|
Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin menjadi perhatian apabila kedua-duanya dipercayai tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Sementara itu, hasil tinjauan mendapat perkongsian Zizi di laman Threads sejak kebelakangan ini seolah ada makna tersirat. Menerusi perkongsian terbaru yang dimuat naik sempena awal Muharam, Zizi seolah memberi bayangan sedang diuji serta melalui fasa sukar. Turut menjadi perhatian pada Jun lalu Zizi memaklumkan dia sudah berpindah rumah dan suasana kediaman barunya itu tenang dan sunyi.
Hantaran terakhir Zizi mengenai suaminya adalah bersempena hari lahir Yusof pada 8 Jun lalu. Sementara itu, kali terakhir Yusuf memuat naik gambar bersama isterinya adalah pada sambutan hari raya yang lalu. Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Sumber: mStar Online, Rotikaya |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-5-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.152074 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.