CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor asal Semenanjung seronok kerja di Sarawak, pesakit pemurah dan baik hati... Paling menarik dapat simpan RM2,000 sebulan!

11-7-2025 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4103| Komen: 30

 


SEORANG ibu muda berdepan tuduhan jenayah selepas didakwa meninggalkan dua anak kecilnya di dalam kereta ketika cuaca panas terik, sehingga menyebabkan kematian anak bongsunya yang berusia setahun.

Wanita berusia 20 tahun itu didakwa atas kesalahan secara tidak sengaja, serta dua pertuduhan penderaan kanak-kanak secara PENGALAMAN berkhidmat sebagai pegawai perubatan (MO) di Sarawak membuatkan pemuda ini mahu 'pendatang baharu' menerima dahulu tawaran penempatan yang diberikan.

Malah dakwanya, pengurusan hospital di negeri terbesar di Malaysia ini juga berbeza dengan Semenanjung kerana lebih menyenangkan.

Baginya, pesakit yang dirawat juga lebih bersopan santun dan tidak menyakitkan hati seperti yang sering disuarakan pengamal perubatan lain.

"Doktor-doktor yang dapat (penempatan) di Sarawak, jangan tolak dulu. 

 


"Banyak perkara yang aku suka pasal pengurusan di Sarawak, pesakit dia lain dan tidak terlalu menyakitkan hati.

"Memang ada yang jenis rasa 'entitled' tapi tak seramai di Semenanjung," ujarnya yang dipercayai beraasa dari Semenanjung menerusi hantaran di media sosial.

Menurut doktor ini lagi, perkara yang paling diingati adalah kebaikan dan sifat pemurah pesakit-pesakitnya selepas mendapatkan rawatan.

Mana tidaknya, barang keperluan dapur sentiasa 'penuh' kerana diperoleh daripada pesakit yang dirawat.

"Kalau pandai sembang, duit gaji boleh simpan sebab dapat sayur percuma, durian percuma, ikan percuma... cuma ayam dan daging je mereka tak berani bagi.

"Durian tu rasanya sangat sedap dan murah, tapi selalunya dapat percuma," tambahnya lagi yang berjaya menyimpan kira-kira RM2,000 sebulan.

Bagi pemuda ini lagi, sebelum penolakan dibuat seseorang itu seharusnya mengkaji peta Sarawak terlebih dahulu.

Malah katanya, kawasan yang berada berhampiran bandaraya Kuching kebiasaannya menjadi 'rebutan' pegawai perubatan yang berada di sana.

Saya dah 11 tahun kerja di Kuching, sangat seronok, orangnya baik-baik dan saya belum rasa nak pindah. - WARGA MAYA

Namun, pihak jabatan sering menawarkan kekosongan itu kepada pegawai lantikan baharu.

"Jangan takut kalau area dekat dengan Kuching, terima dulu. Sebenarnya semua MO daerah nak ke tempat tu tapi mereka akan bagi keutamaan kepada yang baru.

"Mall pun macam-macam ada, makanan memang sedap-sedap.

"Jadi, janganlah tolak kalau dapat Sarawak sebab ia memang destinasi menarik," tambahnya.

Menerusi hantaran terkini, dia juga menyatakan mereka yang bertugas di Sarawak berpeluang memperoleh cuti panjang sehingga tempoh dua minggu.

 

"Cuti raya tak berebut, setahun sekali dapat penerbangan percuma.

"Bil elektrik pun murah, banyak gila aku simpan duit kat sana," ujarnya yang menyelar segelintir individu menggunakan perkataan 'dicampak' apabila ditempatkan di negeri Borneo.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja dengan perkongsian pengalamannya.

Ada juga pelayar dalam sektor lain turut berkongsi pengalaman sama dan memuji kebaikan rakyat Sarawak.

"Kembar saya pun dah sembilan tahun di Samarahan, bezanya dia dalam bidang pendidikan. Tak nak minta pindah sebab seronok, hujung minggu boleh pergi mendaki.

"Saya dah 11 tahun kerja di Kuching, sangat seronok, orangnya baik-baik dan saya belum rasa nak pindah.

"Kami orang Sarawak mengalu-alukan kedatangan dengan besar hati. Anda akan berasa seperti di rumah," demikian reaksi warga maya.



Sumber:  mStar
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 11-7-2025 11:53 AM
Pastu boleh panjat gunung kinabalu dan pergi pasar filipin
Quote AkokKocik 11-7-2025 12:10 PM
Anak fruit aku dpt kerja kat kuching, bulan 9 ni sekeluarga naik belon htr si abg...klu balik smnjung dpt free tiket, tiket waran klu xsalah...seronoknya.
Quote uda 11-7-2025 12:31 PM
Adik I, 2 kali tolak tawaran ke Sarawak. Kali pertama kena di Daro, yg kena naik bot ke sana. Kali ke 2, tidak di beritau area mana, cuma negeri sarawak je.

Mungkin bukan rezeki dia lah untuk kerja dengan kerajaan.
Quote kucingitam 11-7-2025 12:54 PM
br baca bakal dr mroyan kena posting kt sabah
Quote pooh~key 11-7-2025 12:57 PM
AkokKocik replied at 11-7-2025 12:10 PM
Anak fruit aku dpt kerja kat kuching, bulan 9 ni sekeluarga naik belon htr si abg...klu balik smnjun ...

