“Siapa tak marah, baru kahwin berapa bulan tetapi isteri minta cerai. Saya marah dan sedar ketika itu (lafaz taklik),” kata Along ketika soal
jawab bersama peguam syarie mewakili Afreena, Mohamad Iezwan Ielias di hadapan hakim.

Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan tarikh 14 dan 18 Ogos depan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai taklik pelakon dan pelawak, Along Cham terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.


Perkara tersebut ditetapkan Hakim Syarie, Muhamad Nazri pada prosiding yang berlangsung hari ini.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengakui lafaz taklik berlaku ketika dirinya berada dalam keadaan sedar tanpa sebarang pengaruh bahan terlarang dan juga telah diprovokasi beberapa kali oleh Afreena.

Bukan itu sahaja, Along juga turut mengemukakan bukti baharu berbentuk rakaman suara dari panggilan telefon bersama sahabat baik Afreena.

Berdasarkan rakaman suara panggilan telefon tersebut, Afreena didakwa curang dan bersekedudukan dengan bekas suami daripada perkahwinan keduanya di kediaman wanita itu sekitar bulan September tahun lalu sekali gus melanggar salah satu syarat taklik iaitu curang.

Along diwakili peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan, bukti tersebut tidak dilampirkan lebih awal kerana bimbang akan dimanipulasi oleh pihak defendan.

“Bukan dokumen baru tetapi sudah lama ada. Bila berhadapan dengan karakter (defendan) begitu, perlu lebih bijak.

“Kalau lampirkan awal, bimbang pihak sana akan manipulasi.

“Saya bincang terlebih dahulu dengan pihak peguam sebelum keluarkan ‘peluru’ ini (rakaman suara) dan dia benarkan,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di sini, hari ini.

Tambah Along, dia pernah memohon untuk perbicaraan kes perceraiannya dilakukan secara tertutup kerana aib pihak defendan akan didedahkan tetapi tidak dipersetujui oleh mahkamah.

“Perbicaraan ini adalah terbuka, kami pernah minta mahkamah untuk dilakukan secara tertutup tetapi tidak dipersetujui oleh hakim dan defendan

“Kami memohon secara tertutup supaya dapat menjaga aib pihak sana,” katanya.

Dalam masa sama, Along sekali lagi menegaskan dia meletakkan beberapa syarat taklik agar Afreena menjaga rumah tangga dengan baik tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Saya bagi syarat taklik supaya dia menjaga rumah tangga tetapi dia langgar juga,” ujarnya.

Afreena bagaimanapun tidak hadir ke prosiding yang berlangung hari ini kerana terikat dengan kerja.

Sementara itu, Mohamad Iezwan berkata, pihaknya tidak terkejut dengan dokumen pembuktian baharu yang dilampirkan oleh plaintif dan bersedia untuk memberikan kerjasama untuk tuntutan ini.

“Berkenaan dokumen baru (rakaman suara) kami tidak nenerima ia sebagai dokumen ‘premier’ tapi ‘secondary’ sehingga dibuktikan oleh pihak pemberi itu sendiri dan bawakan pihak yang memberikan dokumen itu.

“Jadi untuk seterusnya kami akan teruskan dengan keterangan plaintif. Ketidakhadiran defendan hari ini juga tidak menjejaskan proses mahkamah hari ini, dia tak hadir atas urusan kerja,” ujarnya.

Pada prosiding 1 Julai lalu, Along mendedahkan tiga sebab utama jatuhnya lafaz taklik terhadap Afreena pada Julai tahun lalu, termasuk tindakan wanita itu menghubungi bekas isterinya, Zila Saeron.

Dakwanya, perbuatan tersebut berlaku di kediamannya di Cyberjaya selepas amaran yang diberi tidak dipatuhi.

Terdahulu, Afreena mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan sejak dua bulan selepas bernikah dan pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai 2024.

Pasangan itu bernikah pada 4 April tahun lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along dan Afreena. Masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.

Along sebelum pernah bercerai penyanyi Zila Saeron pada September 2016, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya. Manakala Afreena pula mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama. 

