CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Dah Maafkan ND Lala…Malangnya Kawan Anak Pula Yang Ambil Suami Kita” - Fauziah Sarman

7-7-2025 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3302| Komen: 35

 


Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman terkejut apabila mendapat tahu lagu terbaru anaknya diinspirasikan kisah rumah tangga dengan bekas suaminya, Datuk ND Lala.

Memetik mStar Online, Fauziah berkata dia tidak menyangka lagu tersebut berkaitan kisah peribadi dilaluinya dan pertama kali mendengar lagu berkenaan ketika mereka berada dalam kereta.

Menurut Fauziah lagi, dia tidak sedih mengengar lagu berkenaan dan sudah memaafkan bekas suaminya serta menganggap apa yang berlaku adalah perkara lalu.

“Saya dah move on dan tidak fikirkan perkara itu lagi. Saya dah maafkan bekas suami. Lagipun bulan  Ogos ini genap dua tahun kami berpisah.

“Kalau dai buat lagu itu selepas enam bulan saya berpisah mungkin saya akan sedih tapi sekarang dah tiada rasa,” katanya.

Sementara itu, Fauziah berkata hidupnya kini lebih tenang dan bahagia kerana ketika bergelar isteri dia tidak dibenarkan bergaul dengan orang luar.


“Bekas suami sentiasa suruh dengar cakap dia. Masa itu saya cuma ada anaka-anak sebagai teman sehingga kawan anak sendiri jadi rakan saya. Malangnya kawan anak pula yang ambil suami kita.

“Saya memang tidak dibenarkan berkawan, bekas suami saya memang sangat cemburu, dia tak bagi saya ke mana-mana. Saya memang fokus keluarga sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah berkata hampir enam bulan dia mengambil masa untuk pulihkan semangat dan bangkit demi anak-anak. 

Fauziah dan ND Lala dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir, dan Nur Syuhada. Pasangan itu bercerai pada 2 Ogos 2023 melalui rakan suara di WhatsApp.

Sumber: mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-7-2025 01:48 PM
Hapgredlah pulak jadi puan sri.


Quote sukacactus 7-7-2025 02:02 PM
Kata dah ada bakal pengganti
Semoga berbahagia
Quote Shayang 7-7-2025 02:05 PM
Edited by Shayang at 7-7-2025 02:08 PM

NPD ya pokcik lala nih
Ujung2 hang tinggalkan bini tu terkontang kanting gak.

Penyondolan oleh org2 dikenali rapat mmg sgt sakit tp ada gak enabler yg suh mangsa muhasabah diri la bagai.
Kat tt ada sis ni tak sedor kena madu selama 5 tahun. Madu tu plak kawan baik yg dia anggap mcm pemeli.
Dia tgh TTC lambat la dpt anak setelah lama kahwin, elok dh pregnant nk beranak tu la laki dia kahwin ngn kawan baik dia tu.
Apa punya kawan daaaa
Pastu bila dh kantoi senang je ckp ala dah 5 tahun kami kahwin kot nak suh org tu move on dh redho gitu jerr
Taktau la napa laki dia tu nk poli ngn kawan baik bini tu nk kata nk anak, takde pun ank  ngn bini baru.
Quote sharlenetexas 7-7-2025 02:17 PM
Shayang replied at 7-7-2025 02:05 PM
NPD ya pokcik lala nih
Ujung2 hang tinggalkan bini tu terkontang kanting gak.


Bini baru tu mandulkah?


Quote jalfa 7-7-2025 02:20 PM
Harap dpt tekel atok atok level level yb betoi..bukan macam lalat fefeling yb
Quote TeropongThaico 7-7-2025 06:33 PM
Jahatnya atok ND....
Acah cemburu tp dia sendiri gatal tak bertebing
Quote dua_chzy 7-7-2025 06:56 PM
Moga ND Lalat jeles sampai mampus bila tengok ex bahagia dengan hidup sendiri. Jeles level masa sakaratul maut pun sempat fefeling jeles gitu.
Quote Zeelalala 7-7-2025 07:42 PM
Karma la makan pacik nd lalat tu nanti, tua2 bini pula mencurang dgn jantan muda
Quote exclusive_vvip 7-7-2025 07:49 PM
dua_chzy replied at 7-7-2025 06:56 PM
Moga ND Lalat jeles sampai mampus bila tengok ex bahagia dengan hidup sendiri. Jeles level masa saka ...

Aamiin
Quote sharlenetexas 7-7-2025 07:51 PM
Kak fauziah ni cantik untuk umurnya. Tengok muka pun ori. Harap jangan reno lah.


Quote mekfazura 8-7-2025 09:18 AM
TIME ADA TAK NAK JAGA ELOK2, BY THE WAY NAK TANYAK , KALAU KAWAN SENDIRI YANG AMBIL BOLEH KE?
Quote salimrock 8-7-2025 09:56 AM

laki nye pn umur dah berapa , tak tau la benih ok lagi ke tak...
Quote matseh 8-7-2025 10:10 AM
Forgive but not forget.
Quote aciksenah 8-7-2025 10:17 AM
Sebab tu la pepatah mengatakan.."Selepas hujan, ada pelangi, selepas kabus ada mentari". Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Berdamai la dengan takdir..
Quote Begbiru 8-7-2025 12:25 PM
dia ni retis ke?
Quote awanysss 8-7-2025 12:50 PM
acik ND lala dah kawen ke
Quote doubleA 8-7-2025 01:13 PM
awanysss replied at 8-7-2025 12:50 PM
acik ND lala dah kawen ke

Dah lama pun noks kawen dengan rakan sebaya shilalat. Ko tertinggal tren ni
Quote ninja boy 8-7-2025 01:13 PM
Edited by ninja boy at 8-7-2025 01:15 PM

Kalau retis semua related mak pak sibling anak ex2 menantu mil pil anak tiri pa driver pun boleh gossip
Quote awanysss 8-7-2025 02:07 PM
doubleA replied at 8-7-2025 01:13 PM
Dah lama pun noks kawen dengan rakan sebaya shilalat. Ko tertinggal tren ni

meols tertinggal tren dr kes dorang cerai. pastu tak faham dah kes family ni..tercampur kes halau2 rumah bagai..
mungkin betul la ND tu NPD ek.. tu yg heols gewam kot masa shahnaz dok ngusung shilalat ke sana sini..
NPD tak boleh dgn org2 yg kepala batu jugak..



Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.188611 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top