Yang free tu setahun sekali jah sissy.
Quote AkokKocik 11-7-2025 03:04 PM
pooh~key replied at 11-7-2025 12:57 PM
Yang free tu setahun sekali jah sissy.

Ha ah...balik raya.
Quote sharlenetexas 11-7-2025 03:08 PM
SEORANG ibu muda berdepan tuduhan jenayah selepas didakwa meninggalkan dua anak kecilnya di dalam kereta ketika cuaca panas terik, sehingga menyebabkan kematian anak bongsunya yang berusia setahun.


Wanita berusia 20 tahun itu didakwa atas kesalahan secara tidak sengaja, serta dua pertuduhan penderaan kanak-kanak secara PENGALAMAN berkhidmat sebagai pegawai perubatan (MO) di Sarawak membuatkan pemuda ini mahu 'pendatang baharu' menerima dahulu tawaran penempatan yang diberikan.


Perenggan atas tu berita pasal ibu muda.


Quote BungaKencana 11-7-2025 03:12 PM
ni mesti dari kes Dr Farah meroyan tu kan... mcm adk kwn aku jwtn kontrak ddk KK kt KL pastu bile dpt jwtn tetap dia kene masuk hospital tp yg untung dia dpt kt perak & bile buat rayuan dpt dkt negeri kelahiran wicis rumah parents..tp ttp stress sbb ada ank kecik & laki kt KL.. smggu smpai dua kali oncall pastu kne jaga wad paling busy
Quote Skuau 11-7-2025 03:20 PM
Edited by Skuau at 11-7-2025 03:22 PM

sementara itu:
Negeri TERpaling harmoni...katakan-Acik2 porom
                              
            
                                
Quote bulan_gerhana 11-7-2025 03:24 PM
sharlenetexas replied at 11-7-2025 03:08 PM
SEORANG ibu muda berdepan tuduhan jenayah selepas didakwa meninggalkan dua anak kecilnya di dalam ke ...



iols ingat iols je yg perasan pasal perenggan tu.. iols baca sampai 4 kali taw ape la kaitannya citer pasal ibu yg dijatuhkan hukuman dgn kes doctor bertugas kat sarawak... hadoiiii


Quote Buritan 11-7-2025 03:58 PM
bulan_gerhana replied at 11-7-2025 03:24 PM
iols ingat iols je yg perasan pasal perenggan tu.. iols baca sampai 4 kali taw ap ...

Mcm cd cetak rompak plk.. cite tak hbs sambung cite lain..
Quote Denco 11-7-2025 04:25 PM
mmg betul pun... org sana klu pegi hospital baik2 sgt & sopan je bila jumpa kita.
tp aku standby utk IT kat hospital sana. doktor sana pun baik2 je bila tanya psl sistem, x kerek baik yg prof or doktor biasa. aku enjoy je outstation kat Kuching
Quote Radzor 12-7-2025 09:20 AM
kje sarawak mmg seronok. masa kje sana dulu iols siap request kat company tanak balik malaya tp sbb carrier progression kne balik juga. tp lepas few years iols request lg pegi sana and approved!. syok oo sana. anak yg sekolah sana sini tu pun kata sekolah sarawak paling best. amput nyamai beranak pediahhhh
Quote slyfynx 12-7-2025 10:24 AM
Wanita berusia 20 tahun itu didakwa atas kesalahan secara tidak sengaja, serta dua pertuduhan penderaan kanak-kanak secara PENGALAMAN berkhidmat sebagai pegawai perubatan (MO) di Sarawak membuatkan pemuda ini mahu 'pendatang baharu' menerima dahulu tawaran penempatan yang diberikan.


"Wartawan" CARI ni nmpak nau makan gaji buta
Quote B40tastePosh 12-7-2025 12:20 PM
Kenapa tak ambil warga Sarawak je? Ramai bodoh bodoh ke?
Quote B40tastePosh 12-7-2025 12:21 PM
Radzor replied at 12-7-2025 09:20 AM
kje sarawak mmg seronok. masa kje sana dulu iols siap request kat company tanak balik malaya tp sbb  ...

Best ke?

Malaya Balit Malaya
Quote dua_chzy 12-7-2025 12:25 PM
B40tastePosh replied at 12-7-2025 04:20 AM
Kenapa tak ambil warga Sarawak je? Ramai bodoh bodoh ke?

Bukan la. Sebab dasar integrasi yang Pak Lah buat tu dulu. Warga Borneo pi Malaya, Malaya pi Borneo.
Quote B40tastePosh 12-7-2025 12:27 PM
uda replied at 11-7-2025 12:31 PM
Adik I, 2 kali tolak tawaran ke Sarawak. Kali pertama kena di Daro, yg kena naik bot ke sana. Kali k ...


Lol....biarkan orang Sarawak berbakti di negeri mereka.

Aku dulu kerja sana duak taun di siya....sekarang bersyukur balit Semenanjung... Tak hinggin nak ke Sarawak mun maok bercuti koh kreja koh...sik maok kmek ke siya agik...Jerak kmek.
Quote B40tastePosh 12-7-2025 12:29 PM
dua_chzy replied at 12-7-2025 12:25 PM
Bukan la. Sebab dasar integrasi yang Pak Lah buat tu dulu. Warga Borneo pi Malaya, Malaya pi Borne ...


Ramai bodoh...tak boleh speaking English....tapi pergi Church...lol

Yang orang Islam Melayu lagi pandai English....kahakahkah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.042549 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top