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 3-7-2025 10:35 PM
Dah la tu.. jgn lah asik membuka aib. Kalau dah xnak g bercerai baik2. Wartawan tny knp cerai ckp jela dah jodoh smpi situ. Jg lah emosi anak
Quote asfaz 3-7-2025 10:44 PM
Rakaman suara "sahabat baik"  pasal bersedudukan dgn ex laki .
Bukti kukuh ke tu? Igt senang² ke nak tuduh org berzina and igt hakim terima cmtu aje?
Quote I.K.A888990 3-7-2025 10:47 PM
"siapa yg tak marah kalau tahu suami penagih dadah"

menyampah aku dia ni. semua salah ex yg kau menagih ada tak kau cerita
Quote doubleA 3-7-2025 10:54 PM
Ewww red flag. Ko membujang jelah sampai tua. Poyo sangat
Quote lightheaded67 3-7-2025 10:57 PM
dorg laki bini ni kena laga ke ape
yg ni ckp sakit hati bini, yg sana ckp sakit hati laki. ce bincang togede. kok nk serai, setel dua je.
Quote Zeelalala 3-7-2025 11:12 PM
Susah sgt ke nak lafaz cerai je lah. Lepas tu sahkan. Menyampah pula bila jadi berpanjangan
Quote Orenn1 3-7-2025 11:19 PM
lightheaded67 replied at 3-7-2025 10:57 PM
dorg laki bini ni kena laga ke ape
yg ni ckp sakit hati bini, yg sana ckp sakit hati laki. ce bincan ...

Hoii bangsattt mana ko sial nale diam membisu lol nak gaduh sgtt kan nenek menoposs oii kohkohkohhh phuiii
Quote weezerfan 3-7-2025 11:35 PM
Sudahlah babinsekor x habis2 menyalak!
Quote MisXoXo 4-7-2025 12:16 AM
Aku mmg meluat dia ni.ada dia dgn angah teris turn off nk tgk angah masak
Quote amyfaha 4-7-2025 12:24 AM
Dia ni menduda lama.ingatkan perangai elok. Pandai bawa diri,Rupanyaaaaaaaaaaa
Quote mawardia 4-7-2025 12:34 AM
Toksah lah heboh nak mohon di mahkamah minta perbicaraan tertutup dgn alasan tak nak buka aib.
Kau tetaplahhh akan buka aib kat luar court sooooooo...????
Quote jalfa 4-7-2025 12:41 AM
Dengar boleh percaya jgn kata kata matpet
Quote sharlenetexas 4-7-2025 12:43 AM
Zilaseron tersenyum sinis.


Quote Shayang 4-7-2025 06:41 AM
Aku tak paham
Ada lafaz cerai luar mahkamah julai 2024
Tp dia kata ada rakaman suara sahabat baik pasal bini dia curang pd sept 2024
Kira dh tak jadi bini ko time tu kan? Ke ada rujuk balik ke guaner?
Tp tak buat pengesahan ker?
Quote lightheaded67 4-7-2025 07:29 AM
Edited by lightheaded67 at 4-7-2025 07:41 AM
Orenn1 replied at 3-7-2025 11:19 PM
Hoii bangsattt mana ko sial nale diam membisu lol nak gaduh sgtt kan nenek menoposs oii kohkohkohh ...


haha ni mesti kes ade sentap mana mana komen aku kan
tiber meroyan pa merata trit
padan muka
pdahal tak cakap pasal dia
sentap sorg sorg
ko tak penting dalam hidop aku, smpi setiap komen aku adelah pasal ko

ko ni ade penyakit ape sbenarnya yek
ko olah komen org ikot ko punya citarasa
bila tak kena citarasa ko, ko mintak org explain
ko la explain kat diri sndiri,ko yg olah kan????
boleh tak ko belajar hiborkan diri sndiri
jgn mintak org layan hiborkan ko???
penyakit ni bukan ko je, ramai ade penyakit gini
sbb tu bila aku ckp psl org lain, ko pon sebok nak sentap skali haha

korg tgk lah sndiri
punca gadoh hritu aku komen acik gt muka sama acik azrnaz
dia yg olah mcm mcm jd negatif
aku pulak dia mintak explain
ajak gadoh
ape bnde la pempuan ni


aku reply last kat sini, sbb aku taknak jangkit penyakit ko ok?

