CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharon Paul Sahkan Dah Cerai Dengan Rusdi Ramli, Bebas Dari ‘Cold Violence’

10-7-2025 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12385| Komen: 137

 


Komposer Sharon Paul mendedahkan sudah pun bercerai talak satu dengan pelakon Rushdi Ramli pada Januari tahun lalu selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik mStar Online, Sharon berkata dia memfailkan permohonan cerai terhadap pelakon itu selepas tiada jalan penyelesaian antara kedua-dua belah pihak.

“Saya sendiri yang uruskan proses perceraian itu dengan melantik peguam dan selesaikan semuanya. Kalau tunggu dia, memang tidak akan selesai apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Sharon berkata dia kini gembira selepas melalui tempoh yang mencabar tahun lalu namun bersyukur dapat mengharungi dugaan berkenaan.

“Tahun lepas memang sangat mencabar. Saya terpaksa uruskan pinjaman hartanah yang bukan atas nama saya, bayar bil, tanggung dua anak dan pada masa sama jalankan perniagaan sendiri.

“Saya gembira dan rasa bebas sekarang. Ada satu istilah mengenai perkara yang saya terpaksa hadap selama ini iaitu ‘cold violence’” katanya.


Dalam pada itu, Sharon berkata kedua-dua anaknya memilih untuk tinggal bersamanya kerana rasa lebih selesa berbanding tinggal bersama bapa mereka.

Sharon dan Rusdi mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Reo Ridza, 16, dan juga Ryan Ridza, 13. 

Sumber : – mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-7-2025 03:24 PM
Anak2 handsome.


Quote sharlenetexas 10-7-2025 03:25 PM
Sheols chindian atau kristang?


Quote perrrghhhh 10-7-2025 03:38 PM
kesian
Quote cahaya_almas 10-7-2025 03:42 PM
Biawak kah?

Sape tau apa dia ckp.tu..bolrh jelaskan lg..apa yg dia alami..
Quote likilu 10-7-2025 03:44 PM
Cold violence refers to an emotional form of domestic violence characterized by a complete withdrawal of all verbal and physical communication by one member of an intimate relationship towards the other.
https://researchnow.flinders.edu.au
Domestic violence in Chinese families: Cold violence by men towards women
Quote lasagna 10-7-2025 03:50 PM
elok laaa tak menjaja cite personal kesana kemari, dah settle dah tenang baru war2 kan.. moga baik2 laa antara mereka wpun dah berpisah.
Quote cruz2 10-7-2025 03:50 PM
Pompuan melayu mmg ramai kena cold violence ni.
Tp sbb pikirkan anak anak dan sebab tk nak bercerai berai pegang status mak jan so hadap la pangai laki gini sampai ke tua.
Good for you sharon hope pompuan lain yg masih berada dlm situasi gini pikir la masak masak, sayangi dirimu
Quote kucingitam 10-7-2025 03:58 PM
cold violance ni kira mcm di whoareyus kan dek laki sendiri ke.. mcm laki buat bolayan je, gitu ke?
Quote A-Are 10-7-2025 03:59 PM
cold violence ni boleh membunuh hati secara senyap..kalau physical nampak lukanya ada buktinya manakala ccold violence boleh dimanupulate buatkan mangsa tertanya tanya kat mana salah dia..boleh buat sesetengah mangsa sampai makan hati berulam jantung
Quote makadek 10-7-2025 04:01 PM
kucingitam replied at 10-7-2025 03:58 PM
cold violance ni kira mcm di whoareyus kan dek laki sendiri ke.. mcm laki buat bolayan je, gitu ke?

ye la tu ...silent treatment penat wey canni
Quote BoongaKertas 10-7-2025 04:04 PM
Edited by BoongaKertas at 10-7-2025 08:07 AM

bagus kak sharon. based on this news, bg iols kan tak salah pun minta cerai. tak perlu jd bodoh dlm marriage semata2 nak keep the title isteri tu sampai maruah diri sendiri as a wanita tercalar. bagus lah bercerai dari kena depression. ni bukan aib ok, at least dia citer cenggini dpt lah memberikan pedoman kat wanita2 luar sana utk berhati2 memilih spesis laki buat husband dan wanita masih ada CERAI sebagai pilihan keluar.
Quote BoongaKertas 10-7-2025 04:06 PM
susah nak cari lelaki yg ada sifat QAWWAM tu zmn skrg. moga kita semua dpt the greenest flag guy yg mampu jd lelaki sejati dan suami di dalam erti kata sebenar.
Quote kucingitam 10-7-2025 04:07 PM
makadek replied at 10-7-2025 04:01 PM
ye la tu ...silent treatment penat wey canni

stressful jd cenggini
Quote Cpkay 10-7-2025 04:19 PM
tapi tgk rupa mmg tok laki dia ni mmg sejenis pendiam dan pendam..
Quote zuriey 10-7-2025 04:21 PM
Aikk bkn dah lama ke berita ni mcm dejavu pula
Quote apedehal 10-7-2025 04:21 PM
Mencik laki camni, bila sndiri tahu plak berdikari.. kasi potong je la kontol tu nyusahkan org
Quote makcun14 10-7-2025 04:28 PM
bila kids lebih pilih mak dari bapak paham paham je la noks.
Quote alesandra 10-7-2025 04:33 PM
Dia ni dah x buat lagu ke?lagu2 dia sedap
Quote Minami2013 10-7-2025 04:35 PM
Drpd ayat dia mcm dah terbeban sorang2 tanggung urusan keluarga dan cold violence tu maybe sebab dah tak de communication. Satu pihak saje yg usaha, satu pihak lagi buat tak tahu. #donespeku

Tertengok klip rusdi berlakon dgn mas idayu. Kelakor la cite tu.

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.043715 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top