CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tarian bogel dan upacara syirik eHati dalam program di Shah Alam

12-7-2025 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28228| Komen: 270



Di sini saya mendedahkan situasi sebenar yang berlaku dalam program eHati di Shah Alam (IDCC) pada 27-30/9/2024

Isu kontroversi muncul pada hari terakhir 30/9/24 dewan IDCC Shah Alam untuk Sesi Queen Session. Perjumpaan peserta wanita sahaja dalam dewan lebih kurang 50 peserta.

Malam tu para peserta memang teruja untuk hadir ke kelas khas tersebut. Bila peserta masuk dewan, set up pun dah berbeza, suasana malap dan diiringi musik romantis. Setelah itu, beberapa orang Cleopatra (level tinggi dalam eHati) yang jadi fasi dalam program itu mula masuk ke dewan.

Tak lama kemudian, Diyana Tahir masuk ke dewan, malam tu dia tidak bertudung dan berpakaian seksi berbikini. Peserta mula berasa pelik, kenapa macam ni sekali? Ada peserta yang mula beristighfar mereka tergamam. Program apa dah ni? Kenapa berpakaian seksi macam tu?

Selepas itu, ahli Cleo yang lain cakap “tak ape jangan takut, u are safe here.” 


Saat yang tidak terduga oleh peserta apabila Diyana Tahir dengan berani tanggalkan pakaian dia dan menari-nari bersama ahli Cleo. Dah macam dalam kelab malam. Masa ni memang ramai peserta yang mula rasa pelik dan seram sejuk. 



Lepas tu Diyana pun cakap, “sebelum mula sesi next, nak bagi minum air dulu”. Itulah air Piya yang rasa cokelat blend dengan pisang. Dia cakap air ni boleh buatkan kita rasa tenang, dia suruh niat benda-benda positif semasa nak minum. 

Lepas 15 minit peserta minum air tu, mood tiba-tiba berubah. Dari rasa takut tadi, tiba rasa berani yang luar biasa, ghairah tu yang membuak-buak. Lepas tu ada beberapa Cleo yang datang ajak menari sekali, diorang memang menari dengan tarian seksi yang menghairahkan sambil bercomolot menjilat-jilat lidah antara satu sama lain.

Ada peserta yang terus tergamam dan rasa malu dengan melihat apa yang sedang berlaku. Diyana Tahir dan Cleo Syiela menari berdua dengan posisi seperti sedang ingin melakukan seks sejenis. Dia bercomolot dengan Cleo Syiela. Setelah itu, Diyana Tahir mengelilingi setiap peserta yang dibahagikan kepada 3 orang setiap kumpulan bersama ahli-ahli Cleo lain.  

Diyana Tahir minta, siapa yang nak buang segala apa yang tak best dalam diri boleh ikut lakukan bersama-sama dia. Maka bermulalah upacara membuang masalah dengan mencampak pakaian dalam ke hadapan dewan. Cleo-Cleo eHati melakukan upacara itu, dan mereka berbogel. 

Ada sebahagian peserta yang buat dan ada yang tak mahu buat. Sebahagian peserta membuka pakaian sehingga berbogel dan melamparkan pakaian termasuk pakaian dalam sehingga berbogel bulat untuk ikut serta Diyana.

Buang pakaian kononnya simbolik membuang semua masalah.. 

Astaghfirullah..kebodohan apakah yang diajarkan ini

Peserta juga mendakwa tak ada rasa bersalah atau rasa malu pun waktu itu, selepas minum Piya. Mereka dakwa merasa seperti sangat berani. 

Diyana Tahir dan ahli CleoX lain terus memberi kata-kata perangsang kepada ahli lain yang baru join itu untuk sama-sama berbogel tetapi dia tidak paksa. 

Tidak lama kemudian setelah sesi berjoget dan bertentangan mata telah selesai. 

Diyana Tahir mula memperkenalkan seorang model yang juga sedang berbogel di hadapan peserta untuk memulakan satu sesi Rebirth (lahir semula). Untuk sesi tu biasanya dibuat dalam tab mandi tapi oleh kerana dewan IDCC sukar untuk menyediakan tab mandi maka Diyana memulakan upacara Rebirth dengan “Sacred Bath” mandi suci dengan mengelap guna tuala basah sahaja.  

Diyana membuat demo terlebih dahulu dengan membaringkan model tersebut lalu dimandikan dengan cara lapkan tuala basah ke badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Lepastu tutup model tu macam mayat dan tak lama kemudian dibuka semula, itulah Rebirth. Siapa yang melakukan upacara ini ia dikira lahir semula dan diri telah menjadi suci yang bersih daripada segala energi buruk dalam badan. 

Setelah itu, dipecahkan peserta setiap kumpulan kepada 3 orang, seorang yang akan dimandikan dan dua orang lagi akan duduk sebelah menyebelah sambil mengelap badan dengan tuala suam yang mana Diyana Tahir telah membuat demonstrasi sebelum itu. Program pada hari tu berakhir dengan upacara rebirth ini.
 
Kesimpulannya

1. Diyana dan ahli Cleo berbogel bulat di hadapan peserta eHati (semua wanita) dan ini jelas melanggar batas aurat, akhlak dan berkelakuan tidak sopan. 