kalau korg nak tau, meroyan royan dia kat pm aku, mcm2 dia taip makcik sorg ni,
kalau kita layan gadoh,dia suruh stop
kalau kita stop dia ajak gadoh lagi
mental betol
Quote lightheaded67 4-7-2025 07:56 AM
Edited by lightheaded67 at 4-7-2025 09:33 AM
Orenn1 replied at 3-7-2025 11:19 PM
Hoii bangsattt mana ko sial nale diam membisu lol nak gaduh sgtt kan nenek menoposs oii kohkohkohh ...


tapi kan alang alang kan
biar la aku rant sikit

ko punya style sama mcm jebon dua ekor yg buat perangai dalam life aku
dorg tak tunjuk perangai depan org tau
diaorg buat perangai blakang2, saiko gitu kan
kumpul ahli pasukan ke, sabotaj cara gelap ke
mcm ko la depan org lain kt trit, dh stop gadoh
pdhal kt blakang meroyan royan piyem aku hahaha
noty dog

tp aku ade rasa ralat sikit lah
sbb aku tmasuk perangkap jebon2 itu
contoh ek
dia kumpul ahli, dia cerita bnde bodo2 tipu2 pasal weol
so dorg akan acah2 sindir wasap grup ke wasap status ke, yg style gerila sikit, direct je wasap aku mesej aku, masuk campur la kiranya, pdhal taktau citer betol
so skrg aku jadi gadoh dgn deme skali
pdhal main character dan mastermind org lain
aku ikotkn tak gadoh punya style
tp dorg drag aku skali
eh mcm sama la dgn ko, patot la ko terasa

skrg ko dan smua org nmpk kan, its not about u ya bitchhhhhhh
ko ajak la aku gadoh mcm mana pon acik oren, aku takkan gadoh dgn ko
ko bukan objective aku masuk proum ni ok?
ko penting, ko main karakter, yes
tp bukan dlm hidop aku
ok???

aku bukan nk layan ko sgt
tp aku suka terus terang ckp
supaye lepas ni org paham
ko yg problem bukan aku

tp ko nk smbung jd mental pon takpe
not my problem, ko perangai pelik2,
sbenarnya ko tak kesan kt aku pon
tp ko ludah buruk air muka diri ko sendiri

aku komen panjang2 ni
bukan nak puas hati ko tau
sbb aku tau ko mmg takkan puas hati
tp aku puas hati aku sndiri
alang2 komen ko, aku boleh selit sikit2 komen yc aku rasa sesuai utk clear udara komen2 aku slama bporum
aku suka kau oren
slalu jd tempat pijak
ape omputeh kata?
stepping point? agitu

aku edit mana tak perlu
ageitohhhh
komen pendek dia olah pelik2
komen panjang2 aku takut dia lagi pening je nanti
ko ghase?

ko ni suka menyebok la aku rasa
kt porum, kepoh kepoh sudahla
tak payah la kepoh pastu menyebok pastu nk org layan explain bg ko puas hati pulak lagi
mental betol pempuan ni
Quote MatDeghem 4-7-2025 08:22 AM
Sapa yg nak cerai dan siapa yg takmo cerai ini? Bazir duit rakyaat nya, buang masa judge.....ulang alik mahkamah.
Sampah masyarakat retis

Quote Orenn1 4-7-2025 10:39 AM
lightheaded67 replied at 4-7-2025 07:29 AM
haha ni mesti kes ade sentap mana mana komen aku kan
tiber meroyan pa merata trit
padan muka

Takde nak sentap nenek tua oiii, saja nak cuit lol kohkohh mmg menjadiii , tgkkk,&8 dah mefoyyan lol kohkohkohhh adoiii
Quote Suci_Murni 4-7-2025 10:45 AM
si along pet ni mmg modus oprandi wajib burukkan bini dia kalau cerai sbb kalau dah sah cerai kira susah sikit janda la nak cari jodoh baru... rekod buruk dijaja mat pet ni.

dulu dia buat ngan bekas bini pertama, jaja cerita buruk smpi skg orang ingat.

skg kes ngan bini asik la kata da bukti.. tapi x tunjuk pun...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.110701 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top