CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Genap seabad usia... Ini rahsia Tun M kekal sihat, cergas pada umur 100 tahun

11-7-2025 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2145| Komen: 12

 


MENJANGKAU umur 100 tahun, bukan sesuatu yang mudah untuk seseorang itu kekal aktif dan cergas seperti mana Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bekas Perdana Menteri Malaysia ini bukan sahaja masih kuat secara fizikal, malah masih mempunyai pemikiran tajam ketika beliau menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 tahun, hari ini (10 Julai).

Ramai yang tertanya-tanya, apa rahsia di sebalik tahap kesihatan dan kecergasan beliau yang luar biasa itu? 

Menerusi satu perkongsian di platform TikTok, Tun M sebelum ini berkongsi enam amalan yang diamalkannya sejak dahulu lagi.

1. Jangan tidur terlalu lama

Ramai beranggapan orang tua perlu banyak berehat, tapi tidak bagi Tun M.

Baginya, tidur yang berlebihan hanya menyebabkan badan menjadi lemah dan sukar untuk bangun.

2. Sentiasa 'aktif' dari segi otak dan tubuh


Bagi Tun M, kunci utama kesihatan adalah kekal aktif.

Aktiviti harian seperti membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang sekeliling dapat merangsang minda. Penting untuk elakkan otak menjadi ‘malas’ atau ‘tumpul’ seiring usia.

3. Makan sekadar perlu, jangan ikut nafsu

Satu amalan Dr Mahathir ialah mengawal pemakanan.

Katanya, apabila kita makan dan rasa makanan itu sedap, berhenti sebelum kenyang.

Apabila perut menjadi besar (akibat makanan), jantung perlu kerja keras untuk mengepam darah.

Dr Mahathir juga menasihatkan supaya elakkan makanan berlemak yang tinggi kolesterol.

4. Jauhi rokok dan alkohol

Tegas Dr Mahathir, kita perlu elakkan diri daripada merokok kerana paru-paru dicipta untuk menyedut oksigen dan bukannya asap rokok.

Kedua-dua tabiat ini bukan sahaja merosakkan organ dalaman malah boleh memendekkan usia.

5. Aktif bersukan, termasuk menunggang kuda di Antartika

Menariknya, Dr Mahathir masih aktif bersukan dan tidak ramai yang mampu melakukan aktiviti ini seusia beliau.

Ini termasuklah aktiviti menunggang kuda yang dilakukan semasa berada di Antartika, Eropah.

6. Kawal nafsu makan untuk kesihatan jantung

Bagi Dr Mahathir, nafsu makan perlu dikawal demi menjaga kesihatan jantung.

Apa yang Tun M lakukan hari ini sebenarnya bukan bermula semalam kerana semua amalan ini sudah dilakukan sejak muda lagi.

Konsisten menjaga kesihatan sejak awal membolehkan beliau kekal cergas hingga ke hari ini.

Justeru, masih belum terlambat untuk kita semua mencontohi amalan baik negarawan ini untuk kekal sihat dan cergas.

Sumber:  mStar
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dysania@72 11-7-2025 04:57 PM
Selamat Hari Lahir yg ke 100 Tun M!!! Terima kasih...
Quote Minami2013 11-7-2025 05:11 PM
Belum apa2 dah ada msg spam..

Tips yg bagus utk kita amalkan. Berbaloi la ada pencen umur sampai 100. Kalo epf ni maybe dah kena korek2 kat mana2.
Quote kemaruk 11-7-2025 06:03 PM
Aktif bersukan, termasuk menunggang kuda di Antartika
Quote midori888 11-7-2025 06:08 PM
Mcm pnh terbaca his sister's pun umur pjg jugak, 102 kalu tak salah...
Quote Sazreena 11-7-2025 06:11 PM
Org kata dia cuci darah. Moralnya duit juga boleh membantu utk kekal sihat kalau tahu cara nak manfaat.
Quote akies 11-7-2025 07:07 PM
Panjang umur tun ya.
100 tahun da skrg
Quote B40tastePosh 13-7-2025 12:09 AM
kemaruk replied at 11-7-2025 06:03 PM
Aktif bersukan, termasuk menunggang kuda di Antartika

Jogging di Paris boleh panjang umur tak?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.039596 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top