2. Peserta diberi minum sejenis air bernama Piya yang peserta tidak tahu kandungan apa sebenarnya sehingga berubah mood dalam waktu singkat (akan didedahkan nanti)

3. Peserta disuruh melakukan upacara sacred bath (mandi suci) dan rebirth (lahir semula) yang berbentuk seperti ritual keagamaan. Amalan ni sudah nak sama dengan agama pagan dan Buddha. Inilah racun ajaran New Age Movement 

Program ini dilakukan di Shah Alam. Tidak jauh dengan bangunan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Aduan juga telah dibuat, bukti-bukti telah diserahkan. Cikgu Fadhli Saleh pun sudah suarakan isu ni sejak dulu lagi. Sehingga kini belum diambil apa-apa tindakan.

Sumber : Masyitah Ashari

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 12-7-2025 10:10 AM
Salah reruai (bod) nih..
Quote Inigo-Montoya 12-7-2025 10:19 AM
nampak ahli2 macam acik2 je semuanya.tak dapat bayangkan kalau pakat berbogel dengan perut ada spare tyre dan berselulit sana sini
Quote xtahumenahu 12-7-2025 10:41 AM
X paham kenapa org boleh terikut program camni.. Baca kat thread.. Siap promote sex toys.. Apa jadah ni?
Quote cantthinkofany 12-7-2025 11:29 AM
ni mmg betul2 berlaku atau imaginasi penulis?....
Quote mrsLucky 12-7-2025 11:30 AM
ee geli... dah lah mak2...
Quote sleepandream 12-7-2025 11:31 AM
program apa camni.... cult dah ni...
Quote jejarihalus 12-7-2025 11:31 AM
Aku pernah join dia punya prog tapi yang marhaen punya,bayar rm2000 kot klu x silap..masatu aku rasa tak ada pun…mungkin yang cleopatra ni harga kayangam kot
Quote Kerusijati 12-7-2025 11:38 AM
jejarihalus replied at 12-7-2025 11:31 AM
Aku pernah join dia punya prog tapi yang marhaen punya,bayar rm2000 kot klu x silap..masatu aku rasa ...

Aku x leh masuk dgn Diyana Tahir ni..

Cringe dengar dia cakap.
Maybe aku yg negatif atau aura dia aku tak suka
Quote Belibis 12-7-2025 11:52 AM
Kalau GISB buat,mau sampai kespender kena rampas.
Quote songket_merah 12-7-2025 11:53 AM
jejarihalus replied at 12-7-2025 11:31 AM
Aku pernah join dia punya prog tapi yang marhaen punya,bayar rm2000 kot klu x silap..masatu aku rasa ...

program apa ni, motivasi ke
Quote Buritan 12-7-2025 12:46 PM
mrsLucky: ee geli... dah lah mak2...


Mesti gomok gomok.. kopek layut dan punai tak nmpk sbb kena tutup dgn perut yg ngelebih.. bulu mesti pnjg pnjg
Quote L.U.S.M 12-7-2025 01:03 PM
Scammer + tunggang agama + ajaran sesat + drug cartel all in one...rilek je doctor join..dh kena cendawan taik lembu hahaha
Quote kaoru44 12-7-2025 01:05 PM
nk muntah bila baca..tp nama diyana tahir ni mcm familiar..
Quote doubleA 12-7-2025 01:21 PM
Inigo-Montoya replied at 12-7-2025 10:19 AM
nampak ahli2 macam acik2 je semuanya.tak dapat bayangkan kalau pakat berbogel dengan perut ada spare ...

Iols terus cari ig diyanatahir tu dan org kanan tu, dengan laki diyana muka sememeh tak semenggah geli nya camana pengikut boleh follow. Mentang2 pompuan skg byk duit sanggup eh bayar sampai 10k utk cult scammer ajaran sesat ni. Iols speku air tu campur dadah. Betapa nipisnya iman manusia skg bila ada masalah dicari manusia bodo ambik kesempatan kenapa tak berbalik pada Tuhan dan agama? Born muslim basic agama teruk sangat ke sampai tak kisah haram?
Quote kakasotong 12-7-2025 01:25 PM
DIYANA TAHIR WHOAREYOUSSSSSSSS
Quote KBW2 12-7-2025 01:40 PM
Kemain orang melayu isleyyyyyyyy, berbogel, jilat lidah segala macam pun boleh, esok lusa hashtag #usroh ke hulu #tadabbur ke hilir.
Quote KBW2 12-7-2025 01:51 PM
doubleA replied at 12-7-2025 01:21 PM
Iols terus cari ig diyanatahir tu dan org kanan tu, dengan laki diyana muka sememeh tak semenggah  ...

Dah google dah si diyana tahir, berlambak ye video dia dalam youtube. Rupanya dah lama dah eHati ni, mungkin dah ada kumpul banyak polower lettew.
Quote doubleA 12-7-2025 02:03 PM
KBW2 replied at 12-7-2025 01:51 PM
Dah google dah si diyana tahir, berlambak ye video dia dalam youtube. Rupanya dah lama dah eHati n ...

Paling jijik massage apa tu oleh jantan indon kt bali, massage kt tempat2 sensitif utk kepuasan sendiri mana malu kalau aurat pun slumber jantan lain boleh sentuh. Iols tak koser nak cari video atau lebih2, baca pendedahan camni pun dah loya pikir muka acik2 dan laki kepamnya. Lemah betul iman tollowers. Sendu sangat ke life kalau takfa family atau kawan yg boleh dipercayai pergi la rujuk kaunselor. Kalau semua bekerjaya tempat kerja korang takda kaunselor ke? Pergi private kaunselor luar atau kaunselor perkahwinan la
Quote Minami2013 12-7-2025 02:07 PM
Sekarang ni semua gosip boleh masuk bodgos ye.. tak perlu jadi retis or related to retis. Anyway, ajaran sesat ke ni rebirth bagai.

Lihat semua komen(270)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.255065 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top