CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Saya nasihatkan untuk beli alat pengisar yang mempunyai kunci keselamatan" - Dahi wanita terbelah kena ‘blade chopper blender’

3-7-2025 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3520| Komen: 49

 


PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawanya dalam satu kejadian ketika menggunakan pengisar mudah alih di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi hantaran dalam aplikasi TikTok, wanita itu dilihat cedera selepas mata pisau pengisar mudah alih miliknya tercabut dan terpelanting ke bahagian muka.

“Nasib baik saya sempat tepis dengan tangan, tapi jari saya pula terkena yang mengakibatkan kuku saya separuh hancur. Bahagian dahi saya terbelah dan menerima enam jahitan, manakala hidung pula lima jahitan,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap kejadian menimpa wanita tersebut dan menasihati agar lebih berhati-hati ketika menggunakan alat pengisar mudah alih.

“Selalu ‘overthink’ semasa menggunakan alat pengisar dan sekarang sudah ada kes macam ini, semoga kakak itu cepat sembuh,” komen @Faithjety.


“Perkara paling saya fobia bila tengok ‘blade chopper blender’. Bila tengok sahaja mesti terfikir benda itu akan kena tangan, saya rela tumbuk pakai lesung batu,” balas @Chehaney.

“Saya nasihatkan untuk beli alat pengisar yang mempunyai kunci keselamatan dan elakkan beli yang murah kerana kebanyakkanya tiada pengunci keselamatan,” komen @Finatisar1202. 

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Clan204 3-7-2025 03:45 PM
beli tiktok shop isit?
Quote Orenn1 3-7-2025 03:49 PM
Mcm mana dorg blh buat meain tanpa faktor keselamatan? Yg pembeli pun nape bodoh sgt beli mesin mcm tu
Quote tungkai 3-7-2025 03:57 PM
Brand apa tu?
Quote sayawifenikmie 3-7-2025 04:08 PM
blender mudah alih tu macam mana ?

bagi la gambar sis
Quote kucingitam 3-7-2025 04:10 PM
blender jenis tarik2 pakai tangan tu atau yg guna usb utk charging tu?
Quote makita 3-7-2025 04:33 PM
Idung tu mmg doc balut ke? Len mcm
Quote bottombikini 3-7-2025 07:04 PM
berbalut sakit pun mekap tetap yach...
Quote Orenn1 3-7-2025 07:51 PM
patutnya brg mcm ni yg tak dibenarkan masuk kat msia
Quote missyL 3-7-2025 08:05 PM
Dah tgok vid penjelasan dia
Xde slh blender pn. Slh sndiri sbb cuai.
Quote missyL 3-7-2025 08:10 PM
Orenn1: patutnya brg mcm ni yg tak dib ...

Bkn slh brg wak.
Die yg slh. Dia mmg cuai
Quote dua_chzy 3-7-2025 08:12 PM
Kat thread pun ada kes gini. Habis tangan kena hiris. Ke orang sama? Tapi acik thread tu freehair.
Quote sapeka 3-7-2025 08:22 PM
Risaunyeee
Quote honeybee1802 3-7-2025 08:30 PM
missyL replied at 3-7-2025 08:05 PM
Dah tgok vid penjelasan dia
Xde slh blender pn. Slh sndiri sbb cuai.

Dia tak switch off blender tu kan? Common sense la kalo nak baiki apa2 offkan natang tu...
Quote grouper 4-7-2025 12:48 AM
Rasanya cite untuk buat content je...rugi oo x tunggang cite ni. Paling kurang boleh buat 4 atau 5 video fyp pasal isu ni
Quote ninja boy 4-7-2025 01:55 AM
Barang baru pakai spt blender pisau mmg lapar darah ooo termasuk malam pertama
Quote L.U.S.M 4-7-2025 01:57 AM
Lepas aku tgk penjelasan lakinya aku rasa perempuan ni sama ada jenis xbaca manual or jenis xjaga safety...no wonder teruk sgt terkena...bukan salah alat tp tukang guna yang pemalas baca manual and then pergi tekan butang on..smh
Quote B40tastePosh 4-7-2025 02:02 AM
Konsep nye natural selection ke uols?
Quote B40tastePosh 4-7-2025 02:24 AM
Sekali dgn tudung kena balut......dah jadi serban
Quote wikedsaikel 4-7-2025 05:26 AM
Serius la???

IMG_0402.jpeg

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.050650 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top