CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jovian Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persabahatan RM5.28 Juta

4-7-2025 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1528| Komen: 20

 


Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) kerana gagal membayar pinjaman persahabatan daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan berjumlah RM5.28 juta.

Memetik Harian Metro, peguam yang mewakili Cekap Air Sdn Bhd berkata pihaknya telah memfailkan notis kebankrapan pada 21 Mei tahun lalu selepas Jovian gagal mematuhi penghakiman terus yang diputuskan Mahkamah Tinggi.

Penghakiman terus merujuk kepada suatu permohonan yang difailkan oleh pihak yang memulakan tindakan (plaintif) untuk mendapatkan penghakiman daripada mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

Pada 2 April tahun lalu, Jovian diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM5 juta kepada Cekap Air selepas selepas membenarkan penghakiman terus yang dimohon syarikat itu.

Pada 16 Mei 2023, syarikat berkenaan memfailkan saman terhadap Jovian kerana didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 5-7-2025 12:15 AM
Mak dia pindah indon gak ke?


Quote sharlenetexas 5-7-2025 12:16 AM
Thread berulang.


Quote Purplehaz 5-7-2025 07:07 AM
Tak kesah la kot..bankrup kat msia..bole tggl kat indo motherland
Quote cm_vungtau 5-7-2025 07:40 AM
Bengkrap takyah la bayar hutang kan kan?
Quote BlackpingU 5-7-2025 07:56 AM
Jutawan tapi gigi berkeladak yucks
Quote hayrin86 5-7-2025 10:06 AM
Salah reruai ini.. Jovian bukannya artis.
Quote PinkyPie 6-7-2025 02:23 PM
Naya sahabat
Quote wikedsaikel 6-7-2025 04:26 PM
Cekap Air. Aku ingat airline tadi.
Quote wikedsaikel 6-7-2025 04:27 PM
BlackpingU replied at 5-7-2025 07:56 AM
Jutawan tapi gigi berkeladak yucks

Gemok dah. Stress lalu makan banyak.
Quote dekmieDandy 7-7-2025 08:17 AM
haha spe suruh kantoi dalam lift, dah hilang cable cekang
Quote KamikuP 7-7-2025 09:17 AM
Dahsyat hutang jota2.. so duduk indon tenang ke idok atau kene jel kat sana nnti?
Quote Cpkay 8-7-2025 11:09 AM
senang je nak declare bangkrap .. lari dari hutang
Quote limesherbet 8-7-2025 11:19 AM
dekmieDandy replied at 7-7-2025 08:17 AM
haha spe suruh kantoi dalam lift, dah hilang cable cekang

Dia buat apa dlm lift? Serious taktau
Quote limesherbet 8-7-2025 11:21 AM
Cpkay replied at 8-7-2025 11:09 AM
senang je nak declare bangkrap .. lari dari hutang

Bukan senang ada status bankrap ni....akaun bank takleh ada...ke luar negara pun tak boleh. Dia ni dah lari siap2 luar negara la kot....kalau dah keluar, nak masuk balik takleh keluar dah
Quote A-Are 8-7-2025 11:28 AM
Pinjaman persahabatan ni mcm mana...pinjam kawan2 la yer..byk duit member..xkan xda cagaran..pelik2
Quote Minami2013 8-7-2025 12:31 PM
Ada kaitan ke dgn news sprm mohon lucut hak cash juta2 lemon bekas pak mertua?
Quote afie_m 8-7-2025 12:44 PM
wau, banyaknya pinjaman persabahatan..rugi lah member tu
Quote beautifulorchid 8-7-2025 03:52 PM
duduk je la kat indon teruskan jela hidupan songsang ko tu kat sana.. jgn alik balik sini da..

Quote sharlenetexas 8-7-2025 03:56 PM
limesherbet replied at 8-7-2025 11:19 AM
Dia buat apa dlm lift? Serious taktau

Tekan2 button lif.


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2025 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.051